Cara Rawat Gout Secara Semulajadi

Kongsi artikel ini

Cara Rawat Gout Secara Semulajadi imej di atas kedua

Gout adalah sangat sinonim di kalangan rakyat Malaysia. Antara faktor-faktor yang menyebabkan penyakit gout adalah diet, gaya hidup, usia dan keturunan. Ramai individu yang mempunyai masalah gout memilih untuk mengambil ubat-ubatan dan mengelak makanan yang boleh menyebabkan berlakunya serangan gout.

Gout terjadi kerana pengumpulan asid urik yang tinggi dalam darah. Asid urik kemudiannya memenuhi sendi lalu menyebabkan keradangan yang boleh membuat pesakit nya berasa tidak selesa dan sakit. Serangan gout boleh berlanjutan dari dua ke 10 hari bergantung kepada kadar urik asid dan cara individu tersebut mengawal serangan tersebut.

Ramai individu merasakan sakit seperti dicucuk jarum terutama di bahagian kaki dan selalunya sakit memuncak pada waktu malam.

Pengambilan suplemen juga boleh membantu dalam mengurangkan kadar asid urik dalam darah dan rawat gout. Pesakit gout juga disarankan mengamalkan diet seimbang dan gaya hidup yang sihat.

Di dalam artikel ini, kami akan berkongsi bagaimana anda boleh merawat gout secara semulajadi dan tradisional. Tanpa perlu berbelanja beribu ringgit atau mengambil ubat-ubatan yang tidak baik untuk kesihatan jika ianya diambil berterusan dalam jangka panjang.

Bagaimana makanan yang anda ambil mempengaruhi kadar urik asid dalam darah anda?

organ binatang tersusun
organ

Jika anda mempunyai gout, sesetengah makanan boleh menyebabkan serangan gout. Makanan yang boleh menyebabkan serangan gout biasanya sangat tinggi kandungan purin. Mereka yang mempunyai gout sukar untuk membuang lebihan urik asid dalam badan menyebabkan ia berkumpul menjadi gout.

Ini tidak menjadi isu kepada mereka yang mempunyai tahap urik asid yang normal kerana badan mereka mengelurkan urik asid dari badan dengan mudah.

Antara makanan yang tinggi kandungan purin yang boleh menyebabkan gout adalah:-

  • organ binatang seperti hati ayam, pedal, perut dan sebagainya
  • daging merah
  • makanan laut seperti sotong, udang, tiram, kerang, ikan bilis, dan ketam

Namun demikian sayur-sayuran atau buah-buahan yang tinggi kandungan purin tidak menyebabkan serangan gout. Antara buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi kandungan purin adalah:-

  • kobis bunga
  • tomato

Minuman-minuman tinggi kandungan fruktosa seperti air berkarbonat walaupun tidak mengandungi purin juga boleh menyebabkan serangan gout.

Walaupun banyak makanan yang patut anda kurangkan jika ingin mengelak dari serangan gout terjadi, banyak lagi senarai makanan yang berkhasiat dan rendah kandungan purin yang boleh anda nikmati.

Makanan dianggap rendah kandungan purin apabila ia mempunyai kurang daripada 100 mg kandungan purin dalam setiap 100 gram.

Berikut merupakan makanan rendah kandungan purin yang boleh diambil untuk mereka yang mempunyai gout

buah dan sayuran pelbagai jenis
buah dan sayuran
  • Buah-buahan: Secara am nya, semua buah-buahan baik untuk mereka yang mempunyai gout. Buah ceri contohnya,  boleh membantu dalam menghalang serangan gout dengan mengurangkan kadar urik asid dan mengurangkan keradangan. Antara buah-buahan yang berkhasiat yang boleh diambil ialah buah oren, anggur, avokado, nenas, manggis dan mangga.
  • Sayur-sayuran: semua sayur-sayuran sangat bagus dan berkhasiat diambil lebih dari 2 sajian setiap hari. Contoh sayur-sayuran yang boleh diambil ialah ubi kentang, keledek, kacang pis, asparagus, terung, bayam, sawi, kailan dan timun.
  • Hasil Kekacang: Semua jenis kekacang boleh diambil termasuklah kacang soya, tofu dan tempeh.
  • Makanan bijiran penuh: Ini termasuklah beras perang, barli dan oat.
  • Produk tenusu: semua produk tenusu boleh diambil tetapi produk tenusu rendah lemak lebih berkhasiat
  • Telur
  • Kopi
  • Teh hijau
  • Herba dan rempah ratus
  • Minyak sayur-sayuran seperti minyak kelapa, minyak zaitun dan minyak bunga matahari.
BACA  Anatomi, Fungsi Dan Struktur Buah Pinggang Manusia

Makanan-makanan yang boleh diambil didalam jumlah yang sederhana

Ikan salmon atas meja
Ikan salmon

Walaupun daging, organ binatang dan sesetengah ikan mempunyai kandungan purin yang tinggi, mengambilnya dalam jumlah yang sederhana adalah tidak menjadi masalah. Kawal pengambilan makanan dari kumpulan ini kepada 100-140 gram bagi setiap hidangan dalam 1-3 kali dalam sebulan.

Makanan seperti daging, organ binatang, ikan bilis, tiram, udang dan sotong dikatakan mempunyai kandungan purin sehingga 100 hingga 200 gram bagi setiap hidangan. Jadi dengan mengambil jenis makanan- makanan ini tanpa kawalan boleh menyebabkan serangan gout terjadi.

  • Daging: ini termasuklah daging lembu, rusa dan kambing
  • Ikan: Sardin, ikan tenggiri dan ikan bilis. Ikan salmon juga mempunyai kandungan purin yang rendah dan ia mempunyai banyak manfaat dalam fungsi hati dan jantung yang sihat.

Mengubah gaya hidup anda mampu mengurangkan serangan gout

aktiviti bersukan sambil berlari
aktiviti bersukan

Selain daripada menjaga pemakanan, mengubah gaya hidup ke arah yang lebih sihat juga mampu mengurangkan risiko mengidap gout atau serangan gout.

Berikut merupakan gaya hidup sihat yang boleh anda amalkan:

Mengurangkan berat badan

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang berlebihan, anda berisiko tinggi mengidap gout. Ini kerana berat badan yang berlebihan menyebabkan badan tidak bertindak balas dengan insulin dan seterusnya menyebabkan badan hilang ketahanan insulin. Apabila ini terjadi badan tidak dapat membuang gula dari darah.

Hilang ketahanan insulin boleh menyebabkan kadar urik asid yang tinggi. Anda dinasihatkan mengurangkan berat badan secara sistematik dan sihat. Ini kerana mengurangkan berat badan dengan terlalu cepat bukan sahaja bahaya untuk kesihatan tetapi ia juga boleh menyebabkan serangan gout terjadi.

Banyakkan aktiviti bersukan dan senaman

Sentiasa kekal aktif dan bersukan untuk mendapatkan berat badan yang sihat dan ideal. Bukan sahaja senaman membantu mengekalkan berat badan ideal ia juga boleh membantu mengurangkan kadar urik asid dalam badan.

Satu kajian yang telah dijalankan ke atas 228 orang lelaki yang telah berlari sejauh 8 km sehari selama satu bulan telah dapat mengurangkan risiko gout sebanyak 57 peratus.

Kekal hidrat

Amalkan meminum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih mengikut kesesuaian gaya hidup anda. Jika anda kerap bersenam dan sangat aktif, adalah sangat penting untuk anda memperbanyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan penyahhidratan. Minum air yang secukupnya juga boleh membantu mengeluarkan urik asid secara semulajadi.

Tambahkan perahan buah lemon ke dalam air jika anda sukar untuk minum air kosong.

Mengambil suplemen Vitamin C

Kajian telah membuktikan suplemen vitamin C boleh membantu mengurangkan serangan gout dengan mengurangkan kadar urik asid dalam darah. Ini kerana vitamin C membantu buah pinggang membuang urik asid di dalam air kencing.

BACA  Ketahui Punca Air Kencing Berdarah Atau Hematuria Dan Cara Merawatnya

Kajian pengambilan vitamin C dalam mengurangkan masalah gout adalah masih baru, jadi bukti kukuh dan penyelidikan yang terperinci perlu dilakukan bagi memastikan keberkesanan vitamin C dalam mengurangkan urik asid dan serangan gout.

Resepi jus buah untuk mengurangkan kadar urik asid dalam badan

jus timun segar
jus timun

Bahan-bahan:

  • 1 batang timun
  • 8-10 batang saderi
  • 1 biji epal hijau
  • 1 sudu perahan jus lemon
  • 1 inci halia

Kisar halus bahan-bahan di atas menggunakan juicer dan minum setiap hari sehingga bacaan urik asid di paras yang normal. Elakkan menapis jus kerana ia akan hilang segala serat yang baik untuk tubuh badan.

Semua bahan-bahan yang digunakan dalam jus ini membantu dalam fungsi buah pinggang, anti-oksida dan menghalang pembentukan kristal urik asid.

Resepi jus buah untuk mengurangkan sakit serangan gout

jus nenas segar
jus nenas

Jus nenas mengandungi Bromelain dan ia merupakan penahan sakit semulajadi yang baik. Gunakan hanya buah nenas yang segar, bukan dari tin atau kordial kerana ia telah hilang enzim yang boleh membantu mengurangkan sakit dan mungkin mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Bahan-bahan:

  • ½ biji nenas
  • 1 cawan timun yang dipotong
  • 1 biji limau nipis
  • ½ inci halia

Kisar nenas bersama timun, dan halia menggunakan juicer atau pengisar buah-buahan. Kemudian masukkan air perahan limau nipis. Kacau sebati. Minum jus ini semasa serangan gout sebanyak 1-2 kali sehari.

Halia mengandungi gingerol dan kaya dengan anti-oksida yang boleh membantu mengurangkan sakit seperti keradangan, gout, arthritis dan osteoartritis. Ia boleh mengurangkan bengkak dan kekejangan yang disebabkan oleh keradangan dan gout.

Kesimpulannya

Gout adalah sejenis artritis yang menyebabkan sakit tiba-tiba, bengkak dan radang pada sendi. Namun demikian, gaya hidup dan diet yang sihat mampu mengurangkan risiko serangan gout dan kadar urik asid. Makanan dan minuman yang selalunya menyebabkan serangan gout perlu dielakkan atau dihadkan bagi mengelakkan serangan gout yang berpanjangan.

Pengidap gout juga dinasihati supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti kerap bersenam, kekal hidrasi, mengurangkan pengambilan minuman berkarbonat dan alkohol serta mengamalkan suplemen yang mampu membantu mengekalkan kadar urik asid yang sihat.

Nota Penting

Setiap individu mempunyai daya tahan badan dan sistem imunisasi yang berbeza. Mungkin anda tidak mendapat serangan gout apabila mengambil makanan yang mengandungi organ binatang seperti hati ayam tetapi mendapat serangan gout apabila memakan produk kekacang.

Adalah sangat penting untuk anda mengenali jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan serangan gout dan mengelak atau menghadkan jenis makanan tersebut.

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

2 × 3 =