Resepi Pancake Pisang Oat Sihat Yang Gebu Dan Sedap Untuk Sarapan 

Kongsi artikel ini

Jika anda sedang mencari pilihan sarapan pagi yang lazat dan sihat, anda boleh cuba resepi pancake pisang oat sihat ini. Pisang merupakan salah satu buah-buahan yang enak apabila dijadikan pancake. Menu diet tak semestinya membosankan. Ia harus lah sedap juga. Barulah ada mood nak berdiet kan?

Seperti namanya, tepung oat terdiri daripada bijirin oat (atau rolled oats) yang telah dikisar hingga halus sehingga ia mempunyai konsistensi seperti tepung gandum. Ia merupakan alternatif yang lebih sihat kepada tepung putih. Ia memberikan serat tambahan, protein dan rasa kenyang yang lebih lama. 

Kami gemar menggunakan tepung oat dalam menghasilkan pancake, kerana bukan sahaja ia pilihan yang menyihatkan tetapi juga rasanya lazat. 

resepi pancake sihat

Berbeza dengan resepi pancake biasa yang menggunakan bahan-bahan seperti tepung gandum, gula putih atau perang dan mentega, resepi pancake sihat ni sangat sesuai bagi mereka yang sedang diet.

Dimasak dengan bahan-bahan yang sihat, rasa pancake banana oat ini masih tetap sama dengan pancake yang biasa kita makan.

Resepi oat pancake ini menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati. Tidak perlu susah-susah ke pasaraya hanya nak cari bahan-bahan nak buat pancake. 

Pancake pisang oat sedap ni sesuai bagi mereka yang ingin jaga berat badan kerana bukan sahaja ia mengenyangkan ia juga tidak mengandungi bahan-bahan yang tinggi kandungan kalorinya. Cara nak masak juga mudah.

Adakah Pancake Guna Tepung Oat Lebih Sedap Dan Sihat?

Pancake yang dimasak menggunakan tepung oat adalah pilihan yang lebih sihat berbanding pancake tradisional yang menggunakan tepung gandum. Ia mengandungi lebih banyak serat dan protein. 

Tepung oat merupakan sumber serat pemakanan, antioksidan, mineral dan vitamin B yang hebat. Serat larut yang terdapat dalam tepung oat mampu membantu meningkatkan pertumbuhan bakteria baik yang membantu menjaga saluran pencernaan anda.

Setiap hidangan 1/4 cawan tepung oat mengandungi 110 kalori, 3 gram serat, 4 gram protein, kalsium, zat besi, kalium, thiamin, dan riboflavin. Secara keseluruhan, tepung oat memberikan lebih banyak khasiat berbanding dengan tepung putih.

Mengapa Pisang Adalah Makanan Sarapan Yang Baik?

Pisang mengandungi sumber kalium, vitamin C, serat dan vitamin B6 yang baik. Ia juga dapat membantu anda mengawal paras gula dalam darah. Oat adalah sumber serat makanan yang baik dan mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi.

Apabila digabungkan, kedua-dua makanan ini menjadi pilihan sarapan pagi yang berkhasiat dan sangat mengenyangkan.

Pancake oat pisang membekalkan badan anda dengan nutrien penting yang boleh membantu meningkatkan tahap tenaga dan menggalakkan kesihatan badan yang baik.

Berikut adalah beberapa khasiat utama pisang jika dinikmati sebagai sarapan pagi:

1. Pisang adalah sumber kalium diet yang baik. Kalium adalah elektrolit penting yang membantu mengawal tekanan darah dan fungsi jantung. Mendapat kalium yang mencukupi boleh membantu mengurangkan risiko strok dan penyakit kardiovaskular yang lain.

BACA  Resepi Ikan Siakap Kengsom Ala Thai Yang Sedap Rasa Sekali Pasti Nak Lagi

2. Pisang kaya dengan serat yang membantu menggalakkan usus perut yang sihat dan mencegah sembelit. Serat juga membantu anda berasa lebih kenyang dengan lebih lama dan secara tak lansung boleh membantu dalam mengawal berat badan.

3. Pisang adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, termasuk vitamin C, vitamin B6, dan magnesium. Nutrien ini penting untuk pertumbuhan, perkembangan, dan mengekalkan kesihatan yang baik.

4. Pisang mengandungi triptofan, asid amino yang diubah kepada serotonin oleh badan.

Resepi oat pancakes ni menggunakan bahan-bahan seperti:

  • Tepung oat – Gunakan rolled oats atau oat instant yang telah dikisar. Tak perlu bazirkan wang dengan membeli tepung oat dikedai kerana ia boleh dihasilkan sendiri.
  • Baking powder – Membuatkan pancake naik dan lebih gebu.
  • Telur – gunakan telur dalam suhu bilik.
  • Susu – boleh guna susu putih, susu badam atau susu oat. Jika tidak mahu tambah susu boleh saja gantikan dengan yogurt. Menggantikan susu dengan yogurt akan menghasilkan pancake yang lebih gebu dan lembut.
  • Sirap maple – Kalau nak boleh tambahkan sedikit rasa manis semulajadi ketika menikmati pancake sihat ini. Nektar agave, gula kelapa ( coconut syrup) atau madu antara pilihan manisan yang sesuai dinikmati bersama pancake.

Petua Untuk Mendapatkan Pancake Pisang Oat Yang Gebu

  • Tutup pan semasa memasak pancake. Teknik ini dapat menghasilkan pancake yang lebih tebal dan gebu, kerana wap panas tidak dapat keluar. Berbeza dengan lempeng, pancake yang tebal adalah lebih sedap.
  • Pancake ini tidak terlalu manis dan bergantung pada topping dan pemanis tambahan yang anda suka untuk menambah rasa manis. Jika anda lebih suka rasa pancake yang manis boleh tambah satu sudu gula pada bancuhan pancake.
  • Jika adunan pancake terlalu cair, tambah tepung oat sedikit demi sedikit sehingga dapat konsistensi yang anda inginkan.
  • Jangan terlalu mengadun adunan pancake. Cukup hingga semua bahan-bahan sebati. Mengadun adunan secara berlebihan akan menghasilkan terlalu banyak gluten dalam adunan yang boleh menyebabkan pancake menjadi keras dan kenyal.
  • Memasak pancake dengan mentega akan membuatkan pancake rasa lebih sedap, tetapi ia menjadi perang terlalu cepat jika menggunakan api yang besar. Pancake yang baik memerlukan lemak dengan titik asap yang tinggi – jadi gunakan minyak seperti minyak kanola atau minyak kelapa untuk memasak.

Arahan Penyimpanan Pancake Yang Telah Dimasak

  1. Simpan lebihan pancake di dalam peti sejuk dengan bertutup. Ia tahan sehingga 1 minggu
  2. Untuk membekukan: Letakkan pancake dalam beg ziplock dan ia tahan sehingga 6 bulan. Pek kan pancake dalam ziplock dengan kuantiti yang anda inginkan supaya anda tidak perlu mengeluarkan semuanya untuk dipanaskan semula.
  3. Memanaskan semula: Gunakan sama ada kuali tidak melekat atau oven dalam suhu rendah. Elakkan memasaknya dalam gelombang mikro, kerana pancake akan jadi lembab dan soggy.

Ok, jom kita cuba buat pancake sihat ni. Nak buat untuk sarapan, bekal anak dan suami pun boleh. Lihat resepi dibawah. Selamat mencuba!

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

3 × three =