Ketahui 8 Khasiat Lemon Yang Baik Untuk Tubuh Badan

Kongsi artikel ini

Semua orang suka buah lemon kerana ia dapat memberikan kesegaran dalam makanan dan minuman. Meminum air perahan lemon dapat memberikan bekalan Vitamin C yang baik untuk kesihatan badan dan kulit. 

Buah lemon kaya dengan vitamin C, mineral dan antioksidan penting yang baik untuk kesihatan badan dan kulit yang sihat. 

Buah lemon mengandungi nutrien yang boleh membantu menyokong kesihatan kardiovaskular dan melindungi daripada penyakit batu karang dan anemia. Lemon juga mampu meningkatkan kesihatan jantung, mengawal berat badan, dan meningkatkan kesihatan usus. 

Dalam artikel ini, kita akan mengetahui khasiat lemon untuk kesihatan dan kecantikan, cara pengambilan air lemon dan risiko pengambilan. 

Maklumat Nutrisi Lemon

khasiat lemon

Lemon mempunyai kandungan kalori yang rendah. Setiap 100g mengandungi kira-kira 29 kalori dan 53mg Vitamin C yang baik dalam membantu meningkatkan sistem imun badan.  

Nutrien penting lain yang terkandung dalam buah lemon adalah seperti vitamin B6, kalium, serat. dan gula, seperti glukosa, fruktosa, dan sukrosa. [1]

Potasium yang terdapat dalam lemon juga bermanfaat dalam membantu menurunkan tahap tekanan darah dan ia mempunyai kesan positif terhadap kesihatan jantung. 

Antara sebatian tumbuhan antioksidan lain yang terdapat dalam lemon adalah Asid sitrik, Hesperidin, Diosmin, Eriocitrin, D-limonene yang dapat membantu meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan. 

Khasiat Lemon Dalam Membantu Meningkatkan Kesihatan Jantung

Lemon adalah sumber vitamin C yang sangat baik. 

Kajian mendapati bahawa dengan mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin C dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular seperti strok. [2] [3]

Bukan sahaja Vitamin C yang terdapat dalam buah lemon baik untuk jantung tetapi kandungan serat dan sebatian tumbuhan dalam lemon juga boleh mengurangkan risiko penyakit jantung. [4] 

Sebagai contoh, dalam satu kajian yang pernah dijalankan mendapati dengan memakan 24 gram ekstrak serat sitrus setiap hari selama sebulan dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. [5] 

Lemon juga mengandungi kalium, mineral yang memainkan peranan penting dalam membantu meningkatkan kesihatan jantung. Kalium membantu mengawal tekanan darah dengan mengatasi kesan negatif natrium, sekali gus mengurangkan tekanan darah dan masalah jantung. 

Buah lemon juga mengandungi flavonoid yang mempunyai aktiviti antioksidan yang baik. Ia juga dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan meningkatkan aliran darah, meningkatkan fungsi endothelial (lapisan saluran darah), dan mengurangkan pembentukan darah beku. 

Minum Air Lemon Untuk Mencegah Batu Karang

Asid sitrik yang terkandung dalam lemon dikatakan dapat membantu mencegah batu karang. [6] 

Lemon mungkin dapat menghalang pembentukan batu karang dengan meningkatkan tahap sitrat air kencing dan mengurangkan pembentukan kristal. 

Kajian telah terbukti bahawa jus lemon berkesan dalam mencegah batu karang. [7] [8]

Khasiat Air Lemon Dalam Membantu Mengawal Tekanan Darah

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan pada 2014 mendapati bahawa wanita di Jepun yang kerap berjalan kaki dan mengambil lemon setiap hari mempunyai tekanan darah yang lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengambil buah lemon setiap hari. [9] 

Kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah lemon juga dapat meningkatkan kesihatan saluran darah, menggalakkan fleksibiliti dan kekuatan jantung.  

Selain itu, flavonoid yang terdapat dalam lemon, seperti hesperidin, mempunyai kesan dalam membantu mengendurkan saluran darah dan menurunkan tekanan darah.

Kalium dalam lemon juga memainkan peranan penting dalam mengawal keseimbangan cecair dalam badan, yang boleh menyokong tahap tekanan darah yang sihat. 

Lemon Membantu Mengurangkan Risiko Kanser

Buah lemon dan jus nya merupakan sumber vitamin C dan antioksidan yang sangat baik.

Antioksidan boleh membantu menghalang radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel penyebab kanser. 

BACA  10 Khasiat Bunga Cengkih Yang Luar Biasa Yang Perlu Anda Tahu Supaya Sentiasa Kekal Sihat

Lemon boleh membantu mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser, termasuklah kanser payudara. Ini disebabkan oleh sebatian tumbuhan seperti hesperidin dan d-limonene yang terkandung dalam lemon. [10] [11] [12] [13] 

Vitamin C yang terdapat dalam lemon dapat membantu meneutralkan radikal bebas, yang merupakan molekul tidak stabil penyebab kerosakan sel dan DNA serta berpotensi menyebabkan perkembangan kanser.

Lemon juga mengandungi flavonoid seperti hesperidin dan naringenin, yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan. Keradangan kronik dan tekanan oksidatif boleh menyumbang kepada perkembangan kanser. 

Mengekalkan kulit wajah yang sihat

Vitamin C memainkan peranan yang sangat penting dalam pembentukan kolagen yang merupakan sistem sokongan kulit.

Pendedahan terhadap cahaya matahari, pencemaran, usia dan faktor lain boleh mengakibatkan kerosakan kulit.

Kajian yang dijalankan ke atas tikus pada tahun 2014 mendapati dengan mengambil vitamin C dalam bentuk semula jadi atau menggunakannya secara topikal boleh membantu mencegah dari kerosakan kulit akibat faktor-faktor ini. [14]

Melindungi Daripada Anemia

Anemia sangat biasa terjadi. Ia terjadi akibat kekurangan zat besi daripada makanan yang anda makan. Anemia juga mungkin merupakan tanda keadaan kesihatan yang lebih serius, seperti pendarahan dalam perut, keradangan akibat jangkitan, masalah buah pinggang, kanser atau penyakit autoimun. [15]

Lemon mengandungi sedikit zat besi, dan ia dapat membantu mengurangkan risiko anemia dengan meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan tumbuhan. [16]

Mengambil makanan yang tinggi kandungan vitamin C bersama dengan makanan yang kaya dengan zat besi dapat memaksimumkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap zat besi. [17] 

Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C dalam dos yang tinggi boleh menyebabkan masalah gastro usus pada mereka yang sedang mengambil suplemen zat besi.

Jadi sebaiknya dapatkan zat besi daripada sumber makanan, seperti hati daging lembu, lentil, kismis, kekacang seperti walnut, dan bayam. 

Memerah sedikit jus lemon pada salad daun bayam boleh membantu memaksimumkan pengambilan kedua-dua zat besi dan vitamin C.

Meningkatkan sistem imun

Makanan yang mempunyai kandungan vitamin C dan antioksidan yang tinggi boleh membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan. Vitamin C dan antioksidan juga dapat menghalang jangkitan kuman yang boleh menyebabkan demam dan selsema. 

Dalam satu kajian yang pernah dijalankan mendapati walaupun suplemen vitamin C tidak dapat mengurangkan gejala selesema, ia dapat mengurangkan tempoh masa selesema. Vitamin C juga boleh membantu meningkatkan imuniti pada mereka yang sedang menjalani aktiviti fizikal yang ekstrem. [18] 

Air lemon suam bersama madu sangat sesuai diminum ketika sedang selesema, sakit tekak atau demam. Madu mempunyai sifat antimikrob dan menyembuh yang dapat melegakan kesakitan dan mengurangkan keradangan.

Lemon Bantu Turunkan Berat Badan

Anda boleh minum jus lemon untuk mengurangkan berat badan kerana ia dapat membantu membakar lemak. Ini kerana lemon mengandungi limonin yang dapat membantu menurunkan tahap kolesterol jahat dalam darah dan membantu membakar lemak. 

Lemon juga merupakan sumber vitamin C yang baik kerana ia dapat menghalang radikal bebas dan membantu membuang toksin yang dihasilkan dalam badan.  

Dalam satu kajian yang dijalankan pada 2008 ke atas tikus yang mengambil fenol kulit lemon dengan diet lemak tinggi selama 12 minggu mendapati tikus tersebut dapat mengurangkan berat badan berbanding dengan yang tidak mengambil lemon. [19]

Risiko Pengambilan Lemon Yang Anda Perlu Tahu

Pengambilan lemon secara berlebihan boleh menyebabkan hakisan enamel pada gigi kerana sifatnya yang menghakis. 

Selain itu, sesetengah individu mungkin boleh mengalami pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut jika mereka sensitif terhadap buah sitrus. 

BACA  9 Khasiat Minyak Ikan Dengan Asid Lemak Omega-3 Yang Baik Untuk Badan Dan Otak Yang Sihat

Adalah penting untuk mengambil lemon secara sederhana dan berhati-hati terhadap sebarang reaksi buruk.

Jika anda sedang mengambil sebarang ubat-ubatan atau sedang hamil, pastikan jumlah leon yang diambil selamat. Dapatkan nasihat dari doktor sebelum mengambil lemon untuk merawat penyakit yang anda hadapi. 

Kesimpulan

Buah lemon adalah buah-buahan yang mempunyai banyak kebaikan kesihatan. Jadi tidak hairanlah mengapa ia antara makanan sihat yang sangat popular. Lemon mempunyai banyak manfaat untuk tubuh badan dan dan kulit kerana kandungan vitamin C dan sifat antioksidan nya. 

Lemon dapat membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan, penurunan berat badan dan mengekalkan kesihatan kulit dengan meningkatkan pengeluaran kolagen supaya kulit lebih sihat dan berseri. 

Vitamin C dalam lemon juga membantu meningkatkan penyerapan zat besi, menjadikannya baik untuk pesakit anemia. Kandungan antioksidan nya juga membantu dalam mengurangkan tekanan oksidatif dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular dengan mengurangkan risiko penyakit jantung.

 Soalan Lazim Mengenai Lemon

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

4 × 3 =