fbpx

5 Khasiat Minyak Kelapa Dara Kepada Kesihatan Kita

Antara khasiat minyak kelapa dara yang diketahui ramai adalah sangat bagus dalam merawat kulit dan rambut. Tetapi minyak kelapa dara tidak hanya terhad kepada kegunaan kecantikan.

Ia boleh digunakan dalam masakan kerana ia jauh lebih sihat dan berkhasiat berbanding minyak masak lain seperti minyak kelapa sawit, canola atau bunga matahari. 

Minyak kelapa di ekstrak dari kelapa segar supaya ia dapat mengekalkan kandungan mikro nutrien dan khasiatnya. 

Ekstrak minyak kelapa dara diperoleh dari buah kelapa yang matang. Ia kemudian di ekstrak menggunakan mesin atau menggunakan tangan.

Minyak kelapa diperoleh apabila ia tidak melalui proses pemanasan atau pun diproses terlebih dahulu dan hanya digunakan secara mentah. 

Proses mengekstrak minyak kelapa dara ini tidak melalui proses pemanasan. Dan yang pasti ia tidak melalui proses kimia seperti minyak lain. 

Jika ia diproses menggunakan mesin untuk menekan isi kelapa segar supaya ia mengeluarkan santan dan minyak ia dikenali sebagai proses penekanan sejuk (cold pressed).

Melalui proses biofizik, santan diasingkan dari minyak. Sisa minyak mempunyai tahap asap tinggi dalam suhu sekitar 350 fahrenheit.

Minyak kelapa dara sesuai digunakan untuk dalam masakan tumisan atau panggang. Ia mungkin tidak sesuai untuk masakan jenis bergoreng atau masakan yang memerlukan suhu api yang tinggi. 

Apakah Keistimewaan Minyak Kelapa Dara Atau VCO Ini?

minyak kelapa dara 2

Disebabkan minyak kelapa dara tidak melalui proses pemanasan, ia dapat mengekalkan kandungan khasiatnya. Bukan sahaja kaya dengan kandungan nutrien seperti asid lemak,  ia juga tidak mengandungi kandungan kolesterol. 

Kandungan antioksidan nya masih kekal dan sebab itu jugalah ia sangat banyak digunakan oleh mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung dan tubuh badan yang sihat. 

Kerana ia tidak tinggi kandungan kolesterol ia dapat melindungi hati, buah pinggang, jantung, otak serta organ lain dalam badan. 

Perbezaan Antara Minyak Kelapa Dara VCO Dan Minyak Kelapa Biasa (Refined)

gambar minyak kelapa dara 3

Minyak kelapa dara

Sekiranya isi kelapa yang berwarna putih digunakan untuk mendapatkan minyak, maka ia ialah minyak kelapa ‘dara’.

Minyak kelapa dara adalah lebih sihat berbanding dengan minyak kelapa biasa / halus ( refined). 

Minyak kelapa biasa / halus (refined)

Jika isi kelapa dikeringkan dan dipanaskan, isinya akan keras dan menghasilkan kelapa kering. Isi kelapa kering akan melalui proses menggunakan mesin untuk mengekstrak minyak.

Hasil minyak yang diperoleh kemudian melalui proses pengewapan atau pemanasan untuk menghilangkan bau minyak. 

Akhir sekali ia akan dilunturkan dengan melalui proses penapisan untuk membuang sebarang kekotoran dan bahan asing dalam minyak. 

Apakah Kebaikan Minyak Kelapa Dara VCO?

Minyak kelapa dara mempunyai sifat pelembab semula jadi dan ia kaya dengan antioksidan.

Ia boleh digunakan untuk membantu merawat masalah kulit, jangkitan kuman, dan juga membantu meningkatkan imuniti badan. 

Berikut merupakan khasiat minyak kelapa dara:

1. Membantu Memperbaiki Kulit

minyak kelapa dara untuk kulit

Minyak kelapa mempunyai komponen terbaik yang boleh membantu dalam memberikan perlindungan dan rawatan kepada kulit. Ia kaya dengan kandungan antioksidan, anti keradangan dan juga sangat baik dalam merawat jangkitan dan kegatalan.

Minyak kelapa dara juga boleh membantu dalam merawat penyakit kulit seperti ekzema.

Kandungan asid lemak minyak kelapa dara yang mampu tembus ke beberapa lapisan kulit kita adalah seperti berikut:

  • Asid laurik 49 peratus
  • Asid miristik 18 peratus 
  • Asid palmitik 8 peratus 
  • Asid kaprilik 8 peratus
  • Asid kaprik 7 peratus 
  • Asid oleik 6 peratus 
  • Asid linoleat 2 peratus 
  • Asid stearat 2 peratus 

Menyapu minyak kelapa sebagai rawatan muka dapat meningkatkan pertahanan kulit dan memberikan perlindungan dari sinar UV. 

Ia juga dapat menghalang penghasilan sebatian pro-radang dan dapat mempercepatkan penyembuhan luka dan parut secara semula jadi. 

2. Membantu Mengurangkan Berat Badan

minyak kelapa dara menurunkan berat badan

Kebanyakan minyak masak mempunyai kandungan asid lemak yang tinggi yang boleh menyebabkan peningkatan kadar kolesterol dalam darah.

Kandungan asid lemak ini tidak mudah dipecahkan dan tidak mudah bergerak dalam aliran darah anda.

Jadi dengan menggunakan minyak masak yang mengandungi kandungan asid lemak yang rendah seperti minyak kelapa dapat membantu mencegah masalah kolesterol yang tinggi dalam darah. 

Minyak kelapa atau minyak kelapa dara mengandungi kandungan asid lemak yang rendah dan sedikit.

Kandungan asid lemak yang rendah dalam minyak kelapa dara tidak menyebabkan peningkatan dalam kadar kolesterol seperti minyak masak lain.

Ia juga tidak akan disimpan dalam badan sebagai lemak tisu. 

Kajian juga menunjukkan dengan mengamalkan diet sihat seperti memasak dengan menggunakan minyak yang mengandungi rendah kandungan asid lemak dapat membantu dalam mengurangkan berat badan.

Jadi dengan menggantikan minyak masak biasa dengan minyak kelapa dara dapat membantu anda mendapatkan berat ideal yang anda idamkan selama ini.

Bukan sahaja ia membantu anda mengurangkan berat badan, ia juga membantu anda berasa lebih sihat. 

3. Menyihatkan Rambut

minyak kelapa dara untuk rambut

Menyapu minyak kelapa dara pada rambut dapat membantu dengan masalah kekurangan protein pada rambut. Berbeza dengan minyak lain seperti bunga matahari, minyak kelapa boleh menembusi rambut hingga ke akar umbi dengan lebih baik.

Minyak mineral lain tidak mampu bertindak secara kimia dengan protein untuk memelihara kandungan protein dalam rambut. 

Berbeza dengan minyak kelapa, yang kaya dengan kandungan asid laurik sebagai asid lemaknya. Asid Laurik bertindak lebih baik terhadap protein rambut.

Oleh itu, menggunakan minyak kelapa pada rambut yang rosak atau kering , atau menggunakan minyak kelapa sebagai pelembab ketika mencuci dapat memberikan rambut yang lebih sihat dan kuat. 

Minyak kelapa juga dapat mengurangkan rambut bercabang dan melindunginya daripada kerosakan kimia yang teruk seperti dari penggunaan pengering rambut, produk pewarna dan pelurus rambut. 

4. Menjaga Gigi Supaya Lebih Sihat Bersih

minyak kelapa dara untuk gigi

Minyak kelapa dara atau VCO mempunyai komponen antimikroba spektrum yang tinggi. Bakteria- bakteria yang menyebabkan gigi rosak akan bertindak balas dengan minyak kelapa.

Oleh sebab itu banyak rawatan seperti kaedah oil pulling menggunakan minyak kelapa. 

Dengan berkumur dengan minyak kelapa dapat menghilangkan plak dan kotoran degil pada gigi serta membantu mengurangkan masalah radang gusi.

Minyak kelapa juga dapat membantu dalam mengatasi masalah kuman dalam gusi, mulut berbau dan sakit gigi.

Asid Laurik sebagai unsur utama dalam minyak kelapa sangat baik sebagai anti-radang dan menghalang pertumbuhan mikroba.

Unsur utama ini membuatkan minyak kelapa dara sebagai pengganti terbaik selain ubat gigi untuk penjagaan gigi. Ia juga lebih murah dan selamat digunakan untuk semua golongan.

5. Membantu Menghalang Kanser

minyak kelapa dara anti kanser

Asid lemak adalah penting bagi mereka yang mempunyai masalah imuniti rendah. Minyak kelapa merupakan salah satu sumber lemak yang terbaik berbanding dengan minyak atau produk tenusu seperti mentega yang banyak dihasilkan dengan menggunakan minyak kelapa sawit.

Ia mempunyai komponen perlindungan yang baik dalam mengurangkan risiko kanser payudara serta usus besar. 

Sering sekali pesakit kanser yang melalui rawatan kemoterapi berasa lemah dan kurang selera makan.

Dengan menambah sedikit minyak kelapa dara ke dalam diet mereka dapat membantu meningkatkan selera makan, metabolisme dan tenaga. 

Secara ringkasnya, dengan menggunakan minyak kelapa dara dapat memberikan banyak manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan. 

Sekarang anda sudah tahu mengapa ramai para pengamal kesihatan di seluruh dunia menggantikan minyak masak biasa dengan minyak kelapa dara.

Anda juga boleh mencuba menggunakannya untuk memasak atau menambahkan nya dalam masakan kek atau roti anda sebagai pengganti marjerin. 

Mungkin minyak kelapa dara tidak berapa sesuai digunakan untuk menggoreng tapi terdapat banyak resepi yang anda boleh cuba dengan minyak kelapa dara ini. 

Bagaimana Untuk Menggunakan Minyak Kelapa Dara VCO Dalam Masakan Anda?

minyak kelapa dara kesan sampingan

Tambahkan satu sudu minyak kelapa ke dalam kopi anda untuk rasa lemak yang lebih sedap. 

Boleh ditambah ke dalam jus buah-buahan seperti smoothie, ais krim, kuih dan kek, dan untuk menjadikan rasa makanan lebih kaya dan sedap apabila dimasak menggunakan minyak kelapa.

Masakan tumis dan ubi panggang mempunyai khasiat yang lebih tinggi jika dibakar menggunakan minyak kelapa. 

Adakah Minyak Kelapa Dara VCO Mempunyai Kesan Sampingan Jika Diambil Terlalu Banyak?

gambar minyak kelapa dara untuk masak

Ya, ia merupakan minyak sihat. Tetapi minyak kelapa ialah takungan kepada saturated fatty acids (SFA). Mengamalkan diet yang mempunyai kandungan SFA sering dikaitkan dengan gangguan metabolik. 

Terdapat beberapa kajian yang menyokong dakwaan ini. Walaupun minyak kelapa dara dikatakan dapat membantu mengurangkan kolesterol, tidak ada bukti yang kukuh untuk mengaitkan pengambilannya dengan masalah kardiovaskular seperti masalah jantung dan buah pinggang. 

Bukan semua kajian yang dijalankan membuktikan peningkatan kadar kolesterol disebabkan oleh minyak kelapa dara. 

Oleh itu anda dinasihatkan untuk mengehadkan penggunaan minyak kelapa dara dalam kurang 10 peratus daripada jumlah lemak dalam diet anda.

Namun ia juga bergantung dengan jenis diet yang anda amalkan. 

Jika diet anda sehari ialah 2,000 kalori sehari, maka 120 kalori mesti diperoleh dari lemak tepu. Ini dalam 13g lemak tepu untuk setiap hari. Jumlah ini terdapat dalam setiap satu sudu minyak kelapa. 

Rancang diet dan pemakanan anda sebaiknya.

Bagaimana Mengetahui Sekiranya Minyak Kelapa Dara VCO Sudah Rosak Atau Sudah Tamat Tempoh

minyak kelapa dara kesan Tamat Tempoh

Minyak kelapa dara boleh tahan 2 hingga 3 tahun jika ia disimpan ditempat yang gelap dan sejuk. 

Jika  minyak mula berbau tengik atau berubah warna ia tidak lagi selamat digunakan. 

Buang minyak kelapa jika terdapat kandungan kulat pada permukaan minyak. 

Kesimpulannya

Minyak kelapa dara mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan dan dalaman. Bukan sahaja ia kurang kandungan kolesterol ia juga banyak digunakan dalam rawatan tradisional dalam merawat sakit gigi dan penjagaan kulit. 

Antara perkara penting yang kita semua patut tahu ialah segalanya perlukan keseimbangan.

Setiap makanan dan suplemen yang kita perlu ambil perlu diseimbangkan dengan alternatif lain yang juga dapat memberikan manfaat kepada kesihatan kita. 

Leave a Comment

16 − thirteen =