Memasak Dengan Olive Oil – Manfaat Kesihatan Memasak Menggunakan Olive Oil

Kongsi artikel ini

Khasiat olive oil sudah diketahui umum. Antaranya ialah olive oil kaya dengan anti-oksida yang mampu membantu mengurangkan risiko penyakit kronik seperti darah tinggi dan sakit jantung. Di Malaysia, masakan yang dimasak kebiasaanya mempunyai kandungan lemak yang tinggi seperti nasi lemak, jadi memilih untuk memasak dengan olive oil adalah satu tindakan yang bijak.

Olive oil telah digunakan beribu-ribu tahun, dan dianggap sebagai faktor kepada peningkatan tubuh badan yang sihat serta umur panjang bagi mereka yang mengamalkan penggunaan olive oil dalam masakan ataupun suplemen.  Lebih baik daripada minyak masak yang lain, minyak zaitun extra-virgin dihasilkan dari jus buah zaitun segar mengandungi semua nutrien luar biasa.

Di dalam artikel ini, kita akan membincangkan topik kebaikan olive oil untuk memasak, kebaikan dan khasiat olive oil, jenis-jenis olive oil dan bagaimana memilih jenis-jenis olive oil atau minyak zaitun yang sesuai dengan masakan yang kita sediakan.

Perbezaan rasa setiap grade dan jenis olive oil

Kerana banyak dan berbeza jenis buah zaitun yang digunakan, minyak zaitun mempunyai banyak variasi. Ia juga bergantung kepada faktor dari mana asalnya dan berapa banyak penapisan yang dilaluinya sebelum dibotolkan. Jenis rasa yang ada minyak zaitun adalah seperti rasa nutty (rasa seakan kekacang), fruity (ada terasa manis seperti buah-buahan dan tropikal.

Setiap minyak zaitun juga mempunyai rasa yang berbeza – ada yang rasa nya sangat kuat dan ada yang rasa sederhana. Apabila dibuat dari buah zaitun yang ditanam dari ladang atau kawasan penanaman khas, olive oil ini mempunyai rasa yang lebih berbeza — dan mempunyai harga yang lebih tinggi.

Bagaimana buah zaitun ditanam, dituai dan diproses menjadi minyak zaitun atau olive oil

memasak dengan olive oil
memasak dengan olive oil

Negara Sepanyol merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar di rantau Mediterranean, diikuti dengan negara Itali dan Greece. Di Amerika Syarikat pula, California menghasilkan minyak zaitun yang terbanyak. Pokok zaitun berkembang di kawasan kering dengan tanah subur dengan baik dan mendapat banyak sinar matahari.

Negara Australia juga merupakan pengeluar olive oil terbaik di dunia.

Terdapat pelbagai jenis buah olive atau zaitun yang digunakan untuk dijadikan minyak. Buah-buah ini dipetik, dituai, dibasuh dan diproses. Kemudian ia dimasukkan ke dalam mesin pemprosesan untuk memecahkan buah tersebut. Apabila pecah, air dan minyak akan keluar daripada buah-buah zaitun tersebut.

Maka proses mengasingkan air dan minyak pula dilakukan. Setelah air diasingkan, minyak zaitun akan diambil untuk proses yang seterusnya.  Minyak zaitun akan melalui banyak lagi proses sebelum ia dibotolkan dan sampai ke pasaraya berhampiran dengan rumah anda.

Gred dan Standard

Jika kita di pasaraya-pasaraya di Malaysia, olive oil di Malaysia dijual dengan harga yang berbeza-beza. Ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:-

Olive oil/ Minyak zaitun – yang diperolehi hanya dari buah pokok zaitun (Olea europaea L.). Semasa proses pengasingan minyak, mungkin bahan pelarut ada digunakan atau proses semulanya mempunyai campuran daripada minyak atau buah zaitun dari gred yang berbeza.

BACA  14 Khasiat Buah Pisang Yang Kaya Dengan Nutrisi Penting Yang Diperlukan Oleh Tubuh Badan Anda

Extra virgin olive oil / Minyak zaitun dara – diperolehi dari buah pokok zaitun semata-mata samada dengan cara mekanikal atau fizikal. Ini termasuklah dalam keadaan termal, yang tidak menyebabkan perubahan minyak, dan yang tidak menjalani rawatan selain mencuci, decantation, centrifugation, dan penapisan. Ia juga tidak mengandungi bahan tambahan lain yang dibenarkan.

Pomace olive oil / Minyak zaitun pomace – diperolehi dengan mengekstrak pomace zaitun (sisa produk setelah pengekstrakan mekanikal minyak zaitun) dengan pelarut atau rawatan fizikal yang lain, dengan pengasingan minyak yang diperoleh melalui proses sintetik dan campuran dengan minyak jenis lain.

Alpha-tokoferol dibenarkan untuk memulihkan tokoferol semula jadi yang hilang dalam proses penapisan minyak pomace zaitun dan minyak pomace.

Jenis Dan Kegunaan Olive oil / Minyak Zaitun

  • Light olive oil / Minyak zaitun ringan – Ini adalah istilah pemasaran yang menunjukkan minyak zaitun yang sangat halus dengan kandungan kalori yang sedikit.
  • Pure olive oil / Minyak zaitun tulen – Ini adalah di bawah standard extra-virgin dan virgin dan diproses dengan teliti untuk menghilangkan rasa minyak.
  • Cold-pressed – Cold-pressed bermaksud bahawa tidak ada haba yang digunakan untuk mengeluarkan minyak dari buah zaitun. Menambah haba semasa mengekstrakkan minyak dari buah zaitun membolehkan zaitun mengeluarkan lebih banyak minyak. Ini kerana penggunaan haba yang tinggi boleh menghilangkan rasa dan aroma halus yang sangat penting bagi minyak zaitun extra-virgin yang bermutu. Perlu diingatkan bahawa tekanan sejuk bermaksud ‘pada suhu tidak melebihi 80.6 ° F’.
  • Extra-virgin olive oil / Minyak zaitun extra-virgin – Kerana kandungan asidnya yang rendah, ia adalah pilihan yang sangat baik untuk semua jenis masakan dan dressing salad, sayur-sayuran, pasta, hidangan kekacang, ikan, ayam dan daging bakar. Satu atau dua titis Extra-virgin olive oil menambah rasa keenakan masakan di samping dapat menjaga kesihatan badan.
  • Pomace oil / Minyak Pomace – Harus digunakan dengan berhati-hati. Ia biasanya diperbuat daripada 5 hingga 8 peratus dari sisa minyak zaitun yang telah ditumbuk dan diekstrakkan. Walaupun minyak pomace yang diekstrak masih secara teknikal dari buah zaitun, ia dikeluarkan menggunakan pelarut kimia, dan oleh itu tidak boleh disebut, secara langsung atau tidak langsung, sebagai “minyak zaitun.”

Panduan Membeli Minyak Zaitun / Olive oil

Minyak zaitun terasa paling enak ketika ia masih segar. Apabila anda memilih minyak olive oil di Malaysia, carilah minyak yang mempunyai “tarikh penuaian” (harvest date) yang jelas pada tahun terakhir di label, atau sekurang-kurangnya satu tahun sebelum tarikh “best by”.

Jika boleh, tanya jika pasaraya tersebut boleh memberikan sampel minyak, untuk melihat samada anda suka akan rasanya. Minyak yang berbau basi, atau tengik mungkin tidak elok digunakan lagi.

Minyak zaitun terbaik untuk masak dan kesihatan

Dinilai 5 Daripada 5 Bintang

Cara Penyimpanan Olive Oil

Sebaik dibuka, olive oil mula kehilangan profil rasa yang kompleks. Jangan sekali-kali menyimpan minyak di kaunter dapur yang berdekatan dengan dapur gas, kerana cahaya dan haba dapat mempercepat penurunan mutu olive oil ini.

BACA  9 Khasiat Minyak Ikan Dengan Asid Lemak Omega-3 Yang Baik Untuk Badan Dan Otak Yang Sihat

Simpan minyak zaitun anda di dalam kabinet dapur atau dalam almari yang gelap untuk mengelak terkena cahaya matahari. Ini kerana sinar matahari dapat mengoksidasi klorofil dalam minyak dan membuatnya terasa basi dan tidak segar. Gunakan olive oil yang sudah dibuka dalam beberapa bulan.

Minyak zaitun yang tidak digunakan boleh tahan sehingga dua tahun jika disimpan di persekitaran yang sejuk dan gelap.

Kegunaan Olive Oil Dalam Masakan

tomato dalam olive oil
tomato dalam olive oil

Ramai yang tidak tahu setiap jenis olive oil boleh digunakan untuk jenis-jenis masakan yang tertentu. Walaupun begitu olive oil boleh digunakan untuk masakan suhu tinggi seperti menggoreng dan memanggang. Cuma tidak ramai yang memilih menggoreng menggunakan minyak olive oil kerana ia agak mahal.

Memasak dengan olive oil bukan sahaja menyihatkan tetapi olive oil tidak akan menukar rasa makanan tersebut.

Ramai yang menggunakan minyak lain seperti bunga matahari atau minyak kelapa sawit apabila menggoreng.

Tidak kira minyak apa yang anda pilih, ingatlah bahawa olive oil, apabila dibandingkan dengan minyak neutral yang lain, memberikan keunikan rasa kepada makanan. Jadi jika anda memilih minyak lain untuk menggoreng atau sebagainya, pilihlah yang anda rasa sesuai dengan apa yang anda masak dan mengikut keperluan masing-masing.

Namun begitu, adalah sangat penting untuk memilih minyak masak yang sesuai dengan jenis masakan yang ingin disediakan. Ini kerana ada setengah minyak menghasilkan sebatian karsinogenik semasa memasak.

  • Menumis/ Sautéing: Guna olive oil yang mempunyai rasa yang ringan.
  • Goreng: Extra virgin oil merupakan pilihan terbaik untuk masakan gorengan dan ia selamat digunakan semula. Hanya tapis dan simpan dalam botol kaca dan simpan di tempat yang gelap dengan suhu yang rendah.
  • Membuat roti: Olive oil boleh digunakan sebagai pengganti mentega dan ia lebih sihat.
  • Sos salad: extra virgin olive oil adalah pilihan terbaik sebagai salad dressing.

Khasiat olive oil

Khasiat olive oil memang tidak dapat dinafikan. Ini kerana ia merupakan minyak yang paling berkhasiat dibandingkan dengan minyak sayuran di luar sana. Khasiat extra virgin oil contoh nya, terbukti dapat membantu menurunkan kolesterol LDL, merawat buah pinggang dan mengurangkan risiko diabetes Jenis 2, penyakit kardiovaskular, dan jenis barah tertentu, termasuk barah payudara.

Lemak baik dalam minyak zaitun boleh bertindak sebagai sumber tenaga yang berkekalan; individu yang menggunakan minyak zaitun dapat merasa kenyang lebih lama, yang boleh membantu dalam proses penurunan berat badan.

Menambahkan olive oil ke dalam makanan seperti salad, roti dan sup juga dapat mencegah penurunan kognitif serta menyumbang kepada kesihatan otak, kestabilan mood dan perkembangan hormon yang stabil.

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

one × 2 =