Nasi goreng ni simple ke nak disediakan? Ya, resepi nasi goreng simple dan senang sangat nak masak berbanding resepi lain.
Resepi Nasi Goreng Yang Simple, Sedap Dan Mudah untuk dimasak.

Bahan-bahan yang digunakan dalam resepi ini mudah didapati. Bawang putih, daun bawang dan telur merupakan bahan asas dalam menghasilkan nasi goreng ini.
Untuk mendapatkan tekstur nasi goreng yang tidak melekat, gunakan nasi sejuk yang telah dimasak sekurang-kurangnya sehari sebelum.
Kicap boleh ditambah untuk menggantikan serbuk perasa dan minyak bijan memberikan rasa yang lazat.
Resepi nasi goreng simple ini sangat versatil kerana anda boleh menambah apa-apa sayur-sayuran atau protein yang anda suka. Jika suka pedas anda boleh tambah potongan cili padi atau makan bersama minyak cili.
Mungkin ramai yang berfikir nak buat nasi goreng ni rumit dan memakan masa yang lama. Tetapi ia sebenarnya agak mudah. Sebenarnya nak masak nasi goreng mengambil masa kurang daripada 10 minit jika bahan-bahan yang diperlukan sudah tersedia.
Jadi jika anda ingin cepat pada waktu pagi dan tidak tahu untuk bekalkan apa untuk anak-anak dan suami, boleh cuba resepi nasi goreng simple ini. Pasti anak-anak dan suami lebih sayang!
Bahan-bahan
- 2 biji telur
- 4 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 sudu besar kicap rendah sodium
- 1 sudu besar minyak bijan
- 2 cawan nasi yang telah dimasak
- ½ cawan bawang hijau, (dicincang)
- 2 sudu besar minyak sayuran atau minyak zaitun
Cara-cara
- Dalam mangkuk kecil, pecahkan telur dan kacau telur hingga kembang.
- Panaskan kuali besar di atas api sederhana dan masukkan minyak secukupnya. Apabila panas, masukkan telur dan kacau sampai masak.
- Keluarkan telur yang telah masak dan ketepikan. Jika minyak dalam kuali agak banyak keluarkan sedikit.
- Dalam kuali yang sama, tumis bawang putih dan daun bawang hingga naik bau.
- Apabila bawang putih dan daun bawang sudah wangi, masukkan nasi putih atau apa-apa pengganti nasi yang telah dimasak dan kacau sebati. Kemudian masukkan telur yang telah di goreng tadi.
- Masukkan minyak bijan dan kicap. Kacau sehingga nasi garing.
- Tutup api apabila nasi sudah siap masak. Perasakan dengan sedikit garam secukup rasa jika perlu.
- Hidangkan panas.
Nota
Kalau nak taburkan ikan bilis goreng dan bawang goreng sebagai penambah rasa pun boleh.
Telur juga boleh dikurangkan kepada satu biji dan dimasukkan sekali selepas nasi. Jika tidak suka nasi dan telur yang dimasak sekali, boleh dihidangkan dengan telur dadar.
Sudah tentu, anda tidak digalakkan makan nasi pada setiap hidangan jika anda ingin menurunkan berat badan. Oleh itu adalah sangat penting untuk anda memilih makanan yang kaya protein dan sayur-sayuran tanpa lemak, serta makan dengan kuantiti yang sederhana.