11 Khasiat Kacang Walnut Yang Sangat Baik Untuk Tubuh Badan Dan Diet Harian Yang Lebih Sihat

Kongsi artikel ini

Ramai yang suka makan kacang walnut. Samada ditambah ke dalam salad, ditabur di atas yogurt atau dijadikan snek harian, kacang walnut memang menjadi kegemaran ramai. 

Makan segenggam kacang walnut dapat membekalkan anda protein, serat, asid lemak omega-3 serta antioksidan yang diperlukan oleh tubuh badan.

Dalam diet Mediterranean juga mengamalkan makan kacang-kacang sihat seperti walnut. Orang-orang Mediterranean percaya dengan makan kacang walnut dapat mencegah penyakit.

Rupa kacang walnut berkedut dan ia tumbuh dalam tempurung keras yang dibuka untuk mendapatkan isinya. Ia kemudian dipecahkan kepada dua bahagian. Walnut boleh dimakan mentah tetapi selalunya dibakar untuk rasa yang lebih rangup. 

Terdapat lebih daripada 50 spesies walnut, tetapi jenis kacang yang paling biasa didapati ialah walnut Inggeris, Parsi, dan walnut hitam California.

Dalam artikel ini, kita akan membincangkan tentang khasiat kacang walnut yang mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai profil nutrisi kacang walnut serta bagaimana menambahkannya ke dalam diet anda.

khasiat kacang walnut

Sumber Omega-3 Yang Baik

Kacang walnut kaya dengan kandungan makronutrien yang dapat memberikan kita tenaga serta membantu tubuh badan kita berfungsi dengan baik. 

Kalori: Secara purata, 28 gram kacang walnut mengandungi dalam anggaran 185 kalori. Walaupun jumlah kalorinya agak tinggi, ia merupakan sumber tenaga yang baik. 

Lemak: Walnut mengandungi kira-kira 65% lemak. Seperti kacang lain, kebanyakan kalori dalam walnut adalah dari lemak. Ini menjadikan ia antara makanan yang padat dengan tenaga dan kalori. 

Walaupun walnut kaya dengan lemak dan kalori, kajian mendapati ia tidak akan meningkatkan risiko obesiti apabila diambil dalam jumlah yang sederhana. [1]

Berikut adalah lemak-lemak yang terdapat dalam kacang walnut:

Lemak tak tepu: Kacang walnut tinggi dengan kandungan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan jantung.

Asid lemak omega-3 (asid alfa-linolenik): Kacang walnut sangat baik dalam mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular kerana ia merupakan sumber terbaik asid lemak omega-3. Ia juga dapat membantu meningkatkan fungsi otak.

Asid lemak omega-6 (asid linoleik): Asid lemak ini juga ada dalam kacang walnut, tetapi dalam jumlah yang rendah berbanding asid lemak omega-3.

Protein: Kacang walnut juga mengandungi kandungan protein. Setiap 28 gram kacang walnut menyediakan kira-kira 4 gram protein yang baik untuk pertumbuhan dan pemulihan sel-sel tisu dalam tubuh badan kita. 

Karbohidrat: Kacang walnut mengandungi jumlah karbohidrat yang rendah, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang mengamalkan diet rendah karbohidrat. 

Serat makanan: Kacang walnut kaya dengan serat yang dapat membantu mengawal selera makan, mengurangkan kolesterol, dan menyokong kesihatan usus. Setiap 28 gram kacang walnut mengandungi kira-kira 2 gram serat.

Padat Dengan Kandungan Vitamin dan Mineral

Kacang walnut bukan sahaja kaya dengan makronutrien baik yang diperlukan oleh tubuh badan kita, tetapi ia juga mengandungi pelbagai vitamin dan mineral penting bagi memastikan tubuh badan kita kekal sihat. 

Berikut adalah antara vitamin dan mineral yang terdapat dalam kacang walnut:

Vitamin E: Vitamin E berfungsi sebagai antioksidan kerana ia membantu melindungi tubuh badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu ia juga baik untuk kesihatan kulit dan sistem imun. [2]

Vitamin B6: Juga dikenali sebagai piridoksin, vitamin B6 memainkan peranan penting dalam metabolisme protein dan penghasilan sel darah merah. [3]

Folat: Juga dikenali sebagai vitamin B9, folat diperlukan untuk pembentukan DNA dan sel darah merah yang sihat. Kacang walnut mengandungi kandungan folat yang baik yang penting untuk wanita hamil dan wanita yang sedang merancang untuk hamil.

Magnesium: Magnesium membantu dalam lebih daripada 300 reaksi biokimia dalam tubuh badan termasuklah fungsi saraf dan otot, serta pembentukan tulang.

Fosforus: Fosforus penting dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat, serta dalam penghasilan ATP iaitu molekul yang menyimpan tenaga dalam tubuh badan kita. [4]

Copper: Copper memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen dan hemoglobin. Kacang walnut adalah sumber yang baik untuk sumber copper, yang juga baik untuk sistem imun dan kesihatan jantung.

Mangan: Mangan diperlukan untuk fungsi enzim yang baik dan pemulihan tulang.

Rumusan

Kacang walnut merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin menambahkan lebih nutrien dan mineral penting ke dalam diet mereka serta ingin memperolehi manfaat kesihatan dari kacang walnut.

Manfaat Untuk Kesihatan Jantung

Kacang walnut telah terbukti dapat memberikan kebaikan terhadap kesihatan jantung. 

Menurut artikel yang telah diterbitkan oleh Nutrients mendapati bahawa dengan memakan kacang walnut setiap hari boleh meningkatkan fungsi kognitif dan juga mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kemurungan, dan diabetes tahap 2, yang merupakan risiko dalam perkembangan demensia.

Artikel tersebut juga menyatakan walnut mempunyai kesan antioksidan dan anti-radang pada badan. [5]

Berikut adalah beberapa kebaikan kacang walnut yang telah disokong oleh kajian saintifik:

Profil lipid darah yang lebih baik: Kajian mendapati bahawa dengan pengambilan kacang walnut secara teratur dapat membantu mengurangkan kolesterol LDL (kolesterol “jahat”) sambil meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol “baik”). Peningkatan kolesterol LDL telah dikaitkan dengan risiko penyakit jantung. [6]

Mengurangkan keradangan: Asid lemak omega-3 yang terkandung dalam kacang walnut memiliki sifat anti-radang yang dapat membantu mengurangkan keradangan dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. [7]

Pengawalan tekanan darah: Kacang walnut mungkin mempunyai kesan positif pada tekanan darah kerana kandungan lemak baik nya. [7]

Rumusan

Secara keseluruhan, kajian mendapati kacang walnut boleh memberi manfaat terhadap kesihatan jantung kerana ia kaya dengan asid lemak omega-3, yang mampu mengurangkan keradangan dan meningkatkan tahap lemak baik HDL.

Untuk Otak Yang Lebih Sihat

Walnut mengandungi beberapa komponen yang mempunyai kesan antioksidan dan anti-radang yang baik untuk melambatkan proses penuaan otak. 

Kajian yang telah dijalankan terhadap haiwan dan manusia mencadangkan bahawa diet yang mengandungi walnut boleh membantu meningkatkan fungsi kognisi dan mengurangkan risiko perkembangan MCI dan AD yang dapat melemahkan fungsi otak serta ingatan. [7]

Peningkatan fungsi kognitif: Kajian menunjukkan bahawa asid lemak omega-3 yang terkandung dalam kacang walnut dapat membantu meningkatkan memori, tumpuan, dan penerimaan maklumat. Kacang walnut mungkin dapat memberikan manfaat kepada mereka yang ingin meningkatkan tahap kecergasan mental.

Pencegahan kemerosotan kognitif yang berkaitan dengan usia: Sifat antioksidan dan anti-radang yang terdapat dalam kacang walnut dapat membantu melindungi otak daripada kemerosotan kognitif yang berlaku apabila usia sudah meningkat. Kajian mendapati bahawa dengan pengambilan kacang walnut secara teratur mungkin dapat membantu mencegah penyakit Alzheimer.

Rumusan

Dengan menambahkan kacang walnut ke dalam diet anda dapat membantu meningkatkan kesihatan otak. Ia merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin memastikan fungsi otak pada tahap yang optimal sepanjang hayat.

Membantu Mengurangkan Berat Badan

Kacang walnut baik untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Ia kaya dengan kandungan asid lemak omega-3 dan telah dikaitkan dengan pengurangan risiko obesiti dan diabetes. [8]

Kacang walnut juga dikatakan dapat membantu mengurangkan selera makan dan membantu rasa kenyang yang lebih lama.

Sebab itu kalau kita lihat orang yang ingin mengurangkan berat badan akan mengambil segenggam walnut sebagai kudapan bagi menggantikan makanan lain yang kurang berkhasiat. 

Walaupun kacang walnut mempunyai kalori yang tinggi, kajian mendapati ia boleh membantu mengurangkan berat badan. 

Berikut adalah antara sebab mengapa kacang walnut dapat membantu dalam mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan yang sihat:

Rasa kenyang: Kacang walnut kaya dengan serat dan protein. Kedua-dua nutrien ini dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama. Dengan menggabungkan kacang walnut ke dalam diet anda boleh membantu mengawal selera makan secara berlebihan dan kecenderungan memilih snek yang kurang berkhasiat.

Pengurangan lemak visceral: Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kacang walnut secara teratur dapat membantu mengurangkan lemak visceral. Lemak ini sering dikaitkan dengan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

BACA  Kekal Bertenaga Sepanjang Hari Dengan Kurma: Ketahui 12 Khasiat Kurma Yang Baik Untuk Kesihatan Badan Yang Optimum!

Meningkatkan metabolisme: Kacang walnut dapat membantu meningkatkan metabolisme. Ini bermakna tubuh badan anda akan membakar kalori dengan lebih cepat dan berkesan. 

Rumusan

Kacang walnut adalah sumber protein, serat dan lemak baik yang dapat membantu mengurangkan berat badan.

Seperti apa sahaja makanan yang berkalori tinggi, adalah penting untuk mengambil kira jumlah kalori yang diambil dalam setiap hidangan apabila anda sedang merancang untuk mengurangkan berat badan. 

Membantu Mencegah Kanser

Menurut Institut Penyelidikan Kanser Amerika, semua kekacang mempunyai ciri-ciri anti kanser, tetapi saintis mendapati walnut lebih baik berbanding kacang-kacang yang lain dalam mengurangkan risiko kanser. [9]

Walnut mengandungi sebatian yang dikenali sebagai pedunculagin, yang dimetabolismekan oleh badan menjadi urolithin. Urolithin adalah sebatian yang terikat terhadap reseptor estrogen dan mungkin memainkan peranan penting dalam mencegah kanser payudara.

Dalam satu kajian yang dijalankan terhadap tikus yang diberi walnut dan minyak walnut mempunyai gen melawan tumor yang lebih tinggi berbanding tikus yang menerima minyak sayuran. [10]

Pada tahun 2019, wanita yang menghidap kanser payudara memakan walnut selama 2 minggu di antara tarikh biopsi dan hari pembedahan. Penyelidik dan pakar menguji sampel tisu tumor yang dikeluarkan semasa pembedahan dan membandingkannya dengan keputusan biopsi asal.

Mereka mendapati tanda-tanda perubahan genetik telah berlaku, mencadangkan pengurangan pertumbuhan sel kanser. [11]

Berikut adalah penerangan bagaimana kacang walnut dapat membantu mengurangkan risiko kanser: 

Mengurangkan keradangan: Walnut kaya dengan asid lemak omega-3 yang dapat mengurangkan risiko keradangan yang dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser payudara dan prostat.

Perlindungan DNA: Kandungan antioksidan yang tinggi dalam kacang walnut, terutama vitamin E dan polifenol, mungkin dapat melindungi DNA daripada kerosakan akibat radikal bebas. Kerosakan DNA adalah salah satu sebab utama yang menyebabkan mutasi sel dan perkembangan kanser terjadi.

Apoptosis sel kanser: Kajian awal terhadap orang dewasa mendapati kandungan elagitanin dan urolithin A dalam walnut boleh menyebabkan apoptosis (kematian terprogram) sel kanser.

Rumusan

Kajian lanjut diperlukan untuk mengesahkan bagaimana walnut dapat membantu mencegah kanser. 

Amalkan diet seimbang seperti pengambilan buah-buahan segar, sayur-sayuran, dan lemak baik kerana ini dapat memastikan kesihatan badan sentiasa di tahap yang optima.

Meningkatkan Kesihatan Usus

Mengambil walnut setiap hari sering dikaitkan dengan kesihatan yang baik. 

Penyelidik mendapati bahawa mengamalkan walnut setiap hari sebagai sebahagian daripada diet sihat telah dikaitkan dengan peningkatan bakteria tertentu yang boleh membantu menggalakkan kesihatan usus. [12]

Walnut mengandungi prebiotik penting yang dapat menghasilkan bakteria baik yang dapat memastikan kesihatan usus dalam keadaan yang baik. 

Prebiotik: Kacang walnut mengandungi serat yang berfungsi sebagai prebiotik. Ia membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus yang memainkan peranan penting dalam proses pencernaan dan penyerapan nutrien, serta membantu memelihara sistem imun badan.

Meningkatkan mikrobiota usus: Kajian mendapati dengan pengambilan kacang walnut secara teratur dapat membantu meningkatkan peningkatakan aktiviti mikrobiota usus, yang dikaitkan dengan kesihatan usus yang lebih baik.

Mengurangkan masalah keradangan usus: Asid lemak omega-3 dalam kacang walnut dapat membantu mengurangkan keradangan usus, dan membantu mengurangkan risiko penyakit usus seperti penyakit radang usus (IBD) dan sindrom usus iritasi. (IBS)

Rumusan

Menambahkan kacang walnut ke dalam diet boleh membantu mengekalkan kesihatan usus yang baik dan menjaga sistem pencernaan supaya ia dapat berfungsi dengan lebih baik.

Membantu Mengawal Paras Gula Dalam Darah

Jika anda menghidap penyakit kencing manis, tentu anda tahu yang setiap makanan yang anda ambil memberi kesan kepada tahap gula dalam darah dengan cara yang berbeza. 

Walnut boleh dianggap sebagai makanan yang “mesra diabetes” kerana ia memberi kurang kesan terhadap tahap gula dalam darah berbanding dengan makanan lain.

Kacang walnut rendah dengan kandungan karbohidrat yang boleh meningkatkan paras gula dalam darah lebih daripada protein dan lemak.

Selain itu, protein, lemak dan serat dalam walnut juga boleh membantu mengehadkan “kenaikan” gula dalam darah yang boleh berlaku selepas makan (terutamanya selepas makan makanan yang tinggi karbohidrat).

Mengawal tahap gula dalam darah: Kajian mendapati bahawa minyak kacang walnut boleh membantu mengurangkan kadar gula darah ketika puasa, serta meningkatkan sensitiviti insulin. [13]

Mengurangkan keradangan: Kandungan asid lemak omega-3 dalam kacang walnut dapat membantu mengurangkan gejala keradangan, yang dikaitkan dengan peningkatan risiko komplikasi diabetes.

Kesihatan kardiovaskular: Diabetes seringkali dikaitkan dengan masalah kardiovaskular. 

Rumusan

Kacang walnut baik untuk pesakit diabetes kerana ia rendah dengan kandungan karbohidrat dan ia mempunyai jumlah protein yang tinggi dan lemak (15%), serta kandungan serat makanan yang baik

Sebab itu kacang walnut dapat membuatkan anda rasa kenyang lebih lama sekali gus membantu menurunkan paras gula dalam darah dan membantu mengurangkan keradangan.

Sumber Antioksidan Yang Baik Untuk Rambut Dan Kulit

Kacang walnut kaya dengan lemak sihat dan protein menjadikan ia antara makanan yang baik untuk kesihatan kulit dan rambut. [14]

Ia merupakan sumber vitamin E, B6, folat dan fosforus yang sangat bermanfaat untuk kulit dan rambut yang sihat. [2]

Antioksidan yang terdapat dalam walnut juga mampu membantu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Antioksidan: Kacang walnut kaya dengan antioksidan seperti vitamin E dan polifenol, yang dapat melindungi kulit dan melambatkan penuaan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Asid lemak omega-3: Kandungan asid lemak omega-3 yang tinggi dalam kacang walnut dapat membantu mengurangkan keradangan kulit, seperti masalah ekzema dan psoriasis. Selain itu, asid lemak omega-3 juga boleh meningkatkan kelembapan dan keanjalan kulit.

Biotin: Kacang walnut merupakan sumber biotin yang baik kerana kandungan vitamin H dan vitamin B7 nya. Biotin berperanan dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan mengurangkan masalah keguguran rambut.

Antioksidan yang terdapat dalam walnut mampu melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas dan membantu meningkatkan keupaayan kulit dalam mengekalkan keanjalannya. 

Vitamin B5 dan E pula membantu dalam mengurangkan parut, mencerahkan bintik-bintik dan warna kulit tidak sekata.

Asid lemak yang terdapat dalam walnut juga membantu dalam merangsang folikel rambut yang tidak aktif, mencegah dan memulihkan kerosakan, sambil menguatkan folikel dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan kuat.

Rumusan

Kacang walnut baik untuk rambut dan kulit yang sihat kerana kandungan vitamin E, antioksidan dan aksi omega-3 nya.

Khasiat Kacang Walnut Untuk Kesihatan Tulang

Makan walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan risiko osteoporosis. Magnesium yang terdapat dalam walnut boleh membantu mengekalkan kekuatan tulang dan ketahanan tulang. 

Kekurangan kalsium boleh menyebabkan kehilangan jisim tulang dan kekurangan protein. [15]

Banyak kajian juga mendedahkan pengambilan omega-3 yang mencukupi boleh membantu meningkatkan kesihatan tulang. Makronutrien ini boleh membantu meningkatkan jumlah kalsium dalam tulang dan mengurangkan risiko arthritis serta osteoporosis. 

Walnut, sama seperti badam dan gajus kaya dengan asid lemak omega 3 dan jumlah surih kalsium magnesium, vitamin D12, Vitamin B6, fosforus dan folat.

Mineral copper dalam walnut juga memainkan peranan penting dalam penghasilan kolagen dan elastin, komponen struktur utama badan.

Walnut juga mengandungi jumlah mangan yang tinggi yang terbukti dapat mencegah osteoporosis dengan kombinasi mineral kalsium dan copper.

Kalsium: Kacang walnut adalah sumber kalsium yang sangat baik dan mineral yang penting untuk pembentukan dan pemeliharaan tulang yang kuat. Pengambilan kalsium yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko osteoporosis dan tulang rapuh.

Magnesium: Kacang walnut juga mengandungi magnesium yang berperanan dalam metabolisme kalsium dan pengaktifan vitamin D, keduanya sangat penting untuk kesihatan tulang.

Asid alfa-linolenik (ALA): Sebagai sumber asid lemak omega-3, kacang walnut mengandungi kandungan ALA, yang mungkin dapat membantu mengurangkan gejala keradangan tulang serta mengekalkan kepadatan tulang. [16]

Rumusan

Kandungan asid lemak omega 3 dan jumlah surih kalsium magnesium, vitamin D12, Vitamin B6, fosforus dan folat baik untuk kesihatan tulang.

Membantu Meningkatkan Sistem Imun

Mengambil makanan tertentu seperti kacang boleh membantu meningkatkan sistem imun anda. 

BACA  10 Khasiat Dan Manfaat Halba Yang Perlu Anda Tahu Mengikut Kajian Perubatan

Kacang walnut mengandungi sumber omega-3 ALA yang sangat baik (satu-satunya kacang yang kaya dengan sumber ALA) dan sumber vitamin B6 (0.2mg/oz). Ia juga mempunyai jumlah polifenol yang paling tinggi berbanding kacang-kacang lain. [15]

Sebab itu ia bermanfaat dalam mengurangkan pelbagai penyakit dan membantu meningkatkan sistem imun badan. 

Antioksidan: Kacang walnut dapat mencegah kerosakan oksidatif dan radikal bebas kerana ia kaya dengan kandungan antioksidan, seperti vitamin E dan polifenol.

Asid lemak omega-3: Asid lemak omega-3 dalam kacang walnut dapat membantu mengurangkan keradangan sistemik sekaligus membantu meningkatkan fungsi sistem imun badan.

Prebiotik: Serat prebiotik dalam kacang walnut dapat menyokong pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Kesihatan usus yang baik telah dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan termasuk untuk penghadaman, metabolisme dan sistem imun.

Rumusan

Diet seimbang yang terdiri daripada pengambilan vitamin dan mineral, aktiviti fizikal dan rehat yang secukupnya menyumbang kepada fungsi sistem imun badan yang sihat.

Bagaimana Menambah Kacang Walnut ke dalam Diet Anda

Cadangan Hidangan Kacang Walnut 

Terdapat pelbagai cara untuk menikmati kacang walnut. 

Berikut merupakan beberapa idea bagaimana untuk menambahkannya ke dalam diet anda: 

Sarapan: Tambahkan kacang walnut ke dalam bijirin, oatmeal, atau yogurt untuk tekstur dan rasa yang lebih sedap.


Salad: Campurkan kacang walnut ke dalam salad sayur atau buah-buahan kegemaran anda.

Roti dan Muffin: Masukkan kacang walnut dalam adunan roti atau muffin untuk menambah lebih kebaikan kepada hidangan roti anda.

Sebagai kudapan: Makan kacang walnut sebagai makanan ringan. Anda juga boleh mencampurkannya dengan kacang-kacang lain, buah kering, dan bijirin untuk menghasilkan campuran makanan ringan yang sihat.

Penyimpanan dan Pengendalian

Simpan kacang walnut dalam bekas kedap udara dan simpan di tempat yang dingin dan kering supaya kacang tidak masuk angin dan lemau. 

Jika ingin bakar kacang walnut sebelum disimpan pastikan ia sejuk dahulu baru disimpan.

Boleh juga disimpan ke dalam peti sejuk kerana walnut akan kekal segar sehingga tiga bulan. 

Nota Penting

Walaupun kacang walnut mempunyai banyak manfaat kesihatan, terdapat beberapa yang perlu diambil kira sebelum anda menambahkannya ke dalam diet anda:

Alergi Kacang: Jika anda mempunyai alergi kacang, elakkan pengambilan kacang walnut. Antara tanda-tanda alergi adalah gatal-gatal, bengkak, sesak nafas, dan anafilaksis.

Interaksi dengan ubat: Kacang walnut kaya dengan asid lemak omega-3 yang mungkin mempengaruhi ubat darah. Jika anda mengambil ubat pencair darah bincang dengan doktor sebelum menambah kacang walnut ke dalam diet anda.

Kandungan Kalori: Walaupun kacang walnut adalah sumber nutrien yang sihat, ia juga tinggi kalori. Pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan peningkatan dalam berat badan. Pastikan mengawal saiz hidangan dan jadikan kacang walnut sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang.

Kesimpulan

Kacang walnut adalah makanan yang berkhasiat kerana ia menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Ia juga sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan rasanya juga sangat sedap.

Jika anda ingin meningkatkan kesihatan secara semula jadi dan ingin mencari kudapan yang lebih sihat, kacang walnut merupakan pilihan yang baik.

Soalan Lazim Mengenai Kacang Walnut

Rujukan/ Reference

  1. Sabaté J, Cordero-Macintyre Z, Siapco G, Torabian S, Haddad E. Does regular walnut consumption lead to weight gain? Br J Nutr. 2005 Nov;94(5):859-64. doi: 10.1079/bjn20051567. PMID: 16277792.
  2. Nachbar F, Korting HC. The role of vitamin E in normal and damaged skin. J Mol Med (Berl). 1995 Jan;73(1):7-17. doi: 10.1007/BF00203614. PMID: 7633944.
  3. Markell M, Siddiqi HA. Vitamins and trace elements. In: McPherson RA, Pincus MR, eds. Henry’s Clinical Diagnosis and Management by Laboratory Methods. 24th ed. Philadelphia, PA: Elsevier; 2022:chap 27
  4. Mason JB, Booth SL. Vitamins, trace minerals, and other micronutrients. In: Goldman L, Schafer AI, eds. Goldman-Cecil Medicine. 26th ed. Philadelphia, PA: Elsevier; 2020:chap 205.
  5. Chauhan A, Chauhan V. Beneficial Effects of Walnuts on Cognition and Brain Health. Nutrients. 2020 Feb 20;12(2):550. doi: 10.3390/nu12020550. PMID: 32093220; PMCID: PMC7071526.
  6. Banel DK, Hu FB. Effects of walnut consumption on blood lipids and other cardiovascular risk factors: a meta-analysis and systematic review. Am J Clin Nutr. 2009 Jul;90(1):56-63. doi: 10.3945/ajcn.2009.27457. Epub 2009 May 20. PMID: 19458020; PMCID: PMC2696995
  7. Chauhan A, Chauhan V. Beneficial Effects of Walnuts on Cognition and Brain Health. Nutrients. 2020 Feb 20;12(2):550. doi: 10.3390/nu12020550. PMID: 32093220; PMCID: PMC7071526.
  8. Rock CL, Flatt SW, Barkai HS, Pakiz B, Heath DD. Walnut consumption in a weight reduction intervention: effects on body weight, biological measures, blood pressure and satiety. Nutr J. 2017 Dec 4;16(1):76. doi: 10.1186/s12937-017-0304-z. PMID: 29202751; PMCID: PMC5715655.
  9. Walnuts: Support a Cancer-Preventive Diet 
  10. Kim H, Yokoyama W, Davis PA. TRAMP Prostate Tumor Growth Is Slowed By Walnut Diets Through Altered Igf-1 Levels, Energy Pathways, And Cholesterol Metabolism. J Med Food. 2014 Dec;17(12):1281-6. doi: 10.1089/jmf.2014.0061. PMID: 25354213; PMCID: PMC4259176.
  11. Hardman WE, Primerano DA, Legenza MT, Morgan J, Fan J, Denvir J. Dietary walnut altered gene expressions related to tumor growth, survival, and metastasis in breast cancer patients: a pilot clinical trial. Nutr Res. 2019 Jun;66:82-94. doi: 10.1016/j.nutres.2019.03.004. Epub 2019 Mar 10. PMID: 30979659; PMCID: PMC6853029.
  12. Bamberger C, Rossmeier A, Lechner K, Wu L, Waldmann E, Fischer S, Stark RG, Altenhofer J, Henze K, Parhofer KG. A Walnut-Enriched Diet Affects Gut Microbiome in Healthy Caucasian Subjects: A Randomized, Controlled Trial. Nutrients. 2018 Feb 22;10(2):244. doi: 10.3390/nu10020244. PMID: 29470389; PMCID: PMC5852820.
  13. Zibaeenezhad M, Aghasadeghi K, Hakimi H, Yarmohammadi H, Nikaein F. The Effect of Walnut Oil Consumption on Blood Sugar in Patients With Diabetes Mellitus Type 2. Int J Endocrinol Metab. 2016 Jul 24;14(3):e34889. doi: 10.5812/ijem.34889. PMID: 28115966; PMCID: PMC5219895.
  14. Mir, G & Nisar, Owais & Iqbal, Uzma. (2016). Scientific Processing of Walnuts Necessary for Amazing Health Benefits. Journal of Chemistry and Chemical Sciences, An International Research Journal. 6. 783-793.
  15. Nordin BE, Morris HA. The calcium deficiency model for osteoporosis. Nutr Rev. 1989 Mar;47(3):65-72. doi: 10.1111/j.1753-4887.1989.tb02794.x. PMID: 2649803.
  16. Maguire L.S., O’Sullivan S.M., Galvin K., O’Connor T.P., O’Brien N.M. Fatty acid profile, tocopherol, squalene and phytosterol content of walnuts, almonds, peanuts, hazelnuts and the macadamia nut. Int. J. Food Sci. Nutr. 2004;55:171–178. doi: 10.1080/09637480410001725175. 

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

five × two =