Anda Suka Minum Air Kelapa? Ketahui 7 Khasiat Air Kelapa Untuk Tubuh Badan Kita

Kongsi artikel ini

Apabila berbincang tentang minuman sihat untuk mengekalkan hidrasi badan, air kelapa sering menjadi pilihan utama bagi ramai orang. Ia sedap diminum ketika sejuk, lebih-lebih lagi ketika cuaca panas. 

Buah kelapa memang mudah didapati di Malaysia. Ini kerana pokok kelapa tumbuh di iklim tropika seperti di Malaysia, Indonesia serta Thailand. Kalau kita pergi ke kawasan pantai timur di Malaysia atau kawasan laut memang banyak pokok kelapa. 

Kelapa juga dikenali dengan nama saintifik nya iaitu Cocos nucifera dan secara botani ia dianggap sebagai buah.

Air kelapa bukan sahaja mempunyai rasa sedap dan manis semula jadi, tetapi ia juga padat dengan mineral penting dan nutrien lain yang boleh memberi nutrisi lengkap yang diperlukan oleh tubuh badan kita. 

Khasiat air kelapa tidak terhad hanya dalam membantu mengurangkan dehidrasi dan membekalkan elektrolit untuk tubuh badan kerana ia mempunyai banyak lagi manfaat kesihatan penting yang lain.

Dalam artikel ini, kita akan meneroka manfaat kesihatan air kelapa, dan bagaimana ia boleh membantu kita kekal sihat secara semula jadi. 

Minuman Segar Yang Membantu Mencegah Dehidrasi

air kelapa membantu hidrasi

Air kelapa bukan sahaja lazat dan menyegarkan tetapi ia juga merupakan sumber penghidratan dan pemakanan yang hebat.

Air kelapa adalah air jernih yang terdapat di dalam kelapa muda. Ia mempunyai rasa manis dan segar. Kandungan kalori dan karbohidrat nya agak rendah, menjadikannya pilihan terbaik untuk semua golongan. 

Ia juga mengandungi kandungan elektrolit semulajadi, yang boleh membantu menggantikan elektrolit dan cairan yang hilang semasa aktiviti senaman. 

Jika anda sedang mencari air kelapa, pilihan terbaik ialah membeli kelapa segar dari pasaraya atau pasar tani.  Jika anda tidak boleh mendapatkan buah kelapa segar, terdapat banyak jenama air kelapa yang ada di pasaran yang boleh anda beli. 

Cuma pastikan anda membaca bahan-bahan yang terdapat dalam pek air kelapa tersebut supaya anda mendapat 100 peratus air kelapa, kerana sesetengah jenama mungkin mengandungi gula dan perasa tambahan.

Rumusan

Air kelapa adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin kekal hidrat semasa melakukan aktiviti fizikal kerana kandungan elektrolitnya yang tinggi dapat membantu mengelakkan dehidrasi.

Kaya Dengan Nutrisi Yang Diperlukan Oleh Tubuh Badan Kita

kelapa tinggi nutrisi

Air kelapa memiliki lebih 94 peratus air dengan sedikit kandungan lemak. Jangan keliru air kelapa dengan santan ya. Kerana santan terhasil apabila isi kelapa yang berwarna putih diparut dan diperah untuk mendapatkan santan. 

Berbeza dengan air kelapa, santan mengandungi kira-kira 50 peratus air dan kandungan lemak yang tinggi. [1].

Air kelapa kaya dengan elektrolit, yang penting untuk mengekalkan penghidratan badan. Ia juga mempunyai kandungan kalium, magnesium dan kalsium, yang penting untuk mengawal tekanan darah, mengekalkan tulang yang kuat dan membantu mencegah kekejangan otot.

Air kelapa juga padat dengan serat yang dapat membantu menyihatkan sistem penghadaman badan.

Air kelapa juga rendah dengan kalori dan gula, menjadikannya pilihan yang sangat baik untuk mereka yang sedang menjaga berat badan. Satu hidangan air kelapa mengandungi hanya 15 gram karbohidrat dan 8 gram gula. 

Ia juga mempunyai 4 peratus daripada nilai harian yang disyorkan untuk kalsium dan 4 peratus untuk magnesium, serta 2 peratus untuk fosforus dan kalium  [2]

Hidangan air kelapa sebanyak 8 auns mengandungi 45 hingga 60 kalori.

Rumusan

Air kelapa mengandungi pelbagai nutrien penting seperti vitamin, mineral, dan fitonutrien yang boleh membantu meningkatkan kesihatan badan.

Memiliki Kandungan Antioksidan Yang Tinggi

khasiat air kelapa

Air kelapa secara semula jadi mempunyai kandungan antioksidan dan khasiat untuk tubuh badan kita.  Tubuh badan kita memerlukan sebatian antioksidan kerana ia dapat  melindungi sel kita daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Radikal bebas boleh didapati di persekitaran dan boleh terhasil oleh pencemaran seperti asap rokok. 

Radikal bebas ini boleh menyebabkan tekanan oksidatif, yang boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan, termasuklah kanser dan penyakit jantung. 

Dengan meminum air kelapa, kita boleh mengurangkan risiko terhadap penyakit ini.

Penyelidikan ke atas haiwan telah menunjukkan bahawa air kelapa mengandungi antioksidan yang boleh membantu mengolah radikal bebas supaya ia tidak menyebabkan kemudaratan kepada tubuh badan kita. [3] 

Rumusan

Selain manfaat elektrolitnya, air kelapa juga mengandungi antioksidan, khususnya polifenol, yang boleh membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam sel.

Minum Air Kelapa Dapat Meningkatkan Kesihatan Jantung Anda

khasiat air kelapa untuk elak sakit jantung

Minum air kelapa dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. [4]

BACA  8 Khasiat Kunyit Yang Wajib Anda Tahu Dan Bagaimana Ia Bermanfaat Dalam Melawan Penyakit Dan Memelihara Tubuh Badan

Kajian mendapati bahawa mineral dan elektrolit yang terdapat dalam air kelapa boleh membantu mengurangkan kolesterol jahat yang boleh menyebabkan penyakit jantung.

Kandungan kalium dalam air kelapa bermanfaat kerana ia boleh membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan risiko strok. 

Air kelapa juga kaya dengan magnesium, yang boleh membantu mengurangkan tahap tekanan, meningkatkan kesihatan tulang, dan mengurangkan risiko diabetes.

Air kelapa juga tinggi dengan antioksidan, yang boleh membantu melindungi tubuh badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. Selain itu, asid laurik yang terdapat dalam air kelapa boleh membantu meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap nutrien lain, seperti kalsium dan magnesium.

Dalam satu kajian yang telah dijalankan pada 2008, penyelidik telah memberikan tikus diet yang kaya dengan lemak dan kolesterol. Mereka juga memberi satu kumpulan tikus yang lain dengan air kelapa sebanyak 4 ml setiap 100 gram berat badan.

Selepas 45 hari, kumpulan tikus yang minum air kelapa muda mengalami pengurangan paras kolesterol dan trigliserida yang hampir sama dengan kesan ubat statin yang digunakan untuk mengurangkan tahap kolesterol. [5]

Rumusan

Pengambilan air kelapa boleh membantu menurunkan risiko penyakit strok.  Air kelapa juga merupakan sumber kalium yang baik, yang boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi yang boleh menyebabkan terjadinya masalah sakit jantung. 

Khasiat Air Kelapa Yang Boleh Membantu Mencegah Batu Karang

khasiat air kelapa untuk elak batu karang

Kajian terbaru mendapati air kelapa boleh membantu mencegah masalah batu karang. Ini kerana ia mengandungi sitrat, yang dapat membantu mengekalkan kalsium dan mineral lain menjadikannya sukar untuk membentuk batu di dalam buah pinggang. 

Sitrat juga membantu mengurangkan keasidan air kencing, yang boleh menghentikan batu karang daripada terjadi. 

Kadar magnesium yang tinggi yang terdapat dalam air kelapa juga boleh memberi manfaat untuk kesihatan buah pinggang, kerana ia membantu mengendurkan otot dalam saluran kencing dan mengawal keseimbangan cecair.

Dalam kajian yang dijalankan pada 2013 terhadap tikus yang mempunyai batu karang mendapati air kelapa menghalang kristal daripada melekat pada buah pinggang serta pada bahagian lain saluran air kencing. Ia juga mengurangkan bilangan kristal yang terbentuk dalam air kencing [6]

Rumusan

Kajian awal mendapati bahawa air kelapa boleh membantu mencegah batu karang dengan mengurangkan pembentukan kristal dan batu. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian klinikal perlu dilakukan bagi membuktikan dakwaan ini.

Boleh Membantu Menurunkan Gula Darah Bagi Pesakit Diabetes

khasiat air kelapa untuk diabetes

Bagi pesakit diabetes, air kelapa boleh membantu dalam menurunkan paras gula dalam darah. Kajian telah menunjukkan bahawa dengan meminum air kelapa boleh menurunkan tahap glukosa selepas makan, serta mengurangkan tahap glukosa puasa. 

Ini disebabkan oleh kehadiran mannitol, alkohol gula yang terdapat dalam air kelapa, yang diketahui membantu mengawal paras gula dalam darah.

Manitol juga boleh diperolehi daripada sayur-sayuran dan buah-buahan seperti tembikai, cendawan butang, saderi, skuasy butternut dan ubi keledek. 

Dalam kajian dari 2015, tikus yang mempunyai diabetes dirawat dengan air kelapa dapat mengekalkan paras gula darah yang lebih baik. 

Kajian yang sama juga mendapati bahawa tikus yang diberi air kelapa mempunyai tahap hemoglobin A1c yang lebih rendah. Ini menunjukkan kawalan gula darah jangka panjang yang lebih baik. [7]

Air kelapa juga mempunyai kandungan serat makanan yang tinggi, yang boleh membantu sistem penghadaman. Ia mempunyai indeks glisemik yang lebih rendah bermakna ia boleh membantu melambatkan penyerapan karbohidrat ke dalam aliran darah. 

Ini boleh membantu memastikan paras gula dalam darah stabil dan mengelakkan lonjakan dan penurunan secara tiba-tiba.

Namun adalah sangat penting untuk mengambil perhatian bahawa air kelapa juga mengandungi karbohidrat yang boleh dipecahkan kepada gula dalam badan.

Jika anda menghidap diabetes atau pradiabetes, berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan sebelum menambah air kelapa ke dalam diet anda.

Rumusan

Air kelapa mengandungi vitamin B kompleks, yang boleh memainkan peranan dalam mengekalkan tahap glukosa darah yang sihat. Ia juga merupakan sumber magnesium, kalium, dan kalsium yang hebat, yang merupakan mineral penting dalam membantu mengawal paras glukosa darah.

Air Kelapa Untuk Kulit Yang Sihat

air kelapa cantikkan kulit

Air kelapa bukan sahaja minuman yang menyegarkan dan lazat, tetapi ia juga menawarkan pelbagai manfaat untuk kulit. 

BACA  7 Khasiat Teh Hijau Atau Green Tea Yang Baik Untuk Tubuh Badan Kita

Daripada melembabkan dan mengurangkan keradangan, air kelapa boleh menjadi salah satu ramuan terbaik dalam penjagaan kulit anda. 

Salah satu faedah terpenting air kelapa untuk kulit adalah keupayaannya untuk melembabkan kulit. 

Air kelapa secara semula jadi kaya dengan elektrolit, menjadikannya pilihan yang baik untuk melembabkan kulit semula selepas bersenam atau berada seharian di bawah sinar matahari. 

Asid lemak yang terkandung di dalamnya juga boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan UV dan faktor persekitaran lain.

Ia mengandungi pelbagai gula dan asid amino, yang boleh membantu mengekalkan kelembapan dan mengurangkan penampilan kedutan dan garis halus pada kulit. 

Kajian yang dijalankan pada 2017 mendapati bahawa air kelapa mempunyai sifat antimikrob, yang boleh membantu dalam memerangi jerawat. [8]

Air kelapa mempunyai kandungan phytohormone yang dikenali sebagai kinetin yang dikatakan boleh memberikan kesan anti-penuaan dan antioksidan.

Rumusan

Antioksidan dan asid lemak yang terdapat dalam air kelapa diketahui dapat membantu meredakan keradangan kulit dan melembabkan kulit.

Nota Penting

Untuk memilih air kelapa yang terbaik pastikan ia 100 peratus semula jadi tanpa perasa dan gula tambahan. Ini kerana terdapat banyak minuman air kelapa yang dijual di dalam kotak di pasaraya mengandungi gula tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan kita. 

Jika boleh, dapatkan air kelapa segar dan makan isi putihnya sekali. Buah kelapa segar tiada kandungan gula tambahan dan rasanya lebih sedap dan segar. 

Bagi pesakit kencing manis pula pastikan anda tidak meminum air kelapa berlebihan dari jumlah hidangan yang disarankan. 

Berbincang dengan doktor atau pakar kesihatan terlebih dahulu sebelum mengambil air kelapa untuk mendapatkan manfaat kesihatan nya.

Kesimpulan

Air kelapa adalah sumber penghidratan yang baik kerana ia mempunyai banyak manfaat kesihatan. Ia kaya dengan sumber vitamin dan mineral penting yang mampu memberikan tubuh badan kita nutrisi dan khasiat yang diperlukan untuk kekal hidrat dan sihat. 

Bukan sahaja ia mempunyai rasa yang sedap dan segar, air buah kelapa boleh dinikmati oleh semua golongan. Tidak terhad dalam membantu meningkatkan kesihatan dalaman, air kelapa juga mampu memberikan kita kulit yang sihat. 

Rujukan/ Reference

  1. Yong JW, Ge L, Ng YF, Tan SN. The chemical composition and biological properties of coconut (Cocos nucifera L.) water. Molecules. 2009
  2. Plant Based Water, Food Data Central. 2018
  3. Bhagya D, Prema L, Rajamohan T. Therapeutic effects of tender coconut water on oxidative stress in fructose fed insulin resistant hypertensive rats. Asian Pac J Trop Med. 2012
  4. S.R. Priya, Lalitha Paraswamy. Tender Coconut Water – Nature Elixir To Mankind. Dept of Nutrition and Diabetes. Recent Scientific. 2014
  5. Sandhya VG, Rajamohan T. Comparative evaluation of the hypolipidemic effects of coconut water and lovastatin in rats fed a fat-cholesterol enriched diet. Food Chem Toxicol. 2008
  6. Gandhi M, Aggarwal M, Puri S, Singla SK. Prophylactic effect of coconut water (Cocos nucifera L.) on ethylene glycol induced nephrocalcinosis in male wistar rat. Int Braz J Urol.
  7. Pinto IF, Silva RP, Chaves Filho Ade B, et al. Study of Antiglycation, Hypoglycemic, and Nephroprotective Activities of the Green Dwarf Variety Coconut Water (Cocos nucifera L.) in Alloxan-Induced Diabetic Rats. J Med Food. 2015
  8. Rukmini JN, Manasa S, Rohini C, Sireesha LP, Ritu S, Umashankar GK. Antibacterial Efficacy of Tender Coconut Water (Cocos nucifera L) on Streptococcus mutans: An In-Vitro Study. J Int Soc Prev Community Dent. 2017

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

5 × five =