10 Khasiat Serai Yang Baik Untuk Kesihatan Dan Ketenangan Minda

Kongsi artikel ini

Serai atau lemongrass memang sangat sinonim dengan orang Asia. Sebab kita banyak gunakan serai dalam masakan. Hampir semua resepi lauk-pauk tradisional ada menggunakan serai. Selain sedap ditambah ke dalam masakan, serai juga baik untuk ditambah ke dalam minuman.

Jom cuba Resepi Ikan Siakap Kengsom, sihat dan sedap. 

Serai mempunyai aroma yang segar seakan-akan bau buah lemon. Minyak pati serai sering digunakan dalam aromaterapi untuk menyegarkan udara dan menaikkan mood. 

Serai juga kini digunakan secara meluas dalam kosmetik. 

Dalam perubatan tradisional pula serai sering digunakan dalam rawatan sampingan dalam melegakan kesakitan dan meningkatkan sistem imun tubuh badan.

Air rebusan serai boleh dijadikan teh untuk mengurangkan gejala sakit perut dan ada juga yang menggunakan air mandian dari rebusan daun serai untuk kesegaran. 

Dalam artikel kesihatan kali ini kita akan membincangkan tentang apakah khasiat serai dan bagaimana ia dapat membantu meningkatkan kesihatan dalaman dan luaran kita. 

Nutrisi Serai 

Serai atau juga dikenali dengan nama Cymbopogon citratus mengandungi kandungan kalori yang rendah dengan kira-kira 99 kalori setiap 100 gram.  

Ia juga mengandungi vitamin penting seperti vitamin A, C, dan B-kompleks,dan mineral seperti kalium, kalsium dan zat besi.  

Serai kaya dengan antioksidan yang baik untuk kesihatan keseluruhan. Walau bagaimanapun, serai bukanlah sumber protein atau serat yang penting seperti makanan sihat yang lain. 

10 Khasiat Serai Untuk Kesihatan 

khasiat serai

Serai boleh membantu mengurangkan pelbagai penyakit seperti kebimbangan, selsema, demam, keradangan dan insomnia.

Apabila diambil dalam bentuk teh atau jus serai sering digunakan untuk menenangkan ketidakselesaan perut dan masalah gastro usus lain, termasuk angin dan muntah.

Serai Mempunyai Sifat Antioksidan Yang Baik

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of Agriculture and Food Chemistry, serai mengandungi kandungan antioksidan yang boleh membantu menghalang radikal bebas dan melindungi sel daripada tekanan oksidatif yang boleh menyebabkan gangguan fungsi sel di dalam arteri koronari. 

Serai mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, seperti asid klorogenik, isoorientin, dan swertiajaponin. Sebatian- sebatian dapat membantui meneutralkan spesies oksigen reaktif yang berbahaya, mengurangkan risiko kerosakan sel dan penyakit kronik. 

Serai Mempunyai Sifat Anti Bakteria

Pengambilan teh serai dikatakan dapat membantu merawat jangkitan mulut dan rongga mulut kerana ia mempunyai sifat anti- bakteria. 

Menurut kajian in vitro 2012 yang dikeluarkan oleh Institut Kesihatan Nasional, minyak pati serai  berkebolehan dalam mengawal bakteria Streptococcus mutan iaitu sejenis bakteria yang bertanggungjawab dalam menyebabkan kerosakan gigi 

Kajian juga mendapati gabungan minyak serai dan ion perak (silver ions) mampu melawan beberapa jenis bakteria dan kulat secara in vitro. [1]

Serai Boleh Membantu Mencegah Kanser

Citral dalam serai mempunyai kebaikan antikanser yang dapat menghalang pembentukan beberapa jenis sel kanser.  

Ekstrak serai menyebabkan apoptosis dalam sel kanser kolon mengikut masa dan cara yang bergantung kepada dos tanpa merosakkan sel sihat secara in vitro.

Pemberian ekstrak serai secara oral telah diterima dengan baik dan berkesan untuk menghalang pertumbuhan xenograft kanser kolon pada tikus. [2]

Komponen yang terdapat pada serai mampu membantu melawan kanser dan menyebabkan kematian sel kanser dan secara tidak langsung membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan supaya badan kuat untuk melawan kanser itu sendiri. 

Teh serai juga kadangkala digunakan sebagai terapi adjuvant semasa kemoterapi dan radiasi. Tetapi ia hanya boleh digunakan di bawah bimbingan pakar onkologi dan pakar kesihatan. 

Serai Memberikan Aroma Yang Tenang Dan Wangi

Minyak pati serai selalu digunakan dalam aromaterapi kerana i dapat membantu mengurangkan tekanan dan kebimbangan.

Aromaterapi adalah cara holistik yang menggunakan aromatik minyak pati yang diekstrak daripada tumbuhan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal, emosi dan mental. 

BACA  11 Khasiat Kacang Walnut Yang Sangat Baik Untuk Tubuh Badan Dan Diet Harian Yang Lebih Sihat

Bau serai dapat memberikan rasa selesa, tenang dan menyegarkan. Bau aroma minyak pati serai dipercayai dapat memberikan kesan positif kepada sistem saraf, memberi rasa tenang, mengurangkan tekanan, dan meredakan perasaan cemas. 

Serai Berpotensi Melegakan Simptom PMS

Teh serai juga sering digunakan sebagai rawatan semulajadi dalam menangani masalah  senggugut, kembung perut, dan demam panas.  

Tidak ada penyelidikan khusus mengenai serai dan PMS, tetapi, secara teori, sifat menenangkan dan anti-radangnya boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan akibat PMS. 

Selain itu, menurut artikel yang diterbitkan oleh Journal of Advanced Pharmaceutical Technology & Research, minyak serai berguna dalam membantu menyejukkan badan. [3]

Manfaat Serai Dalam Membantu Menurunkan Berat Badan

Serai seringkali digunakan dalam teh detoks. Teh serai dikatakan dapat meningkatkan tahap metabolisme dan membantu menurunkan berat badan. 

Kebanyakan kajian mengenai serai dalam pengurangan berat badan adalah anekdot, bukan nya saintifik. Ini kerana serai mempunyai sifat diuretik semula jadi, jadi dengan meminumnya dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan.  

Menggantikan minuman ringan dan minuman manis lain dengan teh herba seperti serai dan teh hijau adalah pilihan yang terbaik jika anda ingin mengurangkan berat badan.  

Walau bagaimanapun, minum teh serai sahaja tidak mencukupi kerana untuk mengurangkan berat badan, anda perlulah mengamalkan diet yang sihat dan seimbang. 

Serai Membantu Menurunkan Paras Kolesterol 

Serai berpotensi dalam meningkatkan kesihatan jantung dan mengawal tahap kolesterol. [4]

Ia boleh membantu menurunkan kolesterol LDL “buruk” dan meningkatkan tahap kolesterol HDL “baik”. Ini kerana kandungan antioksidan nya boleh melindungi daripada pengoksidaan LDL, mengurangkan risiko pembentukan plak arteri. 

Selain itu, serai mempunyai sifat anti-radang, yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada kesihatan kardiovaskular.  

Walaupun demikian, penyelidikan lanjut diperlukan lagi bagi memahami sepenuhnya mekanisme dan faedah serai dalam mengawal tahap kolesterol.  

Serai boleh menjadi sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup sihat, tetapi ia tidak seharusnya dijadikan rawatan utama dalam merawat masalah kolesterol. 

Serai Boleh Membantu Mengurangkan Tekanan Darah Sistolik Tinggi

Serai terbukti dapat membantu menurunkan tekanan darah sistolik tinggi. Tekanan darah sistolik ialah angka teratas dalam bacaan tekanan darah dan menunjukkan tekanan dalam arteri apabila jantung mengecut. 

Dalam kajian pemerhatian yang dijalankan 2012 terhadap 72 orang sukarelawan lelaki yang telah diberi teh serai dan teh hijau untuk diminum. Mereka yang minum teh serai mengalami penurunan sederhana dalam tekanan darah sistolik dan sedikit peningkatan tekanan darah diastolik.

Mereka juga mempunyai kadar denyutan jantung yang jauh lebih rendah. [5]

Walaupun penemuan ini sangat memberangsangkan bagi pesakit tekanan darah sistolik tinggi, para penyelidik memberi amaran bahawa lelaki yang mempunyai masalah jantung haruslah menggunakan serai secara sederhana.

Ini dapat mengelakkan penurunan kadar denyutan jantung atau peningkatan tekanan diastolik secara mendadak.

Serai Membantu Mengawal Gula Dalam Darah

Kajian mendapati bahawa serai mungkin mempunyai kesan positif terhadap paras gula dalam darah. Ia boleh membantu meningkatkan sensitiviti insulin dan mengawal metabolisme glukosa, dan memberi manfaat kepada individu yang berisiko dan menghidap diabetes. 

Minyak pati serai boleh membantu mengurangkan gula dalam darah pada penghidap diabetes jenis 2 seperti yang dibuktikan dalam kajian yang pernah dijalankan pada 2007 terhadap tikus makmal. Tikus dirawat dengan dos oral harian 125 hingga 500 miligram minyak serai selama 42 hari. 

Keputusan menunjukkan minyak serai dapat menurunkan paras gula dalam darah dan mengubah parameter lipid sambil meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik). [6]

Serai Mempunyai Sifat Anti-radang

Citral dalam minyak pati serai dapat membantu mengurangkan kesakitan kerana ia mempunyai sifat anti-radang. 

BACA  Anda Suka Minum Air Barli? Ketahui 9 Khasiat Barli Yang Dikatakan Mempunyai Banyak Kebaikan Kesihatan

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan ke atas penghidap rheumatoid arthritis, minyak serai yang digunakan secara topikal dapat membantu mengurangkan kesakitan arthritis. Secara purata, tahap kesakitan dikurangkan secara beransur-ansur daripada 80 hingga 50 peratus dalam masa 30 hari. [7] 

Serai juga sering digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan kerana sifat analgesiknya. Ia boleh membantu mengurangkan ketidakselesaan yang disebabkan oleh sakit kepala, sakit otot dan sakit sendi. 

Sebab itu kita selalu lihat banyak produk minyak sapu yang mengandungi serai. 

Risiko Pengambilan dan Penggunaan Serai

Jika anda mempunyai alahan dengan serai atau sebarang produk yang berasaskan serai, pastikan anda mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan sebelum menggunakannya.  

Jangan sesekali menggunakan minyak pati serai pada kulit tanpa dilarutkan terlebih dahulu. Ini boleh menyebabkan kerengsaan kulit. Pastikan pati serai tersebut dari sumber yang baik dan tidak ditambah dengan pewarna atau pewangi tambahan. 

Kesimpulan

Serai mempunyai banyak manfaat kesihatan kerana kandungan antioksidan dan sebatian bioaktif nya.  Herba serba boleh ini bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman tetapi ia juga baik untuk minda. 

Sifat antioksidan dan anti-radang nya dapat membantu meningkatkan sistem imun badan,  menenangkan. Ia boleh juga boleh membantu mengawal kolesterol, mengawal tahap gula dalam darah, mengurangkan risiko kanser dan menghalang bakteria.

Soalan Lazim Mengenai Serai

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

one + five =