8 Khasiat Kunyit Yang Wajib Anda Tahu Dan Bagaimana Ia Bermanfaat Dalam Melawan Penyakit Dan Memelihara Tubuh Badan

Kongsi artikel ini

Kunyit atau nama saintifiknya Curcuma longa adalah tumbuhan herba tradisional berwarna kuning yang telah digunakan sejak dulu lagi. Ia tergolong dari keluarga halia dan kunyit hitam iaitu dari tumbuhan berakar (rizom). 

Kunyit banyak didapati di Asia dan sering digunakan dalam masakan dan perubatan ayurveda dan perubatan tradisional masyarakat Cina sejak beratus-ratus tahun dahulu.

khasiat kunyit

Zaman kini, penggunaan kunyit tidak terhad hanya dalam masakan dan perubatan tetapi ia juga banyak digunakan dalam kecantikkan. [1]

Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai khasiat kunyit dan bagaimana ia dapat membantu meningkatkan kesihatan secara keseluruhan dan melindungi tubuh badan serta cara mengambil kunyit bagi tujuan kesihatan. 

Kunyit Mengandungi Sebatian Bioaktif Untuk Perubatan

Kunyit kaya dengan sebatian seperti curcuminoids, yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang baik.[2]

Kunyit juga mempunyai nutrisi penting seperti, protein, serat, Vitamin C, Vitamin E, potassium, kalsium, zat besi dan juga magnesium

Curcumin adalah agen antioksidan dan anti-radang yang baik dan telah dikaji manfaatnya untuk kesihatan, antaranya dalam merawat arthritis, penyakit jantung, dan kanser.

Ia boleh membantu mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif dalam badan, yang dikatakan boleh menyebabkan pelbagai penyakit kronik. 

Untuk mendapatkan kesan penuh curcumin anda boleh mengambilnya dengan lada hitam, kerana ia mengandungi piperine. Piperine adalah bahan semulajadi yang dapat meningkatkan penyerapan curcumin sebanyak 2,000%. [3]

Curcumin juga mudah larut dalam lemak sebab itu mengambil suplemen curcumin dengan makanan yang tinggi kandungan lemak seperti avocado, minyak kelapa dara atau minyak zaitun adalah sangat baik.

Rumusan

Kunyit mengandungi curcuminoids yang mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang yang baik dalam merawat arthritis, penyakit jantung, dan kanser. Menggabungkan kunyit dengan lada hitam mampu meningkatkan penyerapan curcumin sebanyak 2,000%,

Komponen Curcumin Sebagai Anti-Radang dan Antioksidan Semulajadi Yang Baik

Kajian mendapati bahawa curcumin boleh menghalang pelbagai molekul dan gangguan yang menyebabkan keradangan dalam tubuh dengan mengurangkan pengeluaran sebatian keradangan dalam badan. [4]

Curcumin dalam kunyit juga berfungsi dengan menekan aktiviti enzim dan faktor transkripsi yang menyebabkan keradangan.

Selain itu, curcumin mempunyai kesan antioksidan yang mampu meneutralkan radikal bebas dan mengurangkan tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan keradangan.

Kebaikan kunyit sebagai anti-radang juga dikatakan dapat mengurangkan penyakit kronik seperti arthritis, penyakit jantung, dan kanser tertentu. 

Rumusan

Curcumin dalam kunyit mampu menghalang molekul keradangan dan mengurangkan pengeluaran sebatian yang menyebabkan keradangan.

Curcumin Dalam Kunyit Boleh Meningkatkan Faktor Neurotropik Otak (BDNF)

Curcumin yang terdapat dalam kunyit boleh membantu meningkatkan protein yang dikenali sebagai brain-derived neurotrophic factor (BDNF) dalam otak. 

BDNF adalah seperti makanan untuk sel otak kita supaya ia membesar, kuat dan dapat berkomunikasi dengan lebih baik antara satu sama lain. 

Curcumin mengaktifkan laluan tertentu dalam badan kita yang membawa kepada peningkatan pengeluaran BDNF. Ini penting kerana tahap BDNF yang tinggi boleh meningkatkan kesihatan otak, menyokong daya ingatan dan meningkatkan keupayaan untuk mempelajari sesuatu yang baru. 

Keupayaan curcumin dalam meningkatkan daya BDNF dapat memberikan kesan positif pada fungsi otak serta melindungi sel-sel otak daripada kerosakan.

Banyak gangguan pada otak seperti kemurungan dan penyakit Alzheimer sering dikaitkan dengan kekurangan tahap protein BDNF [5]

Rumusan

Curcumin dalam kunyit boleh meningkatkan pengeluaran faktor neurotropik (BDNF) yang berasal dari otak, menyokong pertumbuhan sel otak, komunikasi, ingatan dan pembelajaran. 

Khasiat Kunyit Dalam Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung 

Kunyit, khususnya sebatian aktifnya curcumin telah dikaji dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung.

Penyelidikan mencadangkan bahawa curcumin boleh membantu mengurangkan risiko yang berkaitan dengan penyakit jantung, seperti mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif, meningkatkan fungsi endothelial, dan menurunkan tahap kolesterol. [6]

Suplemen kunyit juga dikatakan dapat membantu mengelakkan dari risiko kematian akibat penyakit jantung. 

Ia juga boleh membantu mencegah pembentukan darah beku dan pembentukan plak dalam arteri. 

Namun, adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa kajian klinikal perlu dijalankan untuk menentukan dakwaan ini sepenuhnya. Kunyit tidak boleh dijadikan pengganti ubat bagi merawat penyakit jantung yang sedia ada. 

Rumusan

Kajian mendapati bahawa curcumin dalam kunyit boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dengan mengurangkan keradangan, tekanan oksidatif, meningkatkan fungsi endothelial, dan mengurangkan tahap kolesterol. 

Kunyit Mungkin Boleh Mencegah Kanser

Curcumin telah dikaji sebagai herba yang baik dalam rawatan alternatif untuk merawat kanser.

BACA  Anda Suka Makan Petai? Ketahui 7 Kebaikan Dan Khasiat Petai Yang Boleh Membantu Meningkatkan Kesihatan Badan

Seperti yang kita fahami, kunyit mengandungi curcumin yang telah terbukti keupayaannya dalam menghalang pertumbuhan sel kanser, membunuh sel kanser, dan menghalang pembentukan saluran darah yang membentuk tumor. [7]

Walaupun terdapat banyak penyelidikan mengenai khasiat kunyit dalam memerangi kanser, penyelidikan klinikal masih lagi perlu dilakukan untuk benar-benar memahami penemuan ini seperti dos optimum, kaedah penggunaan dan potensi interaksi dengan rawatan dan ubat kanser yang lain. 

Rumusan

Kunyit dikatakan baik sebagai rawatan alternatif dan sampingan dalam merawat kanser. Ia boleh menghalang pertumbuhan sel kanser, membunuh sel kanser, dan menghalang pembentukan saluran darah tumor.

Suplemen Curcumin Mungkin Berkesan Untuk Pesakit Arthritis  

Beberapa kajian mendapati penggunaan suplemen curcumin dalam pesakit arthritis sangat memberangsangkan. 

Dalam kajian yang dijalankan terhadap pesakit rheumatoid arthritis, curcumin didapati lebih berkesan berbanding dengan ubat anti-radang yang lain. [8] 

Sifat anti-radang curcumin boleh membantu mengurangkan sakit sendi dan kebas-kebas yang disebabkan oleh arthritis. Ia boleh menghalang molekul radang dan enzim yang menyumbang kepada keradangan sendi, seperti sitokin dan COX-2. 

Selain itu, kesan antioksidan curcumin boleh membantu mengurangkan tekanan oksidatif dan melindungi tisu sendi. 

Walaupun terdapat banyak hasil ujian yang positif terhadap curcumin, lebih banyak penyelidikan diperlukan untuk menentukan dos yang sesuai, tempoh rawatan dan risiko kesan sampingan. 

Rumusan

Kajian mendapati suplemen curcumin berkesan dalam mengurangkan gejala arthritis. Curcumin didapati lebih berkesan daripada ubat anti-radang dalam merawat arthritis rheumatoid. 

Kunyit Mempunyai Khasiat Dalam Merawat Kemurungan

Sebatian curcumin dalam kunyit telah dikaji khasiatnya dalam merawat gejala kemurungan. Kesan anti-kemurungan nya mungkin berkaitan dengan laluan biologi yang terlibat dengan kemurungan. 

Curcumin boleh meningkatkan tahap serotonin dan dopamin, yang merupakan neurotransmitter yang berkaitan dengan mood. [9]

Ia juga mempunyai sifat anti-radang yang boleh mengurangkan tekanan oksidatif yang juga berkaitan dengan kemurungan. Tambahan lagi, curcumin juga boleh menggalakkan pertumbuhan neuron baru dalam otak dan meningkatkan keplastikan otak dan mood. 

Kemurungan juga dikaitkan dengan penurunan tahap BDNF dan hippocampus yang mengecut, iaitu kawasan otak yang berperanan dalam pembelajaran dan ingatan. Curcumin boleh membantu meningkatkan tahap BDNF dan mengubah semula masalah ini. 

Sekiranya anda mempunyai gejala kemurungan sila dapatkan bantuan atau kongsikan masalah dengan keluarga atau rakan-rakan. Life may not be easy but you are not alone!

Rumusan

Curcumin dalam kunyit membantu meningkatkan tahap serotonin dan dopamin, dan menggalakkan pertumbuhan neuron otak, serta meningkatkan mood dan keplastikan otak. 

Kunyit Mempunyai Sifat Anti-Penuaan Dan Melawan Penyakit Kronik Yang Berkaitan Dengan Usia

Biasa tak tengok orang minum air jamu? Biasanya air jamu ini mesti ada tambah kunyit. Selain mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan ia juga mempunyai sifat awet muda.

Kunyit mempunyai kebaikan dalam melambatkan proses penuaan dan melawan penyakit kronik yang berkaitan dengan usia. [10]

Ia bertindak sebagai antioksidan yang baik dengan meneutralkan radikal bebas yang berbahaya dan mengurangkan tekanan oksidatif iaitu faktor utama proses penuaan dan penyebab penyakit. 

Ramai juga yang menggunakan mask muka kunyit untuk kulit yang lebih sihat dan anjal. 

Ia juga mempunyai ciri-ciri anti-radang, yang boleh melindungi daripada keradangan kronik yang selalu terjadi kepada mereka yang sudah berusia. 

Rumusan

Kunyit mempunyai sifat anti-radang, antioksidan dan anti-penuaan.

Ia membantu melambatkan proses penuaan, melawan penyakit berkaitan usia, meneutralkan radikal bebas, mengurangkan tekanan oksidatif, menggalakkan kulit yang sihat, dan melindungi daripada keradangan kronik pada mereka yang sudah berusia. 

Kunyit Membantu Mengelak Jangkitan

Kunyit mempunyai ciri anti-radang dan antioksidan yang dapat membantu mencegah jangkitan akibat virus. Dalam satu kajian yang dijalankan mendapati sebatian curcumin yang terdapat dalam kunyit mempunyai sifat anti-virus. [11]

Ia dapat menghalang pembentukan virus tertentu, seperti virus influenza, virus herpes simplex dan HIV.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa penemuan ini kebanyakannya berdasarkan kajian in vitro ke atas haiwan, dan kajian klinikal terhadap manusia masih diperlukan untuk menentukan keberkesanan kunyit dalam mencegah jangkitan virus pada manusia. 

BACA  14 Khasiat Buah Pisang Yang Kaya Dengan Nutrisi Penting Yang Diperlukan Oleh Tubuh Badan Anda

Walau bagaimanapun, penemuan ini belum dikaji secara meluas dan kunyit sahaja tidak mungkin dapat memberikan perlindungan yang mencukupi terhadap jangkitan virus. Amalan menjaga kebersihan diri dan persekitaran yang baik adalah sangat penting dalam mengurangkan risiko jangkitan virus.

Rumusan

Sifat anti-radang dan antioksidan kunyit boleh membantu mencegah dari pembentukan jangkitan virus.

Risiko Pengambilan Kunyit

Kunyit secara umum sangat selamat apabila diambil dalam jumlah yang sederhana seperti dalam rempah ratus atau dijadikan ulam. 

Walau bagaimanapun, mengamalkan kunyit dalam dos yang tinggi atau penggunaan jangka panjang suplemen kunyit mungkin mempunyai potensi risiko kesihatan. 

Wanita yang sedang hamil harus elak daripada mengambil suplemen kunyit dalam yang dos tinggi. Selalu dapatkan nasihat dari pakar kesihatan sebelum mengambil suplemen kunyit atau memakan kunyit dengan jumlah yang banyak. 

Kunyit juga mungkin boleh berinteraksi dengan ubat-ubatan tertentu terutama bagi ubat kencing manis dan tekanan darah tinggi. 

Reaksi alahan terhadap kunyit pula jarang berlaku, tetapi sesetengah individu mungkin mengalami dermatitis kontak atau gejala gastrousus. 

Bagi pesakit kanser pula, kunyit tidak boleh digunakan sebagai pengganti rawatan konvensional. Memadai lah mengambil kunyit sebagai rawatan sampingan jika dibenarkan oleh doktor anda. 

Kesimpulan

Kunyit merupakan tumbuhan herba serba boleh kerana ia bukan sahaja menambah rasa pada hidangan tetapi ia juga mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan yang sangat baik. Ia dapat memberikan banyak manfaat kepada kesihatan kita. 

Sebatian aktifnya, curcumin, mempunyai banyak kebaikan kesihatan yang terbukti secara klinikal dan saintifik dalam meningkatkan kesihatan jantung, memperbaiki gejala kemurungan dan arthritis serta mencegah Alzheimer dan kanser.

Walapun kunyit mempunyai banyak manfaat kesihatan, pemakanan dan gaya hidup juga memainkan peranan dalam tubuh badan dan hidup yang sihat. 

Soalan Lazim Mengenai Kunyit

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

eleven − six =