Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Kurma: Ketahui 12 Khasiat Kurma Yang Baik Untuk Kesihatan Badan Yang Optimum!

Kongsi artikel ini

Buah kurma berasal dari kawasan subtropika dan tropika di Timur Tengah dan Afrika Utara. Wujud sejak 5500 hingga 3000 B.C, kurma merupakan antara tanaman terawal yang diusahakan oleh manusia! 

Rekod arkeologi mendapati bahawa kurma mungkin berasal dari Mesopotamia dan Mesir dan kemudian tersebar ke Iran, India, Libya dan Afrika Utara. Buah kurma kemudiannya diperkenalkan ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Terdapat lebih daripada 3,000 jenis kurma yang boleh didapati, antaranya yang berwarna kuning, coklat, merah dan hitam, bergantung pada tahap kematangannya. 

Walaupun terdapat pelbagai jenis, buah kurma yang biasa kita temui adalah Medjool, Ajwa, Khalas, Safawi dan Deglet Noor. 

Buah kurma bukan sahaja sedap di makan begitu sahaja, ia juga sedap ditambah ke dalam bijiran, smoothie, adunan roti atau kek. Ia sangat versatil dan boleh dinikmati dengan pelbagai cara. 

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang khasiat kurma menurut sains serta bagaimana ia dapat membantu meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.

Kandungan Nutrisi Dan Khasiat Buah Kurma

khasiat kurma

Buah kurma tinggi dengan sumber karbohidrat, serat, vitamin, dan mineral. Ia juga mengandungi antioksidan yang dapat membantu melindungi tubuh badan kita daripada radikal bebas.

Berikut merupakan purata kandungan nutrisi bagi 100 gram kurma:

  • Tenaga: 277 kcal
  • Karbohidrat: 75 gram
  • Serat: 7 gram
  • Protein: 2 gram
  • Lemak: 0.15 gram
  • Vitamin C: 0.4 mg
  • Vitamin B6: 0.2 mg
  • Niasin: 1.6 mg
  • Asid Folik: 19 µg
  • Kalsium: 64 mg
  • Zat Besi: 0.9 mg
  • Magnesium: 54 mg
  • Fosforus: 62 mg
  • Kalium: 696 mg
  • Sodium: 1 mg

Fakta Menarik Mengenai Kurma

Kurma disebut dalam al-Quran sebanyak 22 kali, iaitu lebih banyak daripada buah-buahan lain. Nabi Muhammad S.A.W juga suka menikmati buah kurma dan tahu mengetahui kebaikannya.

Kurma merupakan buah yang paling popular di Timur Tengah dan ia telah wujud sejak beribu tahun dahulu lagi.

Terdapat lebih daripada 40 jenis kurma yang ditanam di Arab Saudi dan juga di Morocco.

Kurma boleh dipetik ketika ia masih lembut, kering, atau separuh kering bergantung kepada jenis kurma.

Kurma merupakan antara buah yang penting bagi masyarakat Timur Tengah dan sering dimakan ketika berbuka puasa terutamanya pada bulan Ramadhan.

Sebanyak 4 juta tan kurma ditanam setiap tahun dan 3 peratus kawasan tanah ditanam dengan pokok kurma.

Mereka yang menambah buah kurma ke dalam diet harian mereka mempunyai risiko kanser yang rendah.

Khasiat Kurma Sebagai Sumber Antioksidan dan Antimutagenik Yang Baik

Dalam satu kajian yang pernah dilakukan mendapati buah kurma mempunyai sifat antioksidan dan antimutagenik yang sangat bagus. [1]

Sifat Antioksidan

Kajian menunjukkan bahawa ekstrak air kurma dapat membantu melindungi sel-sel dalam tubuh badan daripada radikal bebas. Kajian tersebut mendapati:

Ekstrak kurma dapat membantu menyingkirkan separuh daripada radikal bebas tertentu pada kadar yang berbeza.

Ekstrak kurma juga dapat menghalang kesan negatif daripada radikal bebas lain pada kadar yang berbeza.

Perlindungan lemak dan protein: 

Ekstrak air kurma juga berjaya menghalang kerosakan pada lemak dan protein dalam sel.

Ekstrak kurma dapat menghalang kerosakan separuh daripada lemak dan protein dalam sel pada kadar yang berbeza.

Pada kadar tertentu, ekstrak kurma dapat menghalang kerosakan lemak dan protein sepenuhnya.

Sifat Antimutagenik

Ekstrak buah kurma juga dikatakan dapat memberi perlindungan terhadap perubahan genetik atau mutasi yang disebabkan oleh bahan kimia tertentu. [2]

Ekstrak kurma dapat menghalang separuh daripada mutasi pada kadar yang berbeza.

Rumusan

Buah kurma mempunyai kandungan antioksidan dan antimutagenik yang sangat baik. Ia mampu melindungi tubuh kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas dan perubahan genetik.

Kurma Mempunyai Kebaikan Untuk Kesihatan Usus

Kurma juga merupakan sumber serat diet dan polifenol yang baik. Sebab itu bagi mereka yang mengalami masalah untuk membuang air besar sangat digalakkan untuk mengambil buah kurma. 

Ada kajian yang mengatakan dengan mengamalkan buah kurma dapat meningkatkan kesihatan usus serta mengurangkan risiko kanser usus. 

Antara kebaikan kurma untuk kesihatan usus adalah: 

Meningkatkan Pertumbuhan Bakteria Baik

Kajian mendapati ekstrak buah kurma (DDE) dan ekstrak polifenol kurma (DPE) dapat meningkatkan pertumbuhan bakteria baik seperti bifidobacteria dan bakteroides. Peningkatan ini dapat membantu menjaga keseimbangan mikrobiota untuk usus yang lebih sihat. [3]

Meningkatkan Pergerakan Usus dan Frekuensi Tinja

Pengambilan kurma secara konsisten menunjukkan peningkatan dalam pergerakan usus dan kekerapan membuang air pada peserta kajian. Ini menunjukkan bahawa kurma mungkin dapat membantu meningkatkan fungsi pencernaan secara keseluruhan.

Mengurangkan Konsentrasi Amonia dalam Tinja

Mengamalkan buah kurma juga dapat membantu mengurangkan konsentrasi amonia dalam tinja, dan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan risiko kanser usus

Mengurangkan Genotoksisiti

Kajian mendapati bahawa pengambilan kurma dengan kerap dapat membantu mengurangkan genotoksisiti dalam air tinja manusia dan mengurangkan risiko kanser usus terjadi. 

Potensi Anti-proliferatif

DDE, DPE, dan metabolit yang terdapat dalam buah kurma juga berpotensi untuk mencegah pembentukan sel Caco-2 dalam kajian in vitro. Ini bermakna kurma mungkin dapat berfungsi sebagai agen anti-proliferatif, yang mungkin membantu mengurangkan risiko pembentukan kanser usus.

Rumusan

Kajian yang dijalakan membuktikan kebaikan kurma dalam membantu menjaga kesihatan usus dan mengurangkan risiko kanser usus.

Kajian Kurma Menurut Kajian Untuk Kesihatan Jantung

Buah kurma kaya dengan kandungan polifenol, flavonoid, mikronutrien, dan serat diet yang dapat memberikan manfaat kepada kesihatan kardiovaskular dan melindungi jantung. 

Meningkatkan Kualiti Lipid dalam Darah

Menurut kajian yang dilakukan oleh Profesor Michael Aviram, seorang ahli biokimia dari Technion-Israel Institute of Science, dengan mengamalkan kurma Halawi setiap hari selama empat minggu dapat meningkatkan kualiti lipid (lemak) dalam darah tanpa meningkatkan kadar gula darah. [4]

Hasil kajian mendapati penurunan sebanyak 15% dalam kadar trigliserida dan penurunan sehingga 33% dalam jumlah oksidasi lemak dalam darah.

Oksidasi ini yang menyebabkan berlakunya pengumpulan kolesterol pada dinding arteri yang menyebabkan aliran darah ke jantung atau otak tersumbat. Jika tersumbat boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau strok. 

Mengurangkan Stres Oksidatif dan Radang

Ekstrak buah kurma juga memiliki potensi dalam mengurangkan stres oksidatif dan keradangan dalam tubuh badan, yang berkaitan dengan penyakit kardiovaskular.

Mobilisasi Sel Progenitor

Kajian lain juga menunjukkan ekstrak buah kurma memiliki potensi untuk memobilisasikan sel progenitor endogen yang dapat meningkatkan proses pemulihan jaringan selepas kecederaan iskemia, seperti infark miokard. [5]

Rumusan

Dengan mengamalkan memakan kurma mungkin dapat membantu melindungi kesihatan jantung serta mencegah penyakit kardiovaskular.

Kurma Baik Dalam Menguruskan Kolesterol dan Menurunkan Trigliserida

Pengambilan kurma, terutamanya jenis Safawi dikatakan dapat memberi manfaat pada kesihatan hati, pengurusan kolesterol, dan penurunan trigliserida. 

Kurma dan Kesihatan Hati

Kurma Medjool dan Safawi diketahui memiliki sifat antioksidan yang sangat baik.

Kajian yang melibatkan individu yang sihat menunjukkan dengan pengambilan kurma Safawi secara khususnya dapat membantu menurunkan tekanan oksidatif dalam darah sebanyak sehingga 33% dan meningkatkan aktiviti enzim antioksidan yang berkait dengan HDL sebanyak 8%. [6]

Kurma dan Kolesterol

Kajian juga menunjukkan bahawa dengan pengambilan kurma Medjool atau Safawi tidak memberi kesan yang signifikan terhadap kolesterol total, VLDL, LDL, atau HDL.

Ini bermakna dengan memakan kurma tidak akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular yang berkaitan dengan kadar kolesterol yang tinggi. [7]

Kurma dan Trigliserida

Apa yang lebih menarik ialah kajian mendapati tahap trigliserida dalam darah menurun secara ketara sehingga 8% dan 15% selepas mengambil kurma Medjool atau Safawi. 

Kajian lain yang melibatkan tikus juga menunjukkan bahawa dengan pengambilan ekstrak buah kurma mampu menurunkan tahap gula dalam darah, trigliserida, dan VLDL, serta meningkatkan fungsi hati. 

Rumusan

Pengambilan buah kurma, terutama jenis Safawi boleh membantu melindungi hati, mengurangkan kadar kolesterol jahat, dan menurunkan tahap trigliserida. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk memahami sepenuhnya mekanisme kesan kurma pada manusia.

Kebaikan Buah Kurma Dalam Membantu Melindungi Buah Pinggang

Mengamalkan memakan buah kurma, khususnya ekstrak kurma Ajwa dapat membantu melindungi buah pinggang daripada toksisiti yang disebabkan oleh doxorubicin (DOX), iaitu sejenis ubat untuk rawatan kemoterapi. 

Berikut merupakan antara beberapa penemuan penting yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan:

Kajian Nephroprotective Ekstrak Kurma Ajwa:

Kajian yang dijalankan terhadap tikus yang telah diberikan ekstrak air kurma Ajwa (AJDAE) untuk menilai kesannya terhadap nefrotoksisiti yang dihasilkan oleh suntikan DOX. [9]

Sebanyak 60 tikus jantan Wistar albino dibahagikan secara rawak dan sama rata kepada enam kumpulan, yang diberi rawatan seperti berikut:

  • Kumpulan kawalan tanpa rawatan
  • Kumpulan yang diberi 0.75 dan 1.5 mg/kg berat badan AJDAE
  • Kumpulan kawalan toksik yang diberi DOX
  • Kumpulan profilaksi yang diberi 0.75 dan 1.5 mg/kg AJDAE dan 15 mg/kg DOX

Hasil kajian mendapati rawatan AJDAE memberi peningkatan yang ketara dalam penanda biokimia buah pinggang, seperti urea, kreatinin, kalsium, fosforus, dan asid urik.

Rawatan AJDAE juga meningkatkan enzim antioksidan dan mengurangkan perubahan histopatologi yang berkaitan dengan toksisiti DOX. 

BACA  10 Khasiat Avocado : Tingkatkan Kesihatan Anda Dengan Sebiji Buah Avokado Setiap Hari Untuk Jantung Dan Badan Yang Sihat

Analisis silico menunjukkan beberapa sebatian bioaktif dalam ekstrak kurma Ajwa mungkin bertindak sebagai agen perlindungan buah pinggang.

Rumusan

Hasil kajian menunjukkan bahawa ekstrak kurma Ajwa mampu melindungi buah pinggang daripada toksisiti yang disebabkan oleh DOX melalui tindakan antioksidan, mengurangkan keradangan, dan aktiviti pemulihan membran.

Biji kurma Ajwa mungkin mempunyai nilai terapeutik dalam mengatasi nefrotoksisiti yang berkaitan dengan doxorubicin.

Manfaat Kesihatan Kurma Untuk Kesihatan Otak

Buah kurma atau Phoenix dactylifera L, juga sering dikaitkan dengan kesihatan otak. 

Kajian terbaru mendapati bahawa kurma mungkin mempunyai kesan positif terhadap penyakit neurodegeneratif seperti Alzheimer, Parkinson, Huntington, dan amyotrophic lateral sclerosis (ALS). [10]

Buah kurma juga mengandungi gula (81-88%, terutamanya fruktosa, glukosa, dan sukrosa), serat diet (sekitar 5-8.5%), protein, lemak, dan kandungan fenol yang tinggi. Ia juga kaya dengan sebatian fenolik dan flavonoid yang mempunyai sifat antioksidan. [11]

Pengambilan buah kurma secara teratur mungkin dapat memberikan perlindungan terhadap beberapa jenis kanser seperti kolon, prostat, payudara, endometrium, paru-paru, dan pankreas. 

Aktiviti antioksidan sebatian fenolik dalam kurma pula berperanan dalam mencegah penyakit yang berkaitan dengan usia. 

Kurma dan Penyakit Saraf

Penyelidikan mendapati bahawa ekstrak buah kurma dapat melindungi rangkaian neuron terhadap iskemia serebral fokal.

Pengambilan suplemen makanan buah kurma yang diambil dalam jangka panjang sering dikaitkan dengan penurunan tahap peptida Aβ, sitokin pro-radang, dan ATP pada tikus model in vivo untuk penyakit Alzheimer. 

Rumusan

Kurma mampu memberi perlindungan terhadap radang dan tekanan oksidatif dalam otak. Mekanisme perlindungan ini mungkin berkaitan dengan aktiviti antioksidan sebatian fenolik dalam buah kurma.

Berdasarkan kajian in vivo dan profil bahan aktif yang dijelaskan di atas mendapati kurma mempunyai potensi terapeutik yang baik buat pesakit Alzheimer. Namun kajian terperinci diperlukan lagi bagi memahami manfaat kurma dalam melindungi kesihatan otak.

Khasiat Kurma Dalam Membantu Mengurangkan Berat Badan dan Mencegah Diabetes

Mengamalkan memakan buah kurma dalam kuantiti yang sederhana boleh membantu mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti. 

Kurma kaya dengan kandungan serat terutamanya serat tidak larut. Serat ini membantu memberikan rasa kenyang, mengurangkan pengambilan kalori, dan menyokong proses penghadaman yang lebih sihat. [12]

Kurma mengandungi kandungan gula yang tinggi, terutamanya fruktosa dan glukosa, yang boleh memberikan tenaga. Tetapi jika anda ingin mengurangkan berat badan haruslah mengambil kurma dalam kuantiti yang sederhana.

Kurma dan bijinya merupakan sumber antioksidan dan sebatian fenolik yang baik. Sebatian-sebatian ini mempunyai potensi dalam membantu mengatasi masalah kesihatan yang berkaitan dengan obesiti, seperti diabetes dan radang.

Selain itu buah kurma juga dapat menghalang masalah lipase pankreas terjadi. Kajian mendapati bahawa biji kurma, terutamanya dari jenis Kentichi dapat menghalang enzim yang berkaitan dengan diabetes dan obesiti.

Ini secara tidak langsung boleh membantu mencegah penyerapan lemak yang berlebihan dalam tubuh badan.

Rumusan

Kurma kaya dengan serat, tenaga, dan antioksidan dan ia dapat menghalang enzim yang berkaitan dengan diabetes dan obesiti.

Kurma Baik Untuk Mengurus Penyakit Kencing Manis

Kurma mempunyai rasa manis seperti gula semula jadi. Jadi adakah buah kurma sesuai bagi mereka yang mengidap kencing manis?

Buah kurma mempunyai kadar GI yang rendah dan ini bermakna ia tidak menyebabkan paras gula dalam darah anda meningkat. [13]

Terdapat beberapa manfaat kurma bagi individu yang menghidap diabetes jenis 2:

Tahap indeks glisemiknya yang rendah 

Kurma mempunyai indeks glisemik yang rendah, bermakna ia tidak menyebabkan gula dalam darah meningkat.

Kandungan antioksidan

Kurma merupakan sumber antioksidan yang baik yang dapat membantu mengurangkan tekanan oksidatif yang sering terjadi pada pesakit diabetes.

Kesan terhadap profil lipid

Mengambil tiga biji kurma setiap hari selama 16 minggu dapat meningkatkan profil lipid pada pesakit diabetes tahap 2, dan mengurangkan tahap kolesterol keseluruhan dan peningkatan kolesterol HDL (kolesterol baik). [14]

Peningkatan kualiti hidup

Kajian mendapati peningkatan dalam indeks kualiti hidup, terutamanya dalam kesihatan mental, pada individu dengan diabetes jenis 2 yang mengambil tiga biji kurma setiap hari. 

Rumusan

Kurma dapat memberikan manfaat kepada pesakit diabetes jenis 2 apabila diambil dalam jumlah yang disyorkan sebagai sebahagian daripada diet yang yang seimbang kerana tahap indeks glisemiknya yang rendah.

Kurma Mempunyai Kesan Anti-Kanser dan Anti-Tumor

Buah kurma memiliki sifat anti-kanser berdasarkan penemuan kajian yang menunjukkan kesan penghalang karsinoma hepatoselular, aktiviti antioksidan, pengaruh pada sitokin, aktiviti anti-tumor glukan beta D, dan pengawalan jalur genetik. [15]

Berikut adalah beberapa penemuan menarik tentang kebaikan kurma dalam membantu menghalang kanser:

Kesan melawan Karsinoma Hepatoselular (HCC)

Ekstrak air kurma Ajwa (ADE) dapat membantu menghentikan pertumbuhan HCC pada tikus.

ADE membantu memulihkan fungsi hati dan mengurangkan ekspresi gen yang berkait dengan HCC.

Sifat antioksida

ADE membantu meningkatkan enzim antioksidan dalam badan tikus, seperti SOD, GR, GPx, dan CAT. 

Peningkatan enzim antioksidan ini melindungi hati dan menghambat HCC.

Pengaruh pada sitokin

ADE membantu mengurangkan sitokin pro-inflamasi dan meningkatkan sitokin anti-tumor pada tikus.

Keseimbangan sitokin ini membantu memperbaiki fungsi hati dan menghalang HCC.

Aktiviti anti-tumor Glukan Beta D

Glukan beta D yang terdapat dalam kurma memiliki aktiviti anti-tumor.

Aktiviti anti-kanser glukan ini bergantung pada dos optimal iaitu 1 mg/kg dalam tumor.

Pengawalan jalur genetik

Komponen tumbuhan seperti flavonoid dan fenol dalam kurma berperanan dalam mengatur jalur genetik yang berkait dengan kanser.

Kurma dan sebatian yang terdapat dalamnya dapat mencegah tumor tanpa kesan sampingan yang ketara.

Rumusan

Kurma dapat melambatkan pertumbuhan karsinoma hepatoselular (HCC) dan meningkatkan enzim antioksida serta mengurangkan sitokin pro-radang.

Glukan beta D yang terdapat dalam buah kurma juga menunjukkan aktiviti anti-tumor. Komponen kurma mungkin mempunyai kemampuan dalam mengawal pertumbuhan kanser melalui laluan genetik.

Kurma Mempunyai Sifat Anti-Radang Dan Mencegah Penyakit

Buah kurma sangat baik dalam membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh badan. 

Ia mengandungi bahan bioaktif seperti flavonoid, asid fenolik, dan karotenoid yang telah terbukti mempunyai kesan anti-radang. [2]

Selain itu, kurma juga kaya dengan serat yang dapat membantu melindungi kesihatan usus. 

Gabungan faktor-faktor ini menjadikan kurma bermanfaat sebagai anti-radang. 

  • Kurma boleh membantu mengurangkan keradangan dalam tubuh badan.
  • Kurma membantu mengawal faktor yang boleh menyebabkan keradangan, seperti radang, kanser, diabetes, serta penyakit lain.
  • Kurma mengandungi bahan semualajadi seperti fenolik dan flavonoid yang berfungsi sebagai agen anti-radang.
  • Kurma Ajwa terbukti mengandungi ekstrak yang dapat mengurangkan keradangan dengan menghambat enzim yang terlibat.
  • Kurma melindungi tubuh badan dari radang dengan mengatur ekspresi protein yang dikenali sebagai sitokin.
  • Ekstrak kurma membantu mengurangkan bengkak dan tanda keradangan lain.
  • Daun kurma juga memiliki manfaat anti-oksida dan anti-radang, menjadikannya sumber semulajadi yang baik untuk mengurangkan keradangan. 

Rumusan

Kurma mempunyai manfaat anti-radang dan dengan mengawal sitokin, serta mengurangkan bengkak serta tanda radang yang lain. Daun kurma juga memiliki manfaat antioksidan dan anti-radang.

Kurma Membantu Meningkatkan Sistem Imun Tubuh Badan

Kurma juga sangat dikenali sebagai sumber yang baik dalam meningkatkan sistem imun tubuh badan. 

Dengan kandungan nutrisi serta sifat munomodulator nya, kurma dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh badan dalam melawan penyakit dan menjaga kesihatan badan secara menyeluruh. [17]

Meningkatkan sistem imun secara semulajadi

Buah kurma mengandungi banyak sebatian yang baik untuk mempertahankan sistem imun badan kita.

Membantu melawan jangkitan

Kurma boleh meningkatkan penghasilan zat-zat yang membantu badan melawan jangkitan dan menjaga sistem imun agar ia kekal sihat.

Melindungi daripada kerosakan sel

Kurma juga dapat meningkatkan kandungan antioksida dalam badan. Antioksida melindungi badan daripada kerosakan sel akibat radikal bebas.

Mengurangkan radang

Kurma dapat mengurangkan radang dalam badan kerana sifat antioksida nya.

Menjaga kesihatan jantung

Kurma juga dapat membantu mengurangkan tahap protein yang berkaitan dengan risiko penyakit jantung dan strok.

Membantu mengurangkan kerosakan tisu

Kurma dapat menghalang enzim yang menyebabkan radang dan kerosakan tisu.

Rumusan

Kurma dapat meningkatkan sistem imun tubuh badan, melawan jangkitan, dan melindungi sel-sel dari kerosakan. Selain itu, biji kurma juga memiliki sifat anti-radang dan ia dapat membantu memastikan kesihatan jantung.

Kurma Memiliki Sifat Anti-Bakteria

Kurma memiliki sifat anti-bakteria kerana kandungan fitokimia dalam kurma seperti fenolik dan flavonoid yang membantu menghambat pertumbuhan bakteria, melindungi dari jangkitan, menghalang tumor dan mengurangkan keradangan. [2]

  • Kurma memiliki sifat anti- bakteria yang boleh membantu melawan pelbagai jenis bakteria.
  • Ekstrak daun dan biji kurma mampu menghambat pertumbuhan beberapa jenis bakteria dan kulat.
  • Kurma efektif dalam melawan bakteria Gram positif dan Gram negatif.
  • Kurma dapat melindungi tubuh badan daripada jangkitan bakteria seperti Klebsiella pneumonia dan Escherichia coli.
  • Kurma sering digunakan sebagai rawatan penyakit enterik seperti E. fecalis.

Rumusan

Kurma mempunyai sifat anti-mikrob yang baik dalam membantu melawan bakteria dan ia juga melawan bakteria Gram positif dan Gram negatif, serta merawat penyakit enterik.

Jenis-Jenis Kurma Terbaik

Kurma adalah buah yang terkenal di seluruh dunia dan terdapat pelbagai jenis kurma yang unik dengan rasa dan tekstur yang berbeza. 

BACA  10 Bukti Kebaikan Cendawan Lingzhi

Berikut adalah beberapa jenis kurma terbaik yang boleh anda dapati di pasaran:

1. Kurma Ajwa

Kurma Ajwa adalah salah satu jenis buah kurma yang agak mahal dan banyak dijual di Malaysia. Ia berasal dari Arab Saudi dan terkenal dengan rasa manis, lembutnya.

Kurma ini juga dikenali sebagai kurma Rasulullah kerana ia dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW. Kurma Ajwa mempunyai kesan anti-kanser, anti-tumor, dan hepatoprotective.

2. Kurma Medjool

Kurma Medjool adalah salah satu jenis kurma yang paling popular di seluruh dunia. Ia berasal dari Tanah Palestin dan kini banyak ditanam di Amerika Syarikat. Kurma ini mempunyai rasa manis dan tekstur isi yang lembut. Kurma Medjool juga kaya dengan kandungan serat, potasium, dan antioksidan.

3. Kurma Deglet Nour

Kurma Deglet Nour merupakan kurma yang berasal dari Tunisia dan juga ditanam di Algeria dan California. Ia dikenali sebagai “kurma cahaya” kerana warnanya yang lebih terang dan teksturnya yang agak keras.

Kurma Deglet Nour mempunyai rasa manis yang sederhana dan ia juga kaya dengan kandungan serat, vitamin, dan mineral.

4. Kurma Barhi

Kurma Barhi berasal dari Iraq dan terkenal dengan rasa manis dan teksturnya yang lembut. Kurma ini biasanya dimakan segar dan kering. Kurma Barhi mengandungi banyak nutrien penting seperti vitamin C, kalsium, dan zat besi.

5. Kurma Khadrawi

Kurma Khadrawi adalah sejenis kurma yang berasal dari Arab Saudi. Ia memiliki tekstur yang lembut dan rasa manis yang unik. Ia sering digunakan dalam masakan Timur Tengah dan merupakan sumber kalium, magnesium, dan fosforus yang baik.

Risiko Pengambilan Kurma

Walaupun kurma mempunyai manfaat kesihatan yang sangat banyak, ada beberapa risiko yang perlu diambil berat. 

Kurma mempunyai rasa yang manis semulajadi jadi pesakit diabetes perlu mengambil kurma dalam hidangan yang sesuai. 

Reaksi alergi terhadap kurma juga mungkin boleh terjadi walaupun ia sangat jarang. Jika terjadi alergi selepas memakan kurma, hentikan pengambilan dengan serta-merta dan dapatkan rawatan dari hospital. 

Selain itu, kurma yang ditanam secara konvensional mungkin mempunyai pestisida dan bahan kimia tertentu. Untuk mengurangkan risiko ini, anda boleh dapatkan kurma yang organik. 

Kesimpulan

Kurma merupakan buah yang padat dengan nutrisi, anti-oksida dan pelbagai manfaat kesihatan. Ia dapat meningkatkan sistem imun badan, mengurangkan keradangan, dan melawan bakteria. 

Kurma merupakan makanan superfood yang baik untuk ditambah ke dalam diet harian untuk semua golongan. 

Soalan Lazim Mengenai Kurma

Rujukan / Reference

  1. AlFaris NA, AlTamimi JZ, AlGhamdi FA, Albaridi NA, Alzaheb RA, Aljabryn DH, Aljahani AH, AlMousa LA. Total phenolic content in ripe date fruits (Phoenix dactylifera L.): A systematic review and meta-analysis. Saudi J Biol Sci. 2021 Jun;28(6):3566-3577. doi: 10.1016/j.sjbs.2021.03.033. Epub 2021 Mar 17. PMID: 34121900; PMCID: PMC8175999. 
  2. Rahmani AH, Aly SM, Ali H, Babiker AY, Srikar S, Khan AA. Therapeutic effects of date fruits (Phoenix dactylifera) in the prevention of diseases via modulation of anti-inflammatory, anti-oxidant and anti-tumour activity. Int J Clin Exp Med. 2014 Mar 15;7(3):483-91. PMID: 24753740; PMCID: PMC3992385.
  3. Eid N, Osmanova H, Natchez C, Walton G, Costabile A, Gibson G, Rowland I, Spencer JP. Impact of palm date consumption on microbiota growth and large intestinal health: a randomised, controlled, cross-over, human intervention study. Br J Nutr. 2015 Oct 28;114(8):1226-36. doi: 10.1017/S0007114515002780. PMID: 26428278.
  4. Eid N, Osmanova H, Natchez C, Walton G, Costabile A, Gibson G, Rowland I, Spencer JP. Impact of palm date consumption on microbiota growth and large intestinal health: a randomised, controlled, cross-over, human intervention study. Br J Nutr. 2015 Oct 28;114(8):1226-36. doi: 10.1017/S0007114515002780. PMID: 26428278.
  5. Alhaider IA, Mohamed ME, Ahmed KKM, Kumar AHS. Date Palm (Phoenix dactylifera) Fruits as a Potential Cardioprotective Agent: The Role of Circulating Progenitor Cells. Front Pharmacol. 2017 Sep 4;8:592. doi: 10.3389/fphar.2017.00592. PMID: 28928656; PMCID: PMC5591459.
  6. Rock W, Rosenblat M, Borochov-Neori H, Volkova N, Judeinstein S, Elias M, Aviram M. Effects of date ( Phoenix dactylifera L., Medjool or Hallawi Variety) consumption by healthy subjects on serum glucose and lipid levels and on serum oxidative status: a pilot study. J Agric Food Chem. 2009 Sep 9;57(17):8010-7. doi: 10.1021/jf901559a. PMID: 19681613.
  7. Ahmed S, Khan RA, Jamil S. Anti hyperlipidemic and hepatoprotective effects of native date fruit variety “Aseel” (Phoenix dactylifera). Pak J Pharm Sci. 2016 Nov;29(6):1945-1950. PMID: 28375109.
  8. Othman A. S. Baothman, Hisham N. Altayb, Mustafa A. Zeyadi, Salman B. Hosawi, Mohamed Kamel Abo-Golayel. Phytochemical analysis and nephroprotective potential of Ajwa date in doxorubicin-induced nephrotoxicity rats: Biochemical and molecular docking approaches Deanship of Scientific Research (DSR), King Abdulaziz University, Jeddah, under grant no. G: 628-130-1439.
  9. Abulnaja KO, Kannan K, Al-Manzlawi AMK, Kumosani TA, Qari M, Moselhy SS. Ajwa date flavonoids mitigate neutrophil migration and interferon-γ-induced renal injury by ultraviolet C radiation in rats. Environ Sci Pollut Res Int. 2022 Oct;29(47):71607-71613. doi: 10.1007/s11356-022-20956-x. Epub 2022 May 23. PMID: 35604596.
  10. Essa MM, Akbar M, Khan MA. Beneficial effects of date palm fruits on neurodegenerative diseases. Neural Regen Res. 2016 Jul;11(7):1071-2. doi: 10.4103/1673-5374.187032. PMID: 27630684; PMCID: PMC4994443.
  11. Subash S, Essa MM, Braidy N, Awlad-Thani K, Vaishnav R, Al-Adawi S, Al-Asmi A, Guillemin GJ. Diet rich in date palm fruits improves memory, learning and reduces beta amyloid in transgenic mouse model of Alzheimer’s disease. J Ayurveda Integr Med. 2015 Apr-Jun;6(2):111-20. doi: 10.4103/0975-9476.159073. PMID: 26167001; PMCID: PMC4484046.
  12. Al-Farsi MA, Lee CY. Nutritional and functional properties of dates: a review. Crit Rev Food Sci Nutr. 2008 Nov;48(10):877-87. doi: 10.1080/10408390701724264. PMID: 18949591.
  13. Alkaabi JM, Al-Dabbagh B, Ahmad S, Saadi HF, Gariballa S, Ghazali MA. Glycemic indices of five varieties of dates in healthy and diabetic subjects. Nutr J. 2011 May 28;10:59. doi: 10.1186/1475-2891-10-59. PMID: 21619670; PMCID: PMC3112406.
  14. Alalwan TA, Perna S, Mandeel QA, Abdulhadi A, Alsayyad AS, D’Antona G, Negro M, Riva A, Petrangolini G, Allegrini P, Rondanelli M. Effects of Daily Low-Dose Date Consumption on Glycemic Control, Lipid Profile, and Quality of Life in Adults with Pre- and Type 2 Diabetes: A Randomized Controlled Trial. Nutrients. 2020 Jan 15;12(1):217. doi: 10.3390/nu12010217. PMID: 31952131; PMCID: PMC7019638.
  15. Khan F, Khan TJ, Kalamegam G, Pushparaj PN, Chaudhary A, Abuzenadah A, Kumosani T, Barbour E, Al-Qahtani M. Anti-cancer effects of Ajwa dates (Phoenix dactylifera L.) in diethylnitrosamine induced hepatocellular carcinoma in Wistar rats. BMC Complement Altern Med. 2017 Aug 22;17(1):418. doi: 10.1186/s12906-017-1926-6. PMID: 28830415; PMCID: PMC5567468.
  16. Saryono, Saryono & Dardjito, E & Proverawati, Atikah & Sumeru, Annas & Setiyani, R & Setyo Upoyo, Arif & Kamaluddin, Ridlwan. (2019). Date seeds ( Phoenix dactylifera L.) consumption as anti-inflammatory and immunostimulant: a systematic review. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science. 250. 012038. 10.1088/1755-1315/250/1/012038. 

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

thirteen + 6 =