Khasiat Dan Manfaat Daun Sukun Sebagai Rawatan Alternatif Dalam Merawat Pelbagai Jenis Penyakit

Kongsi artikel ini

Sukun atau artocarpus altilis merupakan sejenis spesies pokok berbunga dalam keluarga mulberi yang telah ditanam sejak 3000 tahun. Ia telah digunakan secara meluas di Caribbean, Asia dan Afrika untuk dijadikan makanan, produk kesihatan dan kecantikan. 

Buah sukun yang masak mempunyai isi yang lembut, berwarna krim kekuningan yang menyerupai roti sebab itu ia digelar “Breadfruit” di dalam Bahasa Inggeris. Ia mempunyai tekstur dan rasa yang sangat berbeza dengan nangka atau keladi. 

Daun, buah, dan getah yang dihasilkan oleh pokok sukun boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan. 

Secara saintifik, daunnya boleh digunakan untuk dijadikan teh dan ekstrak. Teh dari daun sukun mempunyai banyak kebaikan kesihatan dan juga boleh digunakan merawat pelbagai jenis penyakit. 

Salah satu bahan aktif yang terdapat dalam daun sukun ialah camphor (kapur barus). Sebatian ini berguna dalam membantu merawat pundi kencing yang lemah serta banyak digunakan dalam pembuatan racun serangga.

Bahan semula jadi lain yang boleh didapati dalam daun sukun adalah seperti asid hidrosinik, tanin, riboflavin serta asetilkolin. Bahan-bahan aktif ini baik dalam membantu melawan penyakit kardiovaskular.

Bukan sahaja buah sukun mempunyai banyak manfaat kesihatan, daunnya juga mempunyai pelbagai manfaat dalam perubatan tradisional. 

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan mengenai khasiat daun sukun serta bagaimana ia dapat membantu merawat pelbagai jenis penyakit.

Profil Penuh Nutrisi Buah Sukun

khasiat buah sukun

Buah sukun (Artocarpus altilis) tidak hanya dikenali kerana kebaikan daunnya dalam perubatan tradisional, tetapi buah sukun juga mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi.

Di Malaysia buah sukun sering dijadikan sukun goreng, cucur, pengat atau ditambah ke dalam masak lemak. Kalau pandai masak dan tahu cara menyediakan sukun, macam-macam cara boleh masak sukun ni. 

Orang-orang di Pasifik gemar memeram buah sukun untuk dijadikan jeruk dan menambahkannya ke dalam masakan sayur goreng. 

Berikut merupakan sebab mengapa buah sukun mempunyai banyak khasiat:

Karbohidrat: Buah sukun merupakan antara sumber karbohidrat yang sangat baik kerana ia dapat menyediakan tenaga harian. 100 gram buah sukun mentah mengandungi dalam anggaran 27 gram karbohidrat.

Serat: Buah sukun juga kaya dengan serat yang baik untuk sistem pencernaan serta membantu mengawal berat badan. 100 gram buah sukun mentah mengandungi kira-kira 4.9 gram serat.

Protein: Walaupun buah sukun tidak mempunyai kandungan protein yang tinggi tetapi bagi setiap 100 gram menyediakan 1 gram protein.

Lemak: Buah sukun mengandungi kandungan lemak yang rendah kerana setiap 100 gram mengandungi hanya 0.3 gram lemak.

Vitamin dan Mineral: Buah sukun merupakan sumber yang baik bagi sumber vitamin dan mineral. Antara vitamin dan mineral yang terdapat dalam sukun termasuklah:

  • Vitamin C: 100 gram buah sukun yang mentah mengandungi 29 mg vitamin C, yang baik untuk sistem imun dan kesihatan kulit.
  • Vitamin B: Sukun mengandungi beberapa jenis vitamin B, termasuklah tiamin (B1), riboflavin (B2), dan niasin (B3), yang dapat membantu dalam menghasilkan tenaga dan fungsi saraf.
  • Potassium: 100 gram buah sukun yang mentah mengandungi kira-kira 490 mg potassium, yang baik untuk fungsi jantung serta otot badan.
  • Kalsium: Buah sukun juga mengandungi kalsium. Walaupun tidak banyak tetapi masih dapat menyumbang kepada tulang dan gigi yang sihat.

Fakta Menarik Mengenai Daun Pokok Sukun

Buah sukun biasanya mempunyai saiz seperti buah tembikai susu dan kulitnya pula seakan buah nangka. 

Buah sukun yang muda biasanya mempunyai warna hijau terang dengan permukaan kulit berbiji yang agak kasar bila dipegang manakala buah sukun yang sudah masak mempunyai warna kekuningan dengan permukaan kulit yang licin. 

Isinya berwarna putih dan kekuningan. Orang yang suka makan sukun tahu bila buah sukun masak sepenuhnya. Buah sukun yang sudah masak mempunyai rasa yang lebih sedap dan berlemak. Buah sukun yang tidak masak rasanya agak kelat. 

Isi sukun sering dibakar, direbus, dikukus dan digoreng untuk dinikmati. Tidak semua jenis sukun mempunyai biji, tetapi untuk buah sukun yang mempunyai biji, bijinya berwarna gelap dan bujur dan ia boleh dimakan apabila dimasak (lebih sedap jika dipanggang!)

Trivia mengenai sukun:

  1. Pokok sukun boleh mencapai ketinggian sehingga 26 meter dan mempunyai daun yang tebal dan berlekuk-lekuk dalam. Pokok sukun mengeluarkan getah pekat seperti susu seperti lateks.
  2. Buah sukun (Artocarpus altilis) merupakan spesies pokok berbunga dalam keluarga mulberry dan nangka yang dipercayai berasal dari Artocarpus camansi dari New Guinea, Kepulauan Maluku, dan Filipina. Ia kemudiannya dibawa ke kawasan Oceania oleh orang-orang Austronesia.
  3. Daun sukun yang digunakan secara berkala dapat membantu merawat kerosakan buah pinggang, mengurangkan urik asid dan mengawal paras gula dalam darah. Daun sukun berkhasiat dalam merawat hepatitis, sakit gigi, ruam dan bengkak limpa.
  4. Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari China mendapati daun pokok sukun sangat baik dalam membantu merawat masalah kardiovaskular.

Manfaat Daun Sukun Dalam Merawat Penyakit Kencing Manis

Daun sukun juga sering dijadikan teh dalam rawatan alternatif untuk merawat penyakit kencing manis. 

Teh daun sukun diminum dalam rawatan alternatif sampingan bagi membantu mengurangkan tahap gula dalam darah.

Antara sebab mengapa daun buah sukun baik untuk pesakit kencing manis adalah:

Ia membantu menghalang enzim α-glucosidase

Kajian mendapati bahawa ekstrak etanol daun sukun kuning dan hijau mempunyai aktiviti untuk menghalang enzim α-glucosidase yang baik.

Nilai IC50 ekstrak etanol daun sukun kuning dan hijau adalah 9.07 dan 11.01 ppm, masing-masing. Ini jelas menunjukkan bahawa daun sukun mempunyai potensi sebagai bahan semulajadi dalam membantu mengawal paras gula darah. [1]

Senarai di bawah merupakan kandungan fitokimia yang terdapat dalam daun sukun yang mempunyai aktiviti antidiabetes. [1] 

Ekstrak etanol daun sukun hijau mengandungi:

  • Alkaloid
  • Flavonoid
  • Triterpena/steroid
  • Polifenol

Ekstrak etanol daun sukun kuning mengandungi:

  • Flavonoid
  • Triterpena/steroid

Melindungi pankreas

Satu kajian yang telah dijalankan ke atas tikus yang diberikan alloxan-nicotinamide menunjukkan bahawa ekstrak daun sukun sebanyak 400 mg dapat melindungi pankreas lebih baik berbanding metformin.

Ini mungkin disebabkan oleh aktiviti antioksidan daun sukun terhadap spesies oksigen reaktif (ROS), yang mungkin juga mempengaruhi sekresi insulin yang baik. [2]

Dari kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan daun sukun terbukti mempunyai kebaikan dalam pengurusan diabetes. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk memahami sepenuhnya manfaat dari daun sukun ini dalam pengurusan diabetes kepada manusia.

Rumusan

Ekstrak etanol seperti alkaloid, flavonoid, triterpenoid/steroid, polifenol dalam daun hijau sukun yang bewarna hijau dan flavonoid dan triterpenoid/steroid yang terdapat dalam daun sukun bewarna kuning mempunyai kesan anti-diabetes.

Daun Sukun Membantu Menurunkan Tahap Urik Asid

Bagi mereka yang mempunyai masalah urik asid, pengambilan ubat-ubatan secara teratur adalah sangat penting. Jika tahap asid urik tinggi akan menyebabkan masalah hyperuricemia berlaku. 

Hiperurisemia boleh menyebabkan kristal urik asid terbentuk dan menyebabkan gout, iaitu masalah athiritis yang sangat menyakitkan. Ia juga boleh menyebabkan masalah buah pinggang

Bagi mereka yang ingin merawat gout secara semulajadi bolehlah mencuba air rebusan daun sukun. 

Daun sukun juga memiliki manfaat dalam membantu menurunkan paras urik asid. 

Berikut bagaimana daun sukun dapat membantu mengurangkan paras asid urik:

Berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap tikus putih, ekstrak daun sukun dan daun sirih berkesan dalam membantu menurunkan paras asid urik pada tikus putih jantan yang mempunyai hiperurisemia.

Ekstrak daun sukun dengan dos 500mg/200g berat badan (BW) dapat menurunkan urik asid dari 8.12mg/dl ke 2.28mg/dl. [3]

Daun sukun mengandungi fitokimia yang memiliki aktiviti penghambatan terhadap enzim xanthine oxidase, yang berperanan dalam pembentukan asid urik dalam tubuh. Oleh itu, daun sukun dapat membantu mengurangkan paras asid urik.[4]

Kajian mendapati kuantiti air larut dalam ekstrak daun sukun dapat menurunkan paras asid urik pada tikus yang diberi makanan yang tinggi dengan purin. Dengan dos 234 mg/kg berat badan (BW), sifat antihiperurisemia dari ekstrak daun sukun setanding dengan ubat gout – allopurinol [4]

Rumusan

Daun sukun memiliki potensi dalam membantu menurunkan paras asid urik dalam darah dan secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan risiko penyakit gout serta masalah kesihatan lain yang berkaitan dengan urik asid tinggi.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian perlu dijalankan untuk memahami sepenuhnya kebaikan daun sukun dalam membantu mengurangkan tahap asid urik pada manusia.

Khasiat Daun Sukun Dalam Melindungi Mulut

Daun sukun juga dikatakan mempunyai manfaat dalam penjagaan kebersihan mulut dan tahap kepekatan air liur. 

Air liur mempunyai peranan yang sangat penting sebagai pembersih mulut semulajadi. Sekiranya kepekatan air liur berkurangan maka masalah karies boleh terjadi.  

BACA  13 Manfaat Luar Biasa Tentang Khasiat Daun Ketumbar Yang Baik Untuk Kesihatan Badan Kita

Penggunaan pembersih mulut merupakan salah satu cara untuk mengekalkan kebersihan mulut. 

Ekstrak daun sukun adalah satu bahan semulajadi yang boleh digunakan sebagai pembersih mulut. 

Berikut bagaimana daun sukun membantu dalam memastikan kebersihan mulut:

Pengaruh ekstrak daun sukun sebagai ubat kumur

Satu kajian mendapati bahawa ekstrak daun sukun dengan kepekatan 20% berkesan dalam mengurangkan kepekatan air liur pada pelajar asrama Jurusan Kejururawatan Gigi. Penurunan purata kepekatan air liur dari 3.5810 menjadi 2.6025 selepas berkumur dengan ekstrak daun sukun. [5]

Kebersihan mulut dan kepekatan air liur

Air liur mempunyai peranan penting dalam memastikan kebersihan mulut. Jika kepekatan air liur menurun, risiko karies gigi juga akan berkurang. Oleh itu, penggunaan ubat kumur dari ekstrak daun sukun dapat membantu menjaga kebersihan mulut dengan mengurangkan kepekatan air liur.

Manfaat ekstrak daun sukun sebagai pembersih mulut

Selain mengurangkan kepekatan air liur, ekstrak daun sukun juga memiliki potensi sebagai bahan ubat kumur mulut semulajadi yang sangat efektif.

Rumusan

Daun sukun memiliki kebaikan dalam membantu menjaga kebersihan mulut, terutama dalam mengurangkan kepekatan air liur. Namun demikian, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengetahui tahap kepekatan larutan bagi ubat kumur yang diperlukan.

Daun Sukun Membantu Mengurangkan Risiko Batu Karang

Daun buah sukun juga dikatakan mempunyai manfaat dalam membantu dalam menangani masalah batu karang.

Kemampuan ekstrak daun sukun dalam membantu melarutkan kalsium oksalat

Satu kajian yang telah dijalankan mendapati ekstrak daun sukun boleh membantu melarutkan kalsium oksalat iaitu sejenis komponen utama batu karang.

Kajian ini menggunakan tiga jenis ekstrak daun sukun: n-heksana, etil asetat, dan etanol. Kalsium oksalat yang larut dalam ekstrak daun sukun dianalisis menggunakan spektrofotometri penyerapan atom. [6] 

Aktiviti memecahkan kalsium oksalat

Semakin tinggi kepekatan ekstrak daun sukun yang digunakan, semakin tinggi kebarangkalian ia dapat memecahkan kalsium oksalat. Aktiviti yang paling banyak dapat dilihat ialah pada ekstrak etil asetat dalam melarutkan kalsium oksalat.

Kalium mempunyai kurang kesan dalam memecahkan kalsium oksalat. Aktiviti ini mungkin disebabkan oleh kandungan fitokimia yang terdapat dalam ekstrak etil asetat.

Rumusan

Ekstrak etil asetat yang terdapat dalam daun sukun mempunyai kesan yang baik dalam membantu memecahkan kalsium oksalat berbanding dengan ekstrak n-heksana dan etanol.

Ini menunjukkan bahawa daun sukun berpotensi untuk dijadikan sebagai antara rawatan semulajadi bagi membantu menangani masalah batu karang. 

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengetahui dos yang tepat dan cara penggunaan yang efektif dalam mengatasi penyakit batu karang dengan menggunakan daun sukun. 

Daun Buah Sukun Bantu Atasi Tekanan Darah Tinggi

Daun sukun juga mempunyai manfaat untuk mengatasi penyakit tekanan darah tinggi.

Ia membantu mengurangkan tekanan darah dengan mengurangkan kadar denyutan jantung dan melemahkan daya kontraksi otot jantung. [7]

Ekstrak air daun sukun membantu menurunkan tekanan darah

Kajian yang telah dijalankan mendapati ekstrak air daun sukun dapat menurunkan tekanan darah dan denyutan jantung. [8] 

Penurunan tekanan darah ini tidak terjejas disebabkan oleh kesan dari jenis ubat, tetapi dengan pengambilan propranolol dan N(G)-nitro-L-arginine methyl ester.

Melegakan kekejangan pada saluran darah

Ekstrak air daun sukun juga telah menunjukkan kemampuannya dalam melegakan kekejangan pada saluran darah dan membantu menurunkan tekanan darah.

Pengaruh terhadap enzim dalam tubuh

Ekstrak air daun sukun mempunyai sedikit kesan terhadap beberapa aktiviti enzim di dalam tubuh badan. Kesan sampingan ubat mungkin berkurang jika ekstrak air daun sukun diambil bersama-sama dengan ubat.

Rumusan

Daun sukun memberikan kesan positif dalam membantu menurunkan tekanan darah tinggi melalui beberapa mekanisme. Kajian juga telah memberikan bukti saintifik dalam penggunaan buah sukun dalam rawatan tekanan darah tinggi.

Daun Buah Sukun Mungkin Memiliki Sifat Anti-Kanser

Komposisi buah sukun mengandungi ekstrak buah, daun, batang dan pecahan daripadanya merupakan bahan aktif yang dikatakan baik dalam mencegah atau merawat pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser. 

Daun buah sukun telah digunakan sebagai sebahagian daripada rawatan alternatif yang berpotensi dalam merawat kanser.

Aktiviti antioksidan yang tinggi

Daun buah sukun mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi yang dapat membantu dalam merawat kanser. [9]

Aktiviti sitotoksik

Kajian mendapati ekstrak etil asetat dalam daun buah sukun mempunyai aktiviti sitotoksik dengan nilai LC50 sebanyak 11,180 μg/ml. Ini termasuk dalam kategori toksik tinggi.

Mengurangkan keradangan dan pembentukan tumor

Ekstrak metanol dari buah dan daun sukun telah menunjukkan pengurangan keradangan dan pembentukan tumor pada kulit tikus. [10]  Ekstrak ini menekan ekspresi enzim COX-2 yang berkaitan dengan jaringan kulit dan tumor.

Kesan anti-radang

Daun sukun juga dikaitkan dengan pengurangan ketegangan infiltrasi leukosit dan edema pada kulit tikus, yang mungkin berkaitan dengan penghalang gen pro-radang dan mediator pro-radang seperti TNF-α, IL-1β, dan prostaglandin E2.

Rumusan

Daun buah sukun menunjukkan potensi yang baik sebagai bahan antikanser semulajadi melalui kesan antioksidan, sitotoksik, dan anti-radang nya. Kajian yang telah dijalankan menyediakan bukti-bukti saintifik untuk penggunaan daun buah sukun dalam rawatan kanser.

Daun Buah Sukun Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, penyakit jantung iskemik terus menjadi punca utama kematian di Malaysia, menyumbang 17.0% daripada 109,155 kematian yang disahkan melalui perubatan pada tahun 2020 (Statistik, 2021). [11]

Salah satu cara untuk mengurangkan risiko masalah kardiovaskular adalah dengan mengamalkan gaya hidup dan diet yang sihat. 

Berikut sebab mengapa daun buah sukun baik dalam membantu mengurangkan masalah jantung:

Kandungan flavonoidnya

Daun buah sukun mengandungi flavonoid, yang dapat membantu menurunkan kadar kolesterol, trigliserida, dan LDL dalam darah. [12] 

Mencegah penyakit jantung koroner

Dengan membantu mengurangkan kadar kolesterol, trigliserida, dan LDL dalam darah, daun buah sukun membantu mengurangkan risiko jantung kongenital yang merupakan masalah jantung yang terjadi sejak lahir. 

Tiada kesan sampingan

Daun buah sukun memberikan manfaat kardiovaskular tanpa kesan sampingan yang merbahayakn kesihatan.

Rumusan

Kajian menggunakan ekstrak daun buah sukun untuk menilai potensi nya dalam membantu mengurangkan risiko masalah kardiovaskular. Namun, lebih banyak kajian diperlukan untuk menentukan dos yang tepat dan cara penggunaan yang paling efektif.

Sifat Anti-Radang Dalam Mengurangkan Gejala Arthritis

Kebanyakan masalah arthritis disebabkan oleh gangguan dalam sistem imun badan yang menyebabkan badan menyerang tisu sendiri pada sendi. Ia juga mungkin diwarisi secara genetik. 

Bentuk arthritis lain boleh disebabkan keadaan metabolik, seperti gout.

Daun pokok sukun telah digunakan secara tradisional untuk merawat keradangan, seperti yang dialami oleh pesakit arthritis. Berikut adalah beberapa informasi mengenai manfaat anti-radang daun pokok sukun:

Aktiviti anti-radang daun pokok sukun

Kajian mendapati ekstrak daun pokok sukun sama ada yang telah difermentasi atau dikeringkan secara semula jadi mempunyai sifat anti-radang. [13] 

Perbandingan antara ekstrak daun pokok sukun yang difermentasi dan dikeringkan

Kajian menunjukkan bahawa ekstrak daun pokok sukun yang diperam mempunyai sifat anti-radang yang lebih baik berbanding dengan ekstrak daun sukun yang telah dikeringkan secara semula jadi.

Ekstrak daun pokok sukun yang diperam (50 mg dan 100 mg) mampu mengurangkan keradangan sehingga 37.17% dan 71.82%, manakala ekstrak yang dikeringkan secara semula jadi mampu mengurangkan keradangan sebanyak 39.50% dan 57.72%.

Manfaat bagi pesakit arthritis

Sifat anti-radang yang dimiliki oleh daun sukun bermanfaat bagi pesakit arthritis kerana ia dapat mengurangkan keradangan yang merupakan salah satu gejala utama penyakit ini.

Rumusan

Daun pokok sukun, terutamanya yang diperam, menunjukkan potensi manfaat dalam mengurangkan gejala keradangan. Kajian yang telah dijalankan memberikan bukti tambahan mengenai kebaikan daun pokok sukun dalam mengurangkan radang untuk pesakit arthritis.

Daun Sukun Mungkin Dapat Membantu Menyembuhkan Luka Kerana Sifat Anti- bakterianya

Daun sukun juga memiliki sifat menyembuh luka dan antimikrob. 

Ini antara sebab mengapa ia baik dalam membantu menyembuhkan luka:

Kandungan nutrisi dalam daun sukun

Daun sukun kaya dengan kandungan karbohidrat, fitokimia (flavonoid, fenol, glikosida jantung, dan antrakuinon), serta mineral. [14] Sifat antioksidan dan antimikrob nya juga membantu dalam menyembuhkan luka.

Proses penyembuhan luka

Daun sukun mengandungi polifenol, flavonoid, tanin, dan alkaloid yang dapat mempercepat proses penyembuhan luka kerana sifat anti-radang, antibakteria, dan antioksidan nya. [16] 

Penyembuhan soket cabut gigi

Ekstrak gel daun sukun dapat meningkatkan proliferasi fibroblas pada proses penyembuhan soket cabut gigi pada tikus Wistar. Penelitian mendapati perbezaan ketara dalam jumlah fibroblas pada hari ke-3 (p=0.000; p < α=0.05) dan hari ke-5 (p=0.000; p < α=0.05) setelah gigi dicabut.

Rumusan

Daun sukun menunjukkan potensi manfaat dalam penyembuhan luka kerana sifat antibakteria dan antioksidan nya.

Daun Sukun Membantu Merawat Bengkak Limpa

Daun pokok sukun mempunyai banyak manfaat dalam merawat pelbagai penyakit termasuklah masalah bengkak limpa.

BACA  10 Khasiat Avocado : Tingkatkan Kesihatan Anda Dengan Sebiji Buah Avokado Setiap Hari Untuk Jantung Dan Badan Yang Sihat

Berikut bagaimana daun sukun membantu dalam mengurangkan sakit bengkak limpa:

Kandungan sebatian penting dalam daun pokok sukun

Daun sukun mengandungi beberapa sebatian penting yang baik bagi tubuh badan seperti polifenol, asid hidrosionat, tanin, kuersetin, dan artoindosionin [15] Sebatian ortoindonesionin dan kuersetin merupakan kumpulan flavonoid yang berfungsi sebagai antioksidan dan antara bahan aktif dalam ubat.

Mempunyai kandungan flavonoid

Flavonoid dalam daun sukun dikatakan baik untuk merawat penyakit hati, hepatitis, bengkak limpa, jantung, buah pinggang, tekanan darah tinggi, dan kencing manis. 

Mempunyai kandungan antioksidan

Antioksidan dalam daun sukun, seperti kuersetin membantu melindungi sel-sel tubuh badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Ini dapat membantu mengurangkan keradangan dan bengkak limpa. 

Rumusan

Daun pokok sukun mempunyai potensi manfaat dalam merawat bengkak limpa kerana ia mempunyai kandungan antioksidan dan flavonoid.

Walaupun demikian, lebih banyak kajian dan penyelidikan diperlukan bagi memahami sepenuhnya bagaimana ekstrak daun sukun boleh bermanfaat dalam merawat masalah bengkak limpa.

Daun Pokok Sukun Sebagai Rawatan Sampingan Alternatif Merawat Hepatitis

Hepatitis merupakan gejala radang hati. Hati adalah organ penting yang berfungsi untuk memproses nutrien, menapis darah, dan melawan jangkitan. Apabila radang hati terjadi atau rosak, fungsinya akan terjejas. 

Toksin dalam badan dan pengambilan ubat yang banyak boleh menyebabkan berlakunya hepatitis.

Daun sukun dikatakan baik untuk dijadikan sebagai rawatan alternatif penyakit hepatitis kerana kandungan sebatiannya. [16]

Penyakit hati seperti hepatitis dan hepatotoksisiti memerlukan rawatan yang betul dan berkesan supaya ia dapat sembuh dengan lebih cepat.

Kajian ke atas daun pokok sukun

Dalam satu kajian yang telah dijalankan mendapati ekstrak etanol dari daun sukun mempunyai kesan hepatoprotektif dalam tikus Wistar yang mengalami radang hati akibat daripada karbon tetraklorida. [16]

Kajian mendapati tikus yang dirawat dengan ekstrak daun sukun menunjukkan penurunan tahap MDA dan juga SGPT.

Minuman kesihatan dari daun sukun 

Satu kajian lain yang dijalankan menggunakan ekstrak daun sukun untuk menghasilkan minuman kesihatan bagi pesakit hepatitis dan menguji keputusan ujian kesihatan selepas mengambil minuman kesihatan tersebut. [17]

Kandungan flavonoid yang tinggi dalam minuman tersebut memberikan kesan positif terhadap pesakit hepatitis yang mencuba minuman tersebut. 

Rumusan

Daun sukun mempunyai manfaat sebagai rawatan alternatif untuk merawat hepatitis melalui kesan hepatoprotektif dalam bentuk minuman kesihatan.

Lebih banyak kajian diperlukan untuk mengenal pasti bagaimana flavonoid dalam minuman daun sukun dapat memberi kesan positif kepada pesakit hepatitis.

Risiko Penggunaan Daun Sukun

Daun sukun mempunyai banyak manfaat, tetapi ia juga mempunyai potensi risiko seperti kesan sampingan dan interaksi dengan ubat lain. 

Kanak-kanak, wanita hamil dan ibu yang menyusukan dan individu yang mempunyai alahan terhadap species pokok mulberi atau nangka harus mengelak dari mengambil ekstrak daun sukun. 

Walaupun terdapat beberapa kajian tentang kebaikan daun sukun, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan keselamatan dan keberkesanannya. 

Adalah penting untuk mengambil ekstrak daun sukun dalam dos yang rendah dan perhatikan jika terdapat sebarang tindak balas dan kesan sampingan yang memudaratkan. 

Dapatkan nasihat dari doktor dan pakar kesihatan sebelum membuat keputusan untuk mengambil esktrak daun sukun, minuman daun sukun atau apa sahaja produk yang berkaitan untuk merawat penyakit atau sebarang permasalahan kesihatan yang dihadapi.

Kesimpulan

Daun sukun atau artocarpus altilis merupakan sumber makanan semulajadi yang mempunyai banyak khasiat. Ia sering digunakan dalam rawatan alternatif bagi merawat pelbagai penyakit seperti bengkak limpa, hepatitis, tekanan darah tinggi, dan urik asid tinggi. 

Dapatkan nasihat daripada doktor atau pakar perubatan sebelum mengambil daun sukun untuk dijadikan sebahagian daripada rutin penjagaan kesihatan anda.

Soalan Lazim Mengenai Khasiat Daun Sukun

Rujukan/ Reference

  1. H Rante et al 2019 J. Phys.: Conf. Ser. 1341 072015 DOI 10.1088/1742-6596/1341/7/072015 α –Glucosidase inhibitory activity of breadfruit leaf extract (Artocarpus altilis (parkinson) fosberg)Published under license by IOP Publishing Ltd Journal of Physics: Conference Series
  2. Sari, Dyah & Ahmad, Fitriani & Djabir, Yulia & Yulianty, Risfah. (2020). Breadfruit leaves extract (Artocarpus altilis) effect on pancreatic damage in diabetic type II animal model induced by alloxan–nicotinamide. Medicina Clínica Práctica. 3. 100099. 10.1016/j.mcpsp.2020.100099.
  3. F Faizal et al 2019 J. Phys.: Conf. Ser. 1146 012007
  4. Sutyarso, Kanedi M, Rokiban A, Wahyuni A. Anti-Hyperuricemic Effects of Water-Soluble Fraction of Leaf Extract of Sukun (Artocarpus Altilis) on Mice Fed Purine-Rich Foods. Biomed Pharmacol J 2020;13(2)
  5. Haryani, W., Hidayati, S., & Khasanah, L.(2020).Effectiveness of Breadfruit Leaf Extract (Artocarpus Altilis) as a Mouthwash to Reduce Saliva Viscosity JURNAL INFO KESEHATAN
  6. De Lux Putra, Effendy & Ginting, Nahitma & Nazliniwaty, Nazliniwaty & Iksen, Iksen & Kurniawan, Erik & Nerdy, Nerdy. (2018). In vitro antinephrolithiasis effect of breadfruit (Artocarpus altilis (park) fosberg) leaves extract by atomic absorption spectrophotometry. Asian Journal of Pharmaceutical and Clinical Research. 11. 206. 10.22159/ajpcr.2018.v11s1.26607
  7. Breadfruit – Uses, Side Effects, and More WebMD
  8. Nwokocha CR, Owu DU, McLaren M, Murray J, Delgoda R, Thaxter K, McCalla G, Young L. Possible mechanisms of action of the aqueous extract of Artocarpus altilis (breadfruit) leaves in producing hypotension in normotensive Sprague-Dawley rats. Pharm Biol. 2012 Sep;50(9):1096-102. doi: 10.3109/13880209.2012.658113. Epub 2012 Jul 25. PMID: 22830437
  9. Eriadi, Aried & Bakhtra, Dwi & Maelani, Sonia & Chairunisa, Ully. (2022). “Cytotoxic Test of Ethyl Acetate Extract of Breadfruit Leaves (Artocarpus altilis (Parkinson’s ex F.A. Zorn) Fosberg) by Brine Shrimp Lethality Test Method”. International Journal of Research Publication and Reviews. 3120-3124. 10.55248/gengpi.2022.3.11.43
  10. Lin, Jer-An & Chen, Hsiang-Chi & Yen, Gow-Chin. (2014). The preventive role of breadfruit against inflammation-associated epithelial carcinogenesis in mice. Molecular nutrition & food research. 58. 10.1002/mnfr.201300248. 
  11. Statistics on Causes of Death, Malaysia, 2021 Department of Statistics Malaysia Official Portal 
  12. Alimin, Laurencia & Huga, Angwen & Olivia, Brigitta. (2020). Effects of Breadfruit Leaf Extract in Reducing the Risk of Coronary Heart Disease. Indonesian Journal of Global Health Research. 2. 15-22. 10.37287/ijghr.v2i1.60. 
  13. Riasari, Hesti & Fitriansyah, Sani & Putra, Oktamuman. (2018). Comparison of Anti-Inflammatory Activity between Fermented and Dried Breadfruit Leaves Extract (Artocarpus Altilis). Pharmacology and Clinical Pharmacy Research. 3. 68-71. 10.15416/pcpr.v3i3.19973
  14. Ojimelukwe, P.C., Ugwuona, F.U. The traditional and medicinal use of African breadfruit (Treculia africana Decne): an underutilized ethnic food of the Ibo tribe of South East, Nigeria. J. Ethn. Food 8, 21 (2021). https://doi.org/10.1186/s42779-021-00097-1
  15. A. Mu’nisa et al 2018 J. Phys.: Conf. Ser. 954 012012
  16. Henny Juliastuti, Ardela Tri Novianti, Bayan Akid Fatawi and Euis Reni Yuslianti, 2017. Ethanol-based Breadfruit Leaf (Artocarpus altilis) Extract as Hepatoprotective in Carbon Tetrachloride-induced Liver Injury. Journal of Pharmacology and Toxicology, 12: 136-141.
  17. Palimbong, Sarlina & Mangalik, Gelora & Basompe, Agustina. (2020). Potential of Breadfruit Leaf Extract (Artocarpus altilis) As Functional Beverage for Patients with Hepatitis: Potensi Sirup Ekstrak Daun Sukun (Artocarpus altilis)Sebagai Minuman Fungsional Bagi Penderita Penyakit Hepatitis. Jurnal Sains dan Kesehatan. 2. 265-274. 10.25026/jsk.v2i4.141. 

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

seventeen − 2 =