10 Khasiat Daun Pudina Atau Mint Yang Baik Untuk Kesihatan %currentyear%

Kongsi artikel ini

Daun pudina adalah daun aromatik dari tumbuhan pudina, yang terkenal dengan rasa dan bau yang menyegarkan. Ia sering digunakan dalam masakan, minuman dan aromaterapi. %currentyear%

Pudina disukai kerana sifat serba boleh dan rasa yang menyenangkan. Dalam masakan ia biasanya ditambah ke dalam salad, teh dan koktel. 

Pudina ialah nama untuk lebih sedozen spesies tumbuhan, termasuk pudina dan spearmint, yang tergolong dalam keluarga Mentha.

Tumbuhan herba ini dapat memberikan rasa dingin yang menyegarkan. 

Selain banyak digunakan dalam penyegar nafas, pudina juga banyak kelebihan untuk kesihatan tubuh badan. 

Artikel kali ini akan menerokai khasiat daun pudina untuk kesihatan berasaskan sains.

khasiat daun pudina

10 Khasiat Daun Pudina Untuk Kesihatan Badan Secara Keseluruhan

Daun Mint Kaya dengan Nutrien

Berikut ialah gambaran ringkas tentang nutrien yang terdapat dalam daun pudina:

Vitamin: Pudina adalah sumber vitamin yang baik, terutamanya vitamin A, vitamin C, dan beberapa vitamin B seperti folat. Vitamin A penting untuk kesihatan mata dan kulit, manakala vitamin C bertindak sebagai antioksidan dan meningkatkan sistem imun badan. 

Mineral: Pudina mengandungi mineral seperti kalsium, magnesium, dan kalium, yang penting untuk mengekalkan tulang yang kuat, otot yang sihat, dan fungsi saraf yang betul.

Serat: Ia membekalkan serat makanan, yang dapat membantu dalam penghadaman, mengawal paras gula dalam darah, dan menyokong kesihatan jantung.

Fitonutrien: Pudina kaya dengan fitonutrien, termasuk flavonoid dan polifenol, yang mempunyai sifat antioksidan dan boleh membantu melindungi sel daripada tekanan oksidatif dan keradangan.

Minyak Pati: Rasa dan aroma pudina berasal daripada minyak pati seperti mentol, yang boleh mempunyai pelbagai manfaat kesihatan, termasuklah melegakan masalah pencernaan serta menenangkan dan mengurangkan sakit kepala.

Rendah Kalori: Pudina mempunyai kandungan kalori yang rendah menjadikannya tambahan makanan yang sihat untuk diet harian tanpa menyebabkan pengambilan kalori yang berlebihan.

Membantu Mengurangkan Sakit Perut

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa makanan lebih cepat dihadam apabila diambil bersama pudina. Ia juga boleh melegakan simptom sakit dan kembung perut.

Kajian klinikal pada mereka yang mengalami senak perut menunjukkan bahawa gabungan minyak pudina dan minyak jintan yang diambil dalam kapsul mempunyai kesan yang hampir sama dengan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat sakit perut. 

Ini membantu memperbaiki sakit perut dan gejala penghadaman yang lain. [1] 

Membantu Meningkatkan Fungsi Otak

Menghidu aroma minyak pati pudina telah menunjukkan manfaat untuk fungsi otak dalam beberapa kajian yang pernah dijalankan. Kajian yang melibatkan 144 orang dewasa mendapati bahawa ia dapat meningkatkan daya ingatan apabila dihidu sebelum diuji. [2] 

Selain itu, kajian lain menyatakan minyak pati pudina membantu meningkatkan fokus dan mengurangkan kebimbangan serta keletihan apabila digunakan ketika sedang memandu.. [3] 

Kajian lanjut diperlukan untuk memahami sepenuhnya kesan pudina terhadap fungsi kognitif dan bagi menentukan konsistensinya dalam meningkatkan prestasi otak.

BACA  8 Khasiat Minyak Kelapa Dara - Ketahui Cara, Kebaikan Dan Manfaat Minyak Kelapa Dara Jika Diambil Setiap Hari

Membantu Mengurangkan Gejala Demam Dan Selsema

Banyak rawatan selesema dan demam yang dijual kebanyakannya mengandungi mentol, iaitu sebatian utama dalam minyak pudina.

Ramai orang percaya mentol adalah dekongestan hidung yang berkesan yang boleh menghilangkan hidung tersumbat dan meningkatkan aliran udara dan pernafasan.

Tetapi ada juga kajian yang menunjukkan bahawa mentol tidak mempunyai fungsi dekongestan. Walau bagaimanapun, penyelidikan juga menunjukkan bahawa mentol secara subjektif boleh meningkatkan pernafasan hidung. [4]

Membantu Mengurangkan Masalah Mulut Berbau

Banyak ubat gigi yang ada di pasaran mempunyai kandungan pudina. Gula-gula getah berperisa pudina contohnya adalah benda pertama yang dicapai oleh orang ramai apabila cuba untuk mengurangkan masalah mulut berbau. 

Ini kerana sifat antibakteria semula jadi pudina boleh menghalang pertumbuhan bakteria penyebab bau. [5]

Walaupun pudina adalah penyelesaian jangka pendek yang berguna, mengekalkan kebersihan mulut yang baik melalui memberus gigi, flos, dan pemeriksaan pergigian secara berkala adalah penting untuk menangani punca nafas berbau bagi memastikan kesegaran yang berpanjangan.

Memperbaiki Masalah Pernafasan

Daun pudina sangat disyorkan untuk pesakit asma, kerana ia bertindak sebagai relaksasi yang baik dan melegakan kesesakan dada. Pengambilan daun pudina setiap hari dapat memberikan kesan menenangkan bagi pesakit asma.

Mentol yang terdapat dalam daun pudina boleh menjadikan kelegaan dalam masalah pernafasan. Ia juga melegakan kerengsaan yang disebabkan oleh batuk kronik.

Membantu Melegakan Simptom IBS

Sindrom IBS adalah gangguan biasa pada sistem pencernaan. Ia boleh menyebabkan sakit perut, sembelit, cirit-birit, kembung perut, dan senak. 

Rawatan utama penting untuk masalah ini ialah dengan melakukan perubahan pada diet. Beberapa kajian mendapati dengan memasukkan daun pudina ke dalam diet boleh mengurangkan gejala IBS. 

Minyak pudina mengandungi sebatian yang dipanggil mentol yang dapat memberikan kesan menenangkan pada otot saluran penghadaman. [6]  

Satu kajian mendapati bahawa 75% pesakit yang mengambil minyak pudina selama empat minggu menunjukkan peningkatan dalam gejala IBS, berbanding 38% pesakit dalam kumpulan plasebo. [7]  

Membantu Melegakan Kesakitan Menyusukan Badan

Ibu menyusu biasanya mengalami masalah puting yang sakit dan merekah yang boleh menyebabkan penyusuan menjadi lebih menyakitkan dan sukar.

Satu kajian mendapati bahawa dengan menggunakan air pudina selepas penyusuan dapat mencegah puting dan areola merekah dan mengurangkan kesakitan puting. [8] 

Menyapu minyak pati pudina dalamjuga dikatakan berkesan dalam mencegah dan merawat rekahan puting dan kesakitan yang biasanya dikaitkan dengan penyusuan.

Daun Pudina Baik Untuk Kulit Yang Sihat

Terdapat lebih daripada 30 spesies pudina yang direkodkan. Mentha piperita (pudina) dan Mentha spicata (pudina) biasanya terdapat dalam produk penjagaan kulit.

Pudina adalah sumber mentol yang mempunyai ciri antibakteria yang baik. Ia mempunyai  bau yang menyegarkan dan menenangkan. . 

Pudina sering digunakan dalam pembersih muka, astringen, toner, minyak pati, dan pelembap. 

Pudina mempunyai ciri antibakteria yang mengandungi asid salisilik- baik dalam mencegah jerawat. [9]

BACA  Anda Suka Minum Air Kelapa? Ketahui 7 Khasiat Air Kelapa Untuk Tubuh Badan Kita

Selain membantu menghilangkan jerawat, minyak atau ekstrak daun pudina juga boleh membantu mencerahkan kulit, meratakan warna kulit, melembabkan kulit serta melambatkan proses penuaan. 

Daun Pudina Dapat Membantu Mengurangkan Berat Badan 

Membuat teh pudina adalah sangat mudah. Rendam kira-kira 15-20 helai daun pudina dalam sebotol air dalam anggaran 500ml dan biarkan selama beberapa jam. Anda juga boleh menambah hirisan timun dan lemon. 

Minum air ini sepanjang hari untuk mendapatkan manfaat pudina,

Salah satu khasiat air pudina ialah ia dapat menggalakkan penurunan berat badan. 

Air pudina sahaja tidak cukup untuk mengurangkan berat badan. Diet seimbang dan gaya hidup sihat juga sangat penting jika anda ingin mengurangkan berat badan secara sihat.

Risiko Pengambilan Daun Pudina

Apabila menggunakan pudina untuk kesihatan dan kecantikan, berhati-hati dengan kemungkinan alahan, sensitiviti kulit dan interaksi dengan ubat. 

Larutkan minyak pati pudina dengan air untuk mengelakkan kerengsaan kulit, uji produk terlbih dahulu untuk melihat tindak balas dan dapatkan nasihat pakar kesihatan jika anda sedang mengandung atau mengambil sebarang ubat. 

Selain itu, penggunaan pudina yang berlebihan boleh membahayakan enamel gigi, jadi pastikan anda tidak menggunakan daun pudina secara berlebihan dan tidak teratur. 

Kesimpulan

Pudina mempunyai bau dan rasa yang segar. Menambahkan daun pudina pada minuman dapat memberikan kesegaran. Jika dihidu baunya pula dapat memberikan kelegaan akibat rasa mual, selesema dan sakit kepala. 

Daun pudina baik untuk meningkatkan fungsi otak, penghadaman,melegakan kesakitan menyusu, gejala selsema dan juga nafas berbau.

Selain untuk tubuh badan yang sihat, pudina juga baik untuk kulit yang lebih sihat. 

Jadi lepas ni kalau ke pasararay jagn lupa untuk beli daun pudina dan tambahkan ke dalam makanan dan minuman anda. 

Soalan Lazim Mengenai Daun Pudina

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

3 × 2 =