17 Khasiat Habbatus Sauda Untuk Kesihatan Anda Menurut Kajian

Dalam perubatan Islam terdapat banyak penggunaan herba, tumbuhan dan buah-buahan yang dipercayai mempunyai banyak khasiat jika digunakan sebagai rawatan kesihatan.

Antaranya ialah buah zaitun, delima, kurma dan buah ara yang disebut dalam Al-Quran sebagai makanan sunnah atau makanan yang baik dan berkhasiat. 

Namun demikian, terdapat satu lagi herba yang sangat kaya dengan khasiat dan manfaat. Ia dikenali sebagai habbatus sauda. 

Bagi masyarakat Arab, habbatus sauda atau minyaknya yang dikenali sebagai black seed oil banyak digunakan dalam tujuan merawat pelbagai jenis penyakit termasuklah demam, kencing manis, sakit kepala yang serius, jangkitan kuman serta banyak lagi. 

Habbatus sauda dikatakan mempunyai lebih daripada 100 unsur penting antaranya, asid lemak, protein, karbohidrat, vitamin dan mineral penting. Jadi tidak hairanlah mengapa ia menjadi pilihan utama bagi mereka yang memilih rawatan alternatif yang semula jadi, lebih selamat dan berkesan. 

Jika anda ingin tahu minyak habbatus sauda yang terbaik di pasaran lihat di bawah:

SAWDA HABBATUS SAUDA

PRODUK UPM

  • Membantu Meningkatkan Imun Sistem Dan Daya Badan
  • Membantu Menghalang Penyakit Kronik
  • Membantu Dalam Pemulihan Sakit-Sakit Otot
  • 100% MINYAK HABBATUS SAUDA ASLI

Dalam artikel ini, kami akan berkongsi apa sebenarnya habbatus sauda atau juga dikenali dengan nama jintan hitam serta 17 manfaat kesihatan yang boleh diperoleh dengan mengamalkan habbatus sauda.

Apakah Habbatus Sauda Atau Biji Hitam?

Habbatus Sauda

Habbatus sauda merupakan sejenis tumbuhan berbunga juga dikenali dengan nama saintifik nya Nigella sativa berasal dari wilayah Mediterranean.

Ia selalunya digunakan sebagai ubat dalam perubatan oleh orang Islam dan juga bukan Islam selama beribu-ribu tahun dahulu. Ia juga boleh didapati di Eropah Timur, Asia Barat dan Timur Tengah. 

Rasa biji hitam yang pahit sering disamakan dengan herba oregano dan jintan. Selain digunakan di dalam bidang perubatan, biji habbatus sauda banyak digunakan dalam masakan Timur Tengah. Ia digunakan untuk menambah rasa masakan kari, roti dan juga salad.

Kebaikan Minyak Habbatus Sauda Untuk Kesihatan

Habbatus sauda mengandungi pelbagai jenis vitamin dan mineral, termasuk zat besi, tembaga, magnesium, kalsium, dan vitamin B1, B2, dan C. Ia juga merupakan sumber protein dan serat yang sangat baik.

Kebaikan kesihatan habbatus sauda dipercayai kerana kandungan thymoquinone, iaitu sebatian yang mempunyai sifat antioksidan, anti-radang, dan antikanser.

Apakah keistimewaan thymoquinone dalam habbatus sauda?

Thymoquinone(TQ) telah terbukti berkesan dalam merawat kanser. Dalam satu kajian yang dijalankan ke atas haiwan, ia telah mengurangkan apoptosis (kematian sel) dalam sel-sel kanser, tanpa membahayakan sel-sel yang sihat.

Ia juga telah terbukti dalam membantu menghalang pertumbuhan saluran darah baru dalam tumor (angiogenesis), yang membolehkan kanser merebak.

Selain sifat menghalang kanser, thymoquinone juga telah terbukti berkesan melawan pelbagai penyakit lain. Ia telah terbukti mempunyai aktiviti anti-radang dan berkesan terhadap beberapa jangkitan bakteria dan kulat.

Sifat perubatan thymoquinone disebabkan oleh keupayaannya untuk memodulasi aktiviti beberapa enzim dan protein yang berbeza. Ia juga merupakan antioksidan yang kuat, menghilangkan toksin berbahaya dan radikal bebas.

Secara umumnya, minyak habbatus sauda mampu merawat badan kita secara keseluruhan dan membantu menghalang berlakunya jangkitan kuman serta bakteria. 

Bahkan Nabi Muhammad S.A.W, sendiri mempercayai biji hitam ini mampu digunakan sebagai rawatan bagi semua penyakit kecuali kematian.

Berikut merupakan kebaikan habbatus sauda lebih terperinci dan bagaimana ia mampu menangani masalah kesihatan anda. 

Habbatussauda Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan

Habbatussauda Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan

Sains moden kini mula memahami bagaimana habbatus sauda membantu dalam meningkatkan sistem daya badan. Tetapi bagaimanakah ia membantu?

Habbatus sauda mengandungi sebatian yang dikenali sebagai thymoquinone dan ia merupakan antioksidan yang kuat. Antioksidan membantu melindungi sel daripada kerosakan dan mengurangkan keradangan.

Thymoquinone telah terbukti dalam meningkatkan aktiviti sel imun, termasuk sel pembunuh semulajadi dan makrofaj. Sel-sel ini sangat penting dalam melawan jangkitan dan penyakit.

Minyak habbatus sauda juga telah terbukti membantu meningkatkan pengeluaran interferon, protein yang membantu melawan jangkitan virus.

Biji Habbatus Sauda Mempunyai Kebaikan Anti-Radang

Antara khasiat Habbatus sauda yang paling biasa kita dengar ialah sifat anti-radangnya. Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan oleh pakar – pakar perubatan dan semuanya membuktikan minyak Habbatus sauda berkesan dalam membantu mengurangkan masalah keradangan. 

Ia mampu mengurangkan masalah keradangan bagi pesakit yang mengalami masalah rheumatoid arthritis dengan mengurangkan ketidakseimbangan antioksidan dan membebaskan radikal bebas yang terdapat dalam tubuh badan kita. 

Selain itu, biji Habbatus sauda sangat tinggi dengan kandungan antioksidan dan fitonutrien, yang dapat mengurangkan keradangan di dalam badan dengan menghalang kerosakan sel dan melindungi daripada penyakit kronik, sakit – sakit otot dan sendi serta obesiti.

Membantu Mengawal Penyakit Diabetes Dan Kadar Gula Tinggi

Habbatus sauda juga boleh membantu menurunkan paras gula dalam darah. Ini bermanfaat bagi pesakit diabetes, kerana ia membantu mengawal paras gula dalam darah dan mencegah lonjakan secara semulajadi.

Satu kajian mendapati bahawa dengan mengambil ekstrak habbatus sauda selama lapan minggu dengan konsisten dapat mengurangkan paras gula darah dan paras hemoglobin A1c pada penghidap diabetes jenis 2.

Satu lagi kajian mendapati bahawa dengan mengambil habbatus sauda dapat meningkatkan kawalan gula dalam darah dan sensitiviti insulin terutamanya pada orang yang menghidap diabetes jenis 2.

Jintan hitam boleh membantu meningkatkan kawalan gula dalam darah dengan meningkatkan rembesan insulin dan meningkatkan sensitiviti insulin.

Mampu Memberikan Kesan Perlindungan Terhadap Kecederaan Buah Pinggang

Kerosakan buah pinggang merupakan masalah serius yang boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang terjadi. Ia sering disebabkan oleh tekanan darah tinggi, kencing manis, atau penyakit lain.

Rawatan biasanya melibatkan prosedur yang mahal dan invasif, seperti dialisis atau pemindahan buah pinggang.

Bukti terkumpul telah membuktikan bahawa habbatus sauda dan sebatian pentingnya, thymoquinone (TQ), mampu membantu melindungi daripada kecederaan buah pinggang yang disebabkan oleh pelbagai xenobiotik, iaitu agen kemoterapi, logam berat, racun perosak serta bahan kimia persekitaran yang lain.

Habbatus sauda boleh membantu melindungi buah pinggang daripada kejutan iskemia.

Kesimpulannya, thymoquinone atau TQ mampu memberikan perlindungan terhadap kedua-dua kecederaan buah pinggang kronik dan akut. Dan ia mungkin merupakan agen terapeutik yang berpotensi dalam memberikan rawatan kepada kecederaan buah pinggang.

Walau bagaimanapun, mekanisme bagaimana TQ memberikan kesan perlindungan terhadap kecederaan buah pinggang tidak dapat difahami sepenuhnya. Kajian lanjut diperlukan bagi menjelaskan bagaimana mekanisme TQ dapat melindungi daripada kecederaan buah pinggang.

Membantu Meningkatkan Fungsi Otak 

Oleh sebab Habbatus sauda kaya dengan kandungan antioksidan dan anti-radang, banyak kajian penyelidikan dapat melihat beberapa kebaikannya terhadap perkembangan otak. Ini termasuklah dalam kegunaan habbatus sauda dalam membantu meningkatkan tahap ingatan dan fungsi kognitif.

Minyak habbatus sauda juga merupakan herba yang baik dalam merawat dan mencegah penyakit Alzheimer kerana ia terbukti membantu melindungi degenerasi neuron di beberapa bahagian otak.

Biji Habbatus Sauda Baik Sebagai Antimikroba

Habbatus sauda didapati mempunyai sifat antimikroba yang baik lebih daripada ubat antibiotik dalam melawan bakteria dan jangkitan tertentu. Ini termasuklah dalam melawan jangkitan pada telinga dan paru-paru.

Sebuah kajian yang telah dijalankan di Pakistan telah menunjukkan habbatus sauda berkesan dalam membantu mencegah pertumbuhan Staphylococcus aureus Methicillin (MRSA), dan jangkitan staph yang boleh membawa maut dan sangat sukar dirawat. 

Membantu Mengurangkan Tekanan Secara Semulajadi

Dalam dunia yang semakin moden dan maju manusia terpaksa bekerja keras setiap masa. Ini termasuklah menjalankan kewajipan kerja, keluarga dan sosial, dan kita mungkin sukar untuk mencari masa untuk berehat dan tidur nyenyak.

Tetapi adakah anda tahu bahawa terdapat cara semula jadi untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan kualiti tidur?

Minyak habbatussauda telah terbukti dengan berkesan dalam menggalakkan tidur REM dan mengurangkan tahap tekanan. Tidur REM ialah peringkat tidur yang paling nyenyak dan paling tenang, dan ia sangat penting untuk memulihkan tahap tenaga dan menghalang tekanan.

Sebatian thymoquinone dalam minyak habbatus sauda, telah terbukti membantu menggalakkan tidur REM. Ia juga mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang, maka ia boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan.

Membantu Masalah Alergi

Habbatus sauda telah terbukti berkesan dalam membantu mengurangkan gejala alahan, seperti bersin, gatal hidung, dan mata berair. Ini kerana habbatus sauda membantu menghalang pembebasan histamin, yang merupakan bahan yang menyebabkan gejala alahan.

Dalam satu kajian perubatan yang telah dijadikan dalam rawatan alergi, setitik pati minyak habbatus sauda telah dititik ke dalam hidung seorang pesakit alergi untuk merawat masalah selsema dan resdung.

Selepas enam minggu pengambilan minyak Habbatus sauda, 9 orang dari 10 orang pesakit masalah kegatalan hidung, mata berair, serta simptom-simptom alergi yang lain mula berkurangan. 

Mempunyai Kebaikan Dalam Penjagaan Kecantikan Kulit

Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, berjeragat atau penyakit kulit lain, minyak habbatus sauda sangat baik untuk anda. Minyak habbatus sauda boleh digunakan untuk pelbagai keadaan kulit. Ia dapat membantu meningkatkan kesihatan dan penampilan kulit anda. 

Kajian yang dijalankan oleh Journal of Dermatology and Dermatologic Surgery mendapati bahawa menyapu minyak habbatus sauda pada kulit mampu membantu mengurangkan jerawat dalam masa lapan minggu.

Ia juga terbukti dapat membantu mengurangkan masalah psoriasis dan ekzema dan menyokong penyembuhan luka kerana sifat antibakteria nya.

Khasiat Habbatus Sauda Dalam Membantu Merawat Gangguan Pernafasan

Dalam satu kajian yang dijalankan menunjukkan keberkesanan habbatus sauda dalam membantu merawat penyakit asma. 

Dalam kajian yang dijalankan oleh Phytotherapy Research pada tahun 2017 membuktikan pesakit asma yang mengambil kapsul minyak habbatus sauda dapat mengawal asma berbeza dengan pesakit yang mengambil plasebo. 

Dalam satu kajian yang telah dijalankan telah membuktikan bahawa habbatus sauda berkesan dalam merawat alahan rinitis. Kajian mendapati habbatus sauda mampu mengurangkan gejala rinitis alergi, termasuk bersin, kesesakan, dan hidung berair.

Habbatus sauda dianggap berkesan dalam merawat gangguan pernafasan kerana ia mempunyai komponen anti-radang semula jadi. Selain itu, habbatus sauda mengandungi antioksidan yang tinggi yang boleh membantu melindungi paru-paru daripada kerosakan.

Mengurangkan Rasa Sakit Perut

Mengambil biji atau minyak Habbatus sauda dapat membantu melegakan masalah sakit perut dan kekejangan. Ia dapat membantu mengurangkan masalah kembung perut, dan mencegah daripada terjadinya ulser.

Ini kerana habbatus sauda membantu merangsang pengeluaran hempedu, yang diperlukan untuk pencernaan lemak.

Biji jintan hitam juga mengandungi sebatian lain yang boleh membantu meningkatkan proses penghadaman.

Ini termasuk minyak pati, seperti minyak habbatus sauda, dan asid amino, seperti asid glutamat. Sebatian ini boleh membantu merangsang proses pencernaan dan meningkatkan penyerapan nutrien.

Membantu Mengurangkan Berat Badan

Khasiat Habbatus sauda yang tidak ramai diketahui umum ialah manfaatnya dalam membantu mengurangkan berat badan. Minyak Habbatus sauda atau minyak kalonji mengandungi unsur aktif yang dikenali sebagai fitokimia dan juga fitosterol. 

Komponen yang terkandung dalam minyak Habbatus sauda dan biji hitam ini membantu meningkatkan metabolisme badan dengan mengehadkan selera makan dan pembakaran lemak. 

Bagaimanapun, ia lebih berkesan jika diamalkan dengan diet dan pemakanan yang seimbang. 

Kandungan Thymoquinone Membantu Melawan Pembentukan Kanser

Tubuh badan manusia sentiasa diserang oleh sel-sel kanser. Sistem imun badan sentiasa berusaha untuk mengenal pasti dan memusnahkan sel-sel ini sebelum ia boleh menyebabkan kemudaratan.

Walau bagaimanapun, kadangkala sel-sel kanser dapat mengelak daripada sistem imun dan mula membiak. Dan ini boleh menyebabkan berlakunya masalah yang serius.

Dengan adanya habbatus sauda, tubuh badan kita mampu melawan kanser. Salah satu bahan yang mampu menghalang kanser ialah thymoquinone, iaitu komponen utama dalam habbatus sauda.

Beberapa kajian telah membuktikan bahawa thymoquine mampu melawan kanser. Ia berperanan dengan menggalak apoptosis, atau kematian sel terprogram, dalam sel kanser. Ini membantu mengurangkan bilangan sel kanser dalam badan.

Thymoquinone juga telah terbukti dalam menghalang pertumbuhan saluran darah baru menyebabkan tumor berkembang.

Sebagai tambahan kepada kesan anti-kanser, thymoquinone juga mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan. Ini bermakna ia boleh membantu mengurangkan kesan sampingan rawatan kanser, seperti kemoterapi.

Jika anda atau seseorang yang anda kenali menghidap kanser, habbatus sauda mungkin merupakan salah satu pilihan rawatan yang baik. Pastikan anda berbincang dengan doktor anda tentang semua pilihan rawatan anda dan pastikan anda memilih habbatus sauda yang sesuai untuk anda.

Melindungi Jantung

Selain mempunyai manfaat dalam merawat masalah obesiti dan diabetes, minyak habbatus sauda juga digunakan secara tradisional dalam rawatan alternatif bagi melindungi jantung. 

Dalam beberapa kajian yang telah dijalankan, menunjukkan manfaat minyak habbatus sauda dalam membantu menurunkan kadar kolesterol dan lemak dalam darah yang dikenali sebagai trigliserida.

Mengambil suplemen habbatus sauda membantu meningkatkan tahap kolesterol baik jika digabungkan dengan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. 

Selain itu, kerana habbatus sauda mempunyai ciri anti-radang, ia juga boleh membantu mencegah pembentukan plak di arteri dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok serta penyakit kardiovaskular.

Menurunkan Tahap Kolesterol

Kajian manusia tentang kesan habbatus sauda pada tahap lipid adalah sangat terhad, tetapi beberapa kajian yang telah dijalankan telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Satu kajian menunjukkan bahawa dengan pengambilan minyak pati habbatus sauda selama 12 minggu secara konsisten dapat mengurangkan paras kolesterol dan trigliserida pada mereka yang mempunyai kolesterol tinggi.

Selain thymoquinone, minyak habbatus sauda juga mengandungi paras lemak tak tepu dan fitosterol yang tinggi, yang dianggap dapat membantu menurunkan paras lipid dalam darah.

Satu kajian mendapati bahawa minyak habbatus sauda mampu menurunkan tahap kolesterol, kolesterol LDL, dan trigliserida pada mereka yang mempunyai kolesterol tinggi.

Jika anda sedang mencari cara semula jadi untuk menurunkan paras lipid, minyak habbatus sauda mungkin jawapannya.

Membantu Mengurangkan Tekanan Darah

Minyak habbatus sauda telah terbukti membantu dapat menurunkan tekanan darah dalam beberapa kajian. Satu kajian mendapati minyak habbatus sauda mampu menurunkan tekanan darah sistolik sebanyak 6.7 peratus dan tekanan darah diastolik sebanyak 9.5 peratus selepas lapan minggu rawatan.

Minyak habbatus sauda dianggap dapat membantu menurunkan tekanan darah dengan mengurangkan keradangan dan tekanan oksidatif, serta dengan meningkatkan fungsi saluran darah.

Dalam satu kajian lain yang telah dijalankan ke atas 70 orang dewasa yang sihat menunjukkan bahawa pengambilan 1/2 sudu teh (2.5 mL) minyak habbatus sauda dua kali sehari selama 8 minggu telah mengurangkan tahap tekanan darah dengan ketara, berbanding dengan plasebo.

Meningkatkan Kesihatan Kaum Lelaki Dan Kesuburan Lelaki

Kajian yang telah dijalankan ke atas beberapa orang lelaki yang mempunyai masalah kesuburan telah menunjukkan dengan mengambil minyak habbatus sauda dapat membantu meningkatkan jumlah sperma dan menggalak sperma hidup lebih lama.

Sebagai tambahan kepada kesannya pada kiraan sperma dan pergerakan, habbatus sauda juga telah dapat meningkatkan tahap testosteron dan hormon lain dalam lelaki yang tidak subur.

Ini boleh membantu membetulkan ketidakseimbangan hormon yang mungkin menyumbang kepada masalah kesuburan lelaki.

Biji jintan hitam juga boleh dimakan dalam pelbagai cara. Ia boleh ditambah ke dalam makanan atau diambil sebagai suplemen. Jika anda ingin meningkatkan kesuburan anda, biji habbatus sauda merupakan salah satu cara semula jadi dan berkesan untuk anda.

Kesimpulannya, biji jintan hitam merupakan makanan tambahan yang serba boleh dan sihat untuk sebarang diet. Ia boleh diamalkan untuk membantu meningkatkan proses penghadaman, melawan keradangan, dan meningkatkan imun sistem badan.

Ia juga merupakan sumber antioksidan yang baik dan boleh membantu melindungi tubuh daripada sebarang penyakit.

Apakah Cara Terbaik Mengambil Habbatus Sauda Untuk Kebaikan Kesihatan?

Terdapat pelbagai cara untuk mengambil habbatus sauda untuk mendapatkan manfaat kesihatan.

Ada sesetengah pengguna yang selesa dan berpuas hati mengambilnya dalam bentuk kapsul, sementara ada yang mendapati bahawa meminum minyak habbatussauda dengan satu sudu makan setiap hari paling sesuai dan mujarab untuk mereka.

Tidak kira bagaimana cara anda mengambilnya kerana habbatus sauda telah digunakan secara meluas dalam perubatan dan mempunyai banyak manfaat kesihatan yang menakjubkan.

Bagaimana Untuk Memilih Minyak Habbatus Sauda Terbaik Untuk Kesihatan Anda?

Minyak Habbatus Sauda

Apabila memilih minyak habbatus sauda yang terbaik untuk mendapatkan manfaat kesihatan, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ambil kira.

Perkara pertama ialah pastikan anda memilih minyak habbatus sauda yang menggunakan kaedah Pengekstrakan Bendalir Superkritikal atau Supercritical Fluid Extraction (SFE).

SFE adalah kaedah terbaik untuk mengekstrak thymoquinone TQ daripada biji habbatus sauda kerana ia menghasilkan kuantiti thymoquinone yang lebih tinggi daripada kebanyakan produk habbatus sauda lain di pasaran yang dihasilkan dengan menggunakan proses cold pressing.

Perkara kedua yang perlu diambil kira ialah minyak yang 100% tulen. Ini bermakna ia tidak mengandungi bahan-bahan tambahan atau pengawet tambahan.

Akhir sekali, anda perlu memilih minyak habbatus sauda yang tinggi kandungan antioksidan. Ini adalah sebatian yang membantu melindungi sel daripada sebarang jangkitan.

Apabila anda mengambil berat akan tiga ciri-ciri di atas, anda boleh yakin bahawa anda telah memilih minyak habbatus sauda yang terbaik untuk kebaikan tubuh badan anda.

Produk Minyak Habbatus Sauda Yang Kami Sarankan Untuk Anda

SAWDA HABBATUS SAUDA

Supercritical Fluid Extraction (SFE)

  • Membantu Meningkatkan Imun Sistem Dan Daya Badan
  • Mempunyai Tahap Antioksidan Yang Tinggi
  • Membantu Menghalang Penyakit Kronik Lain
  • 100% MINYAK HABBATUS SAUDA ASLI

Leave a Comment

3 × two =