8 Khasiat Minyak Kelapa Dara – Ketahui Cara, Kebaikan Dan Manfaat Minyak Kelapa Dara Jika Diambil Setiap Hari

Kongsi artikel ini

Minyak kelapa dara adalah minyak yang serba boleh kerana ia mempunyai banyak kebaikan dan manfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Sebab itu minyak kelapa dara juga digelar superfood. Minyak kelapa dara juga mengandungi antioksidan, sifat antimikroba serta anti-radang semulajadi. 

Ia juga boleh digunakan dalam masakan kerana ia jauh lebih sihat dan berkhasiat berbanding minyak masak lain seperti minyak kelapa sawit, canola atau bunga matahari.

Di dalam artikel ini kita akan membincangkan khasiat minyak kelapa dara dan bagaimana untuk menggunakannya supaya kita dapat mendapat setiap manfaat yang terkandung dalam minyak kelapa dara ini.

Apakah Keistimewaan Kandungan Minyak Kelapa Dara Atau VCO Ini?

minyak kelapa dara 2

Disebabkan minyak kelapa dara tidak melalui proses pemanasan, ia dapat mengekalkan kandungan khasiatnya. Bukan sahaja kaya dengan kandungan nutrien seperti asid lemak, ia tinggi dengan kandungan antioksidan. 

Minyak dara kelapa juga merupakan sumber lemak sihat yang baik. Ia mengandungi trigliserida rantaian sederhana (MCT), yang terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan. MCT boleh membantu meningkatkan metabolisme, mengurangkan keradangan, dan memberikan sumber tenaga.

Malah amalan penggunaan minyak kelapa dara juga terbukti dapat membantu meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.

Kerana ia tidak tinggi kandungan kolesterol, kelapa dara bagus untuk jantung serta ia dapat melindungi hati, buah pinggang, otak serta organ lain dalam badan.

Perbezaan Antara Minyak Kelapa Dara VCO Dan Minyak Kelapa Jenis Biasa (Refined)

gambar minyak kelapa dara 3

Minyak kelapa dara

Sekiranya isi buah kelapa yang berwarna putih digunakan untuk mendapatkan minyak, maka ia ialah minyak kelapa ‘dara’.

Minyak kelapa dara adalah lebih sihat berbanding dengan minyak kelapa biasa / halus (refined).

Minyak kelapa biasa / halus (refined)

Jika isi kelapa dikeringkan dan dipanaskan, isinya akan keras dan menghasilkan kelapa kering. Isi kelapa kering akan melalui proses menggunakan mesin untuk mengekstrak minyak.

Hasil minyak yang diperoleh kemudian melalui proses pengewapan atau pemanasan untuk menghilangkan bau minyak.

Akhir sekali ia akan dilunturkan dengan melalui proses penapisan untuk membuang sebarang kekotoran dan bahan asing dalam minyak.

Apakah Khasiat Minyak Kelapa Dara VCO?

Minyak kelapa kaya dengan asid lemak rantai sederhana (MCFA). MCFA di dalam minyak kelapa dara ini mudah dihadam dan diserap dalam badan, menjadikan kelapa dara bagus untuk kesihatan. 

Kelapa dara juga bagus untuk membantu meningkatkan metabolisme, dan secara tidak langsung membantu mengurangkan berat badan.

Kandungan MCFA juga bermanfaat untuk kesihatan jantung dan telah dikaitkan dengan paras kolesterol yang lebih rendah. MCA juga telah ditunjukkan untuk mengurangkan keradangan dan membantu melindungi tubuh badan daripada penyakit.

Minyak kelapa juga kaya dengan asid laurik, iaitu sejenis lemak tepu yang membantu melindungi daripada bakteria, virus, dan kulat.

Meningkatkan Kesihatan Kulit Yang Lebih Sihat

minyak kelapa dara untuk kulit

Minyak kelapa dara sangat sesuai dijadikan pelembap kerana ia mempunyai sifat pelembab semula jadi dan ia kaya dengan antioksidan.

Minyak kelapa mempunyai komponen terbaik yang boleh membantu dalam memberikan perlindungan dan rawatan kepada kulit. 

Ia kaya dengan kandungan antioksidan, anti keradangan dan juga sangat baik dalam merawat jangkitan dan kegatalan.

Salah satu khasiat dan manfaat terbesar menggunakan minyak kelapa pada kulit kering adalah kuasa penghidratannya.

Sama ada anda menghadapi kulit kering, gatal atau inginkan kulit lembap yang sihat dan kelihatan awet muda, minyak kelapa dara adalah pilihan terbaik untuk memastikan kelembapan kulit dan meningkatkan lapisan lemak pada permukaan kulit supaya ia kekal lembap dan sihat.

Minyak kelapa kaya dengan asid lemak, yang penting untuk kulit yang sihat. Asid laurik di dalam minyak kelapa ini membantu mengunci kelembapan dan memastikan kulit anda sentiasa terhidrat.

Selain boleh digunakan sebagai pelembap, minyak kelapa juga didapati dapat memberikan manfaat antioksidan dan anti-radang, yang boleh membantu mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada kulit.

Selain itu, minyak kelapa juga boleh membantu mengurangkan kedutan, garis-garis halus, dan tanda-tanda penuaan.

Kelapa dara dapat membantu mengukuhkan struktur kulit dan membantu menyembuhkan penyakit kulit seperti ekzema, psoriasis, dan masalah kulit yang lain.

Kandungan asid lemak minyak kelapa dara yang mampu tembus ke beberapa lapisan kulit kita adalah seperti berikut:

  • Asid laurik 49 peratus
  • Asid miristik 18 peratus
  • Asid palmitik 8 peratus
  • Asid kaprilik 8 peratus
  • Asid kaprik 7 peratus
  • Asid oleik 6 peratus
  • Asid linoleat 2 peratus
  • Asid stearat 2 peratus

Mengamalkan minyak kelapa dara sebagai rawatan muka dapat meningkatkan sistem pertahanan kulit dan memberikan perlindungan dari sinar UV.

Ia juga dapat menghalang penghasilan sebatian pro-radang dan dapat mempercepatkan penyembuhan luka dan parut secara semula jadi.

BACA  Khasiat Durian - Raja Buah Yang Bukan Sahaja Sedap Tapi Mempunyai Banyak Manfaat Kesihatan

Manfaat Minyak Kelapa Dara Dalam Membantu Mengurangkan Berat Badan

minyak kelapa dara menurunkan berat badan

Kebanyakan minyak masak mempunyai kandungan lemak yang tinggi yang boleh menyebabkan peningkatan kadar kolesterol dalam darah.

Kandungan asid lemak ini tidak mudah dipecahkan dan tidak mudah bergerak dalam aliran darah.

Jadi dengan menggunakan minyak masak yang mengandungi kandungan asid lemak yang rendah seperti minyak kelapa dara dapat membantu mencegah masalah kolesterol yang tinggi dalam darah.

Minyak kelapa atau minyak kelapa dara mengandungi kandungan asid lemak yang rendah dan sedikit.

Kandungan asid lemak yang rendah dalam minyak kelapa dara tidak menyebabkan peningkatan dalam kadar kolesterol seperti minyak masak lain.

Ia juga tidak akan disimpan dalam badan sebagai lemak tisu.

Jadi dengan mengamalkan diet sihat seperti memasak dengan menggunakan minyak yang mengandungi rendah kandungan asid lemak dapat membantu dalam mengurangkan berat badan.

Bukan sahaja ia membantu anda mengurangkan berat badan, ia juga membantu anda berasa lebih sihat.

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Dalam Menyihatkan Rambut Dan Mengurangkan Kerosakan Rambut

minyak kelapa dara untuk rambut

Menyapu minyak kelapa dara pada rambut dapat membantu dengan masalah kehilangan protein pada rambut. Berbeza dengan minyak lain seperti bunga matahari, minyak kelapa boleh menembusi rambut hingga ke akar umbi dengan lebih baik.

Minyak mineral lain tidak mampu bertindak secara kimia dengan protein untuk memelihara kandungan protein dalam rambut.

Berbeza dengan minyak kelapa, yang kaya dengan kandungan asid laurik sebagai asid lemaknya. Asid Laurik bertindak lebih baik terhadap protein rambut.

Oleh itu, menggunakan minyak kelapa pada rambut yang rosak atau kering, atau menggunakan minyak kelapa sebagai pelembab ketika mencuci dapat memberikan rambut yang lebih sihat dan kuat.

Minyak kelapa juga dapat mengurangkan rambut bercabang dan melindunginya daripada kerosakan kimia yang teruk seperti dari penggunaan pengering rambut, produk pewarna dan pelurus rambut.

Menjaga Gigi Supaya Lebih Sihat Bersih

minyak kelapa dara untuk gigi

Antara fungsi minyak kelapa dara yang ramai tidak tahu ialah ia sering digunakan dalam rawatan Ayurveda iaitu dalam penjagaan kecantikan.

Kajian yang dijalankan mendapati minyak kelapa dara atau virgin coconut oil mempunyai komponen antimikroba spektrum yang tinggi. Bakteria-bakteria yang menyebabkan gigi rosak akan bertindak balas dengan minyak kelapa.

Oleh sebab itu banyak rawatan seperti kaedah oil pulling menggunakan minyak kelapa.

Dengan berkumur dengan minyak kelapa dara dapat menghilangkan plak dan kotoran degil pada gigi serta membantu mengurangkan masalah radang gusi.

Minyak kelapa dara mampu mencegah pertumbuhan kuman dalam gusi yang boleh menyebabkan masalah mulut berbau dan sakit gigi.

Disebabkan oleh kandungan asid laurik sebagai unsur utama dalam minyak kelapa menjadikan ia sangat baik sebagai anti-radang dan menghalang pertumbuhan mikroba.

Unsur utama ini membuatkan minyak kelapa dara sebagai pengganti terbaik selain ubat gigi untuk penjagaan gigi. Ia juga lebih murah dan selamat digunakan untuk semua golongan.

Membantu Menghalang Kanser

minyak kelapa dara anti kanser

Asid lemak adalah penting bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti rendah. Minyak kelapa dara merupakan salah satu sumber lemak yang terbaik berbanding dengan minyak atau produk tenusu seperti mentega yang banyak dihasilkan dengan menggunakan minyak kelapa sawit.

Ia mempunyai komponen perlindungan yang baik dalam mengurangkan risiko kanser payudara serta usus besar.

Sering sekali pesakit kanser yang melalui rawatan kemoterapi berasa lemah dan kurang selera makan.

Dengan menambahkan sedikit minyak kelapa dara ke dalam diet mereka dapat membantu meningkatkan selera makan, metabolisme serta tenaga.

Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

minyak kelapa dara untuk jantung

Diet yang tidak sihat merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung. Diet yang kaya dengan asid lemak tak tepu, seperti minyak kelapa dara (VCO), sering dikaitkan dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular.

Kajian telah menunjukkan bahawa asid lemak yang terdapat dalam minyak kelapa dara mungkin dapat memberikan perlindungan terhadap penyakit kardiovaskular dan membantu meningkatkan tahap kolesterol baik. 

Namun kajian terhadap pengambilan minyak kelapa dara dalam mencegah penyakit jantung masih lagi dalam ujian klinikal.

Membantu Meningkatkan Keberkesanan Insulin

khasiat minyak kelapa dara meningkatkan keberkesanan insulin

Minyak kelapa mengandungi trigliserida rantai sederhana (MCTs), yang cepat diserap dan dimetabolismekan oleh badan. Minyak kelapa dara dapat meningkatkan keberkesanan insulin, yang membantu mengawal paras gula dalam darah.

Kajian mendapati bahawa minyak kelapa boleh membantu mengurangkan risiko diabetes dan meningkatkan toleransi glukosa.

Walaupun terdapat beberapa bukti bahawa minyak kelapa mungkin membantu meningkatkan ketahanan insulin, lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk mengesahkan kajian ini. 

Lemak tepu daripada minyak kelapa dara masih rendah jika dibandingkan dengan minyak biasa. Namun jika anda cuba menguruskan tahap insulin anda dinasihatkan untuk mengambilnya secara sederhana.

BACA  8 Khasiat Kunyit Yang Wajib Anda Tahu Dan Bagaimana Ia Bermanfaat Dalam Melawan Penyakit Dan Memelihara Tubuh Badan

Membantu Mengurangkan Lemak Pada Bahagian Perut

minyak kelapa dara mengurangkan lemak perut

Kajian mendapati minyak kelapa dara mampu membantu dalam mengurangkan lemak berlebihan pada bahagian perut. 

Tetapi minyak kelapa dara sahaja tidak mencukupi untuk menurunkan berat badan kerana ia perlu dipadankan dengan diet seimbang dan senaman.

Untuk mengambil minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada diet anda dalam usaha untuk mengurangkan berat badan untuk anda boleh ambil satu sudu minyak kelapa dara sehari dan secara beransur-ansur meningkatkan jumlah pengambilan ke dua sudu.

Jaga pengambilan kalori dan kekal aktif.

Bagaimana Untuk Menggunakan Minyak Kelapa Dara VCO Dalam Masakan Anda?

minyak kelapa dara dalam masakan

Tambahkan satu sudu minyak kelapa ke dalam kopi anda untuk rasa lemak yang lebih sedap.

Boleh ditambah ke dalam jus buah-buahan seperti smoothie, ais krim, kuih dan kek, dan untuk menjadikan rasa makanan lebih kaya dan sedap apabila dimasak menggunakan minyak kelapa.

Masakan tumis dan ubi panggang mempunyai khasiat yang lebih tinggi jika dibakar menggunakan minyak kelapa.

Apabila menambah minyak kelapa dara ke dalam diet anda, adalah sangat penting untuk memahami bahawa manfaat yang diterima berbeza bergantung kepada individu. Ini kerana keperluan diet seseorang tidak sama.

Kurangkan Kalori Nasi Dengan Memasak Menggunakan Minyak Kelapa Dara

minyak kelapa dara untuk masak nasi

Memasak nasi dengan minyak kelapa dara adalah cara terbaik untuk mengurangkan jumlah kalori dalam hidangan nasi.

Minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiat kesihatan, dan ia merupakan makanan bernutrisi tinggi yang bagus untuk digunakan ketika memasak, terutamanya apabila anda ingin mengurangkan jumlah kalori.

Tambah 1-2 sudu minyak kelapa dara ketika memasak nasi. dan masak nasi seperti biasa. Apabila nasi sudah siap di masak, biarkan hingga sejuk dan gaul dengan garfu supaya ia gebu. Biar nasi betul-betul sejuk dan simpan ke dalam peti ais. Simpan semalaman dan panaskan bila anda ingin makan nasi.

Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh American Chemical Society, dengan guna minyak kelapa dara ketika memasak nasi dan menyimpannya ke dalam peti sejuk boleh mengurangkan kalori sehingga peratus.

Boleh juga cuba resepi nasi lemak tanpa santan ini. Walaupun santan digantikan dengan minyak kelapa, rasanya masih sedap. 

Adakah Minyak Kelapa Dara VCO Mempunyai Kesan Sampingan Jika Diambil Terlalu Banyak?

gambar minyak kelapa dara kesan sampingan

Ramai pakar pemakanan dan kesihatan mengesyorkan semua orang dewasa yang sihat tidak mengambil lebih daripada tiga sudu minyak kelapa setiap hari. Wanita yang mengandung atau menyusukan bayi pula perlu tidak mengambil lebih daripada dua sudu sehari.

Jika anda ingin menggunakan minyak kelapa kerana khasiatnya, seperti untuk penurunan berat badan atau penjagaan kulit, mulakan dengan kuantiti yang sedikit dahulu dan tingkatkan kuantiti anda secara beransur-ansur. 

Dengan cara itu, badan anda boleh menyesuaikan diri dengan minyak ini dan anda boleh mengurangkan risiko mengalami sebarang kesan sampingan.

Walaupun minyak kelapa dara boleh menjadi makanan tambahan yang sihat untuk diet dan rutin kesihatan anda, adalah sangat penting untuk mengetahui kesan sampingannya juga. 

Mengambil terlalu banyak minyak kelapa boleh menyebabkan kesan sampingan seperti cirit-birit dan kekejangan perut, serta sedikit peningkatan kolesterol jahat.

Bagaimana Mengetahui Sekiranya Minyak Kelapa Dara VCO Sudah Rosak Atau Sudah Tamat Tempoh

minyak kelapa dara kesan tamat tempoh

Minyak kelapa dara boleh tahan 2 hingga 3 tahun jika ia disimpan ditempat yang gelap dan dingin.

Jika minyak mula berbau tengik atau berubah warna ia tidak lagi selamat digunakan.

Buang minyak kelapa jika terdapat kandungan kulat pada permukaan minyak.

Kesimpulannya

Minyak kelapa merupakan makanan yang sangat serba boleh dan berkhasiat yang boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, daripada memasak hinggalah ke rawatan kecantikan. Ia juga telah digunakan sejak dulu lagi kerana sifat perubatannya. 

Ia kaya dengan lemak dan antioksidan yang bermanfaat, dan boleh membantu meningkatkan fungsi otak, mengurangkan keradangan, dan juga menggalakkan penurunan berat badan

Dengan manfaat serba bolehnya, tidak hairanlah kenapa minyak kelapa menjadi begitu popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jika anda mempunyai sebarang penyakit yang serius anda hendaklah mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan sebelum mengambil minyak kelapa dara bagi membantu merawat penyakit yang dihadapi.

Jangan ambil minyak kelapa dara dengan dos yang berlebihan dan sentiasa pastikan anda mendapatkan minyak kelapa dara yang segar, asli dan organik untuk mendapat khasiat yang optimum

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

one + three =