14 Cara Hilangkan Migrain Dan Sakit Kepala Dengan Cepat Dan Semulajadi Tanpa Makan Ubat

Kongsi artikel ini

Kita semua tahu migrain boleh menyebabkan kita rasa rimas dan tidak selesa, rasa sakit kepala yang berdenyut-denyut, sensitif kepada cahaya terang dan bunyi yang bising serta rasa loya. Semua rasa ini boleh membuatkan hari kita menjadi lebih panjang dari biasa dan ia sangat menyeksakan.

Kerja tidak dapat disiapkan, rumah tangga tidak dapat diuruskan, semua gara-gara migrain yang teruk. Walaupun migrain boleh dirawat dengan hanya mengambil ubat, ramai juga yang memilih rawatan semula jadi atau petua orang lama untuk menghilangkan migrain.

Sekiranya anda mengalami serangan migrain, anda pasti tahu ia sangat sukar untuk hilang dan dirawat dengan cepat.

cara hilangkan migrain

Terdapat beberapa cara untuk merawat migrain dan petua hilangkan sakit kepala secara semula jadi tanpa pengambilan ubat, termasuk melakukan perubahan gaya hidup dan diet, suplemen dan serta menggunakan minyak pati.

Di bawah merupakan beberapa pilihan cara hilangkan migrain dan simptom sakit kepala dengan menggunakan rawatan semulajadi:

Hilangkan Migrain Dan Sakit Kepala Dengan Minyak Pati/Essential Oils

guna minyak lavender

Minyak pati telah digunakan sejak dulu lagi untuk merawat pelbagai jenis penyakit, dan ia dikatakan amat berkesan dalam merawat migrain. Terdapat beberapa minyak pati yang berbeza yang boleh digunakan untuk merawat migrain, dan setiap satu mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

Minyak bunga lavender merupakan salah satu minyak pati yang paling popular dalam merawat migrain kerana ia sangat berkesan dan memberikan kelegaan dan membantu mengurangkan sakit kepala jenis tekanan.

Minyak lavender mempunyai sifat analgesik, anti-radang dan antispasmodik, yang menjadikan ia sesuai untuk merawat migrain. Ia juga sangat menenangkan dan berbau harum, membantu mengurangkan tahap tekanan dan mencegah migrain daripada berlaku.

Minyak pudina adalah satu lagi minyak pati yang berkesan dan banyak digunakan dalam memberikan kelegaan untuk migrain. Minyak pudina memberikan rasa sejuk dan menyegarkan apabila disapu pada bahagian kepala yang sakit. Minyak pudina dianggap paling berkesan apabila digunakan secara topikal. 

Sapu minyak pudina pada leher dan bawah telinga untuk memberikan rasa keselesaan dan mengurangkan rasa loya dan sakit kepala yang dialami. Minyak pudina juga boleh disapu pada bahagian dahi dan sekitar kening kerana bau nya yang nyaman.

Ia juga boleh dihidu atau dilarutkan ke dalam air dalam jumlah yang sedikit. Untuk memasukkan minyak pudina ke dalam air, pastikan anda memilih minyak pudina yang selamat untuk dimakan. 

Minyak spearmint ialah minyak semulajadi yang diekstrak daripada daun tumbuhan spearmint. Ia mempunyai aroma pudina yang menyegarkan dan digunakan dalam aromaterapi untuk membantu melegakan kesakitan dan sakit kepala jenis tekanan.

Ia juga dipercayai mempunyai ciri anti-radang yang boleh membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan yang berkaitan dengan migrain. 

Sebagai tambahan kepada sifat melegakan kesakitan, minyak spearmint juga dipercayai dapat membantu meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan aliran darah ke otak. Ini boleh membantu mengurangkan kekerapan migrain terjadi dan tahap keterukan migrain.

Minyak kayu putih adalah salah satu minyak pati yang sangat versatil. Kegunaan utamanya adalah untuk merawat masalah pernafasan, tetapi ia juga boleh digunakan untuk migrain, sakit otot, dan juga digunakan sebagai racun serangga semulajadi.

Ia boleh memberikan rasa sejuk dan menyegarkan pada badan, serta boleh membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain. 

Minyak kayu putih berasal dari pokok eucalyptus, yang berasal dari Australia. Minyaknya diekstrak daripada daun pokok tersebut dan mempunyai bau yang kuat, segar, seperti kapur barus.

Ia juga merupakan bahan popular yang sering terkandung dalam kebanyakan pembersih rumah dan penyegar udara kerana baunya yang menyegarkan.

Minyak pokok teh telah digunakan sejak berabad-abad lalu sebagai ubat semulajadi dalam merawat pelbagai jenis penyakit, termasuklah migrain. Minyak ini berasal dari daun pokok teh, yang berasal dari Australia.

Minyak pokok teh mengandungi sebatian yang dipanggil terpinen-4-ol, yang dianggap mempunyai sifat anti-radang dan antimikroba.

Ciri-ciri ini dikatakan bermanfaat dalam merawat sakit kepala migrain, terutamanya jika anda mengalami migrain sinus yang diakibatkan oleh jangkitan kuman.

Selain baik untuk melegakan sakit kepala dan migrain, minyak pokok teh juga bagus untuk melegakan loya, rasa berpusing dan mengubati gigitan serangga.

Terdapat beberapa minyak pati lain yang boleh digunakan untuk merawat migrain. Anda boleh mencuba minyak pati yang berbeza untuk melihat yang mana paling berkesan dan sesuai dengan anda.

Blissful Oils by Naturally Mine ialah terapi semulajadi untuk merawat dan mengurangkan sakit kepala. Ia dalam bentuk roll-on dan dihasilkan dengan campuran minyak pati gred terbaik. Aromanya yang menyegarkan memberikan anda kesegaran sepanjang masa. 

Ketika serangan migrain atau sakit kepala, sapukan Blissful Oils by Naturally Mine pada leher, dahi dan kepala sambil melakukan urutan. Malah anda juga boleh sapukan pada belakang telinga, dan bahu jika anda rasa berdenyut yang teruk pada sebelah bahagian kepala.

Beri urutan perlahan dan lembut pada bahagian ini. Ulang sapu jika perlu. 

Ini Sebab Mengapa Anda Patut Menggunakan Blissful Oils by Naturally Mine Dan Bagaimana Ia Bermanfaat Untuk Melegakan Serangan Migrain Dan Sakit Kepala

1. Ia mudah digunakan.

Hanya sapukan minyak pada dahi anda, beri tekanan dengan jari dan mula urut bahagian tersebut perlahan-lahan. Minyak akan cepat diserap ke dalam kulit dan membantu melegakan kesakitan anda.

2. Ia nya 100 peratus menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Minyak yang digunakan dalam minyak pati roll-on Blissful Oils by Naturally Mine semuanya menggunakan bahan-bahan semula jadi dan selamat untuk digunakan pada kulit.

Minyak pati ini telah digunakan sejak dulu lagi untuk merawat pelbagai penyakit, serta berkesan dalam merawat migrain.

3. Mudah dibawa.

Anda boleh membawa minyak pati anda ke mana sahaja anda pergi. Ini bermakna anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa.

Gunakan juga untuk mengurangkan mual ketika berada di dalam kereta atau kapal terbang atau ketika serangan sakit kepala terjadi jika anda berada di luar rumah.

4. Harga mampu milik yang sangat berpatutan.

Berbeza dengan rawatan migrain yang lain, harga minyak pati roll-on Blissful Oils by Naturally Mine adalah sangat berpatutan. Ini menjadikannya pilihan yang bagus untuk mereka yang menghidap migrain dengan bajet yang terhad.

5. Sangat cepat bertindak.

Minyak pati roll-on ini memberikan keselesaan dan melegakan kesakitan anda dengan cepat. Anda dapat merasakan kesegaran hanya dalam beberapa minit sahaja.

Jika anda mengalami migrain, minyak pati roll-on Blissful Oils by Naturally Mine adalah pilihan semula jadi yang bagus untuk anda. Ia mudah digunakan, semula jadi, mudah dibawa kemana-mana dan harga yang mampu milik.

Ia juga bertindak pantas, jadi anda boleh mendapatkan kelegaan daripada kesakitan anda dengan cepat.

Blissful Oils by Naturally Mine adalah rawatan sakit kepala roll-on terbaik kerana ia dihasilkan dengan campuran minyak pati gred terapeutik  yang terbaik.

Ia membantu mengurangkan sakit kepala dan migrain serta membantu mengurangkan rasa mual atau loya, memberikan anda keselesaan dan kesegaran yang anda perlukan.

Minum Teh Halia

teh halia

Halia sering digunakan sejak dulu lagi untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Dalam perubatan tradisional Cina, halia sering digunakan untuk merawat sakit kepala, dan ia dipercayai berkesan dalam membantu mengurangkan migrain.

Masyarakat melayu juga percaya halia boleh membantu mengurangkan angin dalam badan. Sebab itu halia sering ditambah dalam makanan serta diberikan kepada mereka yang sedang dalam pantang selepas bersalin. 

Sains moden juga telah menunjukkan bahawa halia boleh menjadi rawatan yang baik untuk mengurangkan sakit kepala dan migrain. Satu kajian mendapati bahawa halia mempunyai kesan yang hampir sama dengan ubat migrain sumatriptan dalam membantu mengurangkan kesakitan migrain.

Terdapat beberapa cara yang berbeza apabila menggunakan halia dalam merawat sakit kepala dan migrain.

Pertama, halia membantu meningkatkan tahap serotonin. Serotonin adalah bahan kimia dalam otak yang membantu mengawal mood. Apabila mood di tahap yang rendah, ia boleh menyebabkan rasa bimbang dan kemurungan. Ia juga boleh menyebabkan sakit kepala dan migrain.

Dengan peningkatan tahap serotonin maka kekerapan dan keterukan sakit kepala dan migrain yang dialami juga berkurangan.

Kedua, halia boleh membantu mengurangkan keradangan. Ini penting kerana keradangan adalah salah satu punca utama sakit kepala dan migrain. Selain itu, halia boleh membantu meningkatkan aliran darah, yang membantu mengurangkan kesakitan yang berkaitan dengan sakit kepala dan migrain.

Halia juga boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah yang disebabkan oleh sakit kepala dan migrain.

Ini kerana halia berfungsi untuk merangsang pembebasan jus pencernaan tertentu dan dengan menyekat pengeluaran prostaglandin (bahan seperti hormon yang boleh menyumbang kepada keradangan yang boleh menyebabkan loya).

Jika anda ingin mencuba meminum teh halia untuk mengurangkan migrain atau menghilangkan rasa loya, anda boleh membeli uncang teh halia yang banyak terdapat di pasar raya atau farmasi.

Anda juga boleh membuat teh halia anda sendiri dengan merebus halia segar sehingga mendidih sehingga ia mengeluarkan aroma halia yang segar.

Lakukan Urutan Tekanan / Acupressure

urut tekanan

Sejak dulu lagi, kita telah menggunakan pelbagai bentuk urutan untuk melegakan kesakitan, ketegangan, dan tekanan. Salah satu bentuk urutan ialah acupressure atau urutan tekanan, yang menyerupai teknik akupunktur tetapi menggunakan tekanan dan bukannya jarum.

Acupressure adalah seni penyembuhan dari zaman dahulu yang telah diamalkan di Asia. Ia berdasarkan prinsip bahawa terdapat titik pada badan yang berkaitan dengan organ dan sistem badan kita yang berbeza.

Dengan mengenakan tekanan pada titik-titik ini, pengamal percaya bahawa ia boleh melegakan kesakitan dan menggalakkan penyembuhan.

Terdapat beberapa bukti saintifik dalam menyokong penggunaan urutan tekanan untuk melegakan kesakitan. Satu kajian mendapati bahawa urutan tekanan berkesan dalam mengurangkan kesakitan akibat migrain.

Satu lagi kajian mendapati bahawa urutan tekanan boleh membantu dalam melegakan sakit kepala jenis tekanan.

Jika anda berminat untuk mencuba urutan tekanan untuk rawatan migrain anda, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui terlebih dahulu.

Adalah sangat penting untuk mencari titik tekanan yang berkaitan dengan migrain sebelum memulakan urutan tekanan.

Terdapat banyak titik tekanan yang berbeza untuk migrain, dan berikut merupakan titik-titik yang dapat membantu mengurangkan migrain:

  • Antara ibu jari dan jari pertama 
  • Titik antara kedua-dua belah kening
  • Pada bahagian belakang leher
  • Tepi kepala

Untuk mencari titik tekanan ini, anda boleh menggunakan carta titik tekanan atau merujuk kepada ahli terapi tekanan yang profesional.

Sebaik sahaja anda menemui titik tekanan, mulakan urutan tekanan perlahan-lahan. Ini boleh dilakukan dengan jari anda, ataupun menggunakan bola tenis.

Lakukan urutan tekanan kira-kira lima minit. Anda boleh melakukan urutan tekanan ini beberapa kali sehari, mengikut keperluan.

Jika anda tidak pasti cara melakukan urutan tekanan, terdapat banyak video dan artikel yang atas talian yang mengajar teknik urutan tekanan ini. Anda juga boleh mencari ahli terapi urutan tekanan profesional berhampiran dengan anda.

Lihat video di bawah untuk mempelajari teknik urutan tekanan yang betul untuk merawat migrain.

Urutan tekanan adalah cara yang selamat dan berkesan untuk membantu melegakan migrain. Anda boleh mencubanya sendiri di rumah untuk melihat sama ada ia berkesan atau tidak dalam membantu melegakan migrain dan sakit kepala anda!

BACA  Batuk Berpanjangan Dan Berterusan: Ketahui Punca Dan Tanda-tanda Mengapa Ia Terjadi?

Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai sebarang persoalan atau tidak pasti tentang urutan tekanan, anda boleh berbincang dengan doktor sebelum memulakan urutan tekanan sendiri di rumah.

Terapi Urutan Untuk Mengawal Penyakit Migrain

terapi urutan

Sama seperti urutan tekanan, terapi urutan boleh menjadi salah satu cara yang sangat berkesan untuk melegakan kesakitan dan ketidakselesaan akibat migrain atau sakit kepala.

Terdapat beberapa cara urutan yang boleh membantu melegakan migrain. Urutan ini  membantu mengendurkan otot-otot di kepala dan leher.  Ia juga boleh membantu mengurangkan ketegangan yang boleh menyebabkan migrain.

Urut juga boleh membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.

Tidak semua urutan rawatan migrain sesuai untuk semua. Ini kerana penyebab dan tahap kesakitan bagi seseorang itu berbeza-beza. 

Terdapat pelbagai jenis urutan yang boleh memberi manfaat untuk migrain, jadi anda haruslah mencari rawatan yang paling sesuai untuk anda. Berikut merupakan beberapa jenis urutan yang biasa kita dengar yang mungkin dapat membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain:

Urutan Tisu Dalam: Urutan jenis ini menggunakan lebih banyak tekanan daripada urutan tradisional. Objektifnya ialah untuk mencapai lapisan tisu otot. Urutan tisu dalam boleh membantu dalam melegakan sakit kepala jenis tekanan, dan migrain biasa.

Urutan Titik Pencetus: Jenis urutan ini memberi tumpuan kepada kawasan tertentu pada badan yang diketahui boleh menyebabkan migrain. Dengan memberi tekanan pada kawasan ini, ia boleh membantu melegakan kesakitan migrain dan mengurangkan kecenderungan migrain terjadi.

Refleksologi: Ini adalah jenis urutan yang memfokuskan pada bahagian tangan dan kaki. Ia berdasarkan idea bahawa terdapat titik refleks di kawasan badan yang berkait dengan bahagian badan yang berlainan. Dengan menggunakan tekanan pada titik-titik ini, dapat melegakan kesakitan akibat migrain.

Urutan aromaterapi: Antara rawatan yang popular dan berkesan dalam memberikan kelegaan akibat migrain. Aromaterapi melibatkan penggunaan minyak pati untuk mengurut bahagian kepala dan leher.

Teknik urutan ini boleh membantu melegakan kesakitan dan ketegangan, dan juga boleh membantu meningkatkan peredaran darah.

Urutan terapi batu panas atau sejuk: Ini adalah jenis urutan yang menggunakan sama ada batu panas atau sejuk, atau kedua-duanya, untuk membantu melegakan kesakitan dan ketegangan.

Batu-batu itu diletakkan pada titik tertentu pada badan, dan ahli terapi akan menggunakannya untuk mengurut bahagian badan yang mungkin menyebabkan migrain.

Urutan Thai: Ini adalah satu bentuk terapi urutan aktif yang menggunakan tekanan lembut dan regangan otot dan tisu. Urutan jenis ini boleh membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan stres.

Dikatakan bahawa urutan Thai adalah sangat baik untuk merawat migrain kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot, yang boleh mencetuskan atau memburukkan tahap kesakitan migrain.

Jika anda mengalami migrain, terapi urutan boleh dijadikan sebagai pilihan rawatan. Terapi urut boleh menjadi cara yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan dan gejala migrain. 

Amalkan Pengambilan Suplemen Magnesium Sebahagian Dari Diet Anda

Magnesium

Magnesium adalah mineral yang terdapat secara semula jadi di dalam badan. Ia banyak membantu sistem badan seperti membantu melancarkan otot dan fungsi saraf.

Banyak makanan yang kaya dengan magnesium, tetapi untuk mendapatkan dos yang anda perlukan untuk mencegah migrain, memerlukan anda mengambil suplemen.

Bagi sesetengah orang, suplemen magnesium boleh membantu mengurangkan kekerapan dan keterukan migrain. Magnesium boleh membantu menghalang pembebasan neurotransmiter tertentu dalam otak yang diketahui boleh menyebabkan migrain.

Kajian mengenai magnesium telah mendapati ia pilihan terbaik, selamat dan murah bagi membantu mengurangkan sakit akibat migrain serta kecenderungan serangan migrain.

Tahap magnesium dalam badan boleh berkurangan disebabkan oleh tekanan, ubat-ubatan tertentu, dan faktor lain. Kekurangan magnesium dikatakan boleh menjadi sebab serangan migrain bagi sesetengah individu.

Dengan itu pengambilan suplemen magnesium amat digalakkan kerana ia boleh membantu meningkatkan tahap magnesium dalam badan dan secara tidak langsung membantu mengurangkan kekerapan dan keterukan migrain.

Suplemen magnesium boleh didapati dalam pelbagai bentuk – kapsul, tablet dan serbuk. Ia juga boleh dimakan terus atau digunakan secara topikal.

Minum Kopi

minum kopi

Ia bukan rahsia lagi bahawa kopi adalah minuman wajib pada setiap pagi bagi ramai orang. Tetapi adakah anda tahu bahawa ia juga boleh diambil untuk mengurangkan sakit kepala dan migrain? 

Ramai menyangka kandungan kafein dalam kopi boleh menyebabkan migrain. Tetapi kajian telah menunjukkan bahawa kopi sebenarnya boleh membantu mengurangkan kekerapan dan intensiti migrain.

Jadi jika anda merupakan peminat tegar kopi mungkin kopi boleh menjadi penyelesaian terhadap masalah migrain anda!

Berikut merupakan cara hilangkan sakit kepala dan migrain dengan kopi. Serta bagaimana ia membantu menghilangkan migrain secara semulajadi.

1. Kafein boleh membantu mengawal saluran darah.

Salah satu cara utama kafein boleh membantu melegakan migrain adalah dengan mengawal saluran darah. Ini boleh membantu mengurangkan jumlah kesakitan dan keradangan yang berkaitan dengan migrain.

2. Kafein boleh membantu menghalang isyarat sakit.

Satu lagi cara kafein boleh membantu melegakan migrain adalah dengan menghalang isyarat sakit. Kafein boleh membantu menghalang isyarat sakit daripada sampai ke otak, yang boleh membantu mengurangkan tahap kesakitan migrain.

3. Kafein boleh membantu meningkatkan fokus dan tenaga.

Bagi sesetengah orang, perkara yang paling teruk tentang migrain ialah keletihan dan kekurangan tenaga yang disebabkan oleh kesakitan migrain. Kafein boleh membantu meningkatkan tumpuan dan tenaga, yang boleh membantu dalam melawan keletihan yang berkaitan dengan migrain.

4. Kafein boleh membantu meningkatkan mood.

Migrain juga boleh menyebabkan perubahan pada mood. Individu yang sedang mengalami migrain sering berasa sakit, tidak selesa, rimas, letih dan kemurungan. Kafein boleh membantu meningkatkan mood, dan membantu dalam menguruskan perubahan mood yang disebabkan oleh migrain.

Jika anda mengalami migrain, dengan meminum sedikit kopi mungkin membantu. Sudah tentu, setiap orang berbeza dan kopi mungkin tidak serasi atau membantu sesetengah orang dalam mengawal migrain.

Namun jika anda mendapati bahawa kopi mampu membantu melegakan migrain anda, ia boleh menjadi rawatan yang berguna dalam mengawal migrain anda. 

Menggunakan Pek Ais

guna ais

Kadang-kadang jalan penyelesaian yang mudah dan ringkas mungkin yang terbaik. 

Ini kerana pek ais boleh dijadikan rawatan semulajadi yang mudah bagi membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan akibat migrain.

Suhu sejuk boleh menyebabkan reseptor mengesan kesakitan menjadi kebas dan juga membantu menyempitkan saluran darah, serta mengurangkan tekanan dan kesakitan.

Sudah tentu, anda tidak mahu meletakkan pek ais atau ketulan ais terus pada kulit, kerana ini boleh menyebabkan kesakitan dan keradangan pada kulit. Balut pek ais dengan tuala atau kain dan letakkan pada bahagian belakang leher, dahi atau antara kening anda.

Anda juga boleh cuba meletakkannya di atas dan belakang kepala untuk mengurangkan sakit kepala yang dihadapi. Biarkan rambut anda basah untuk mendapatkan rasa sejuk dan nyaman.

Biarkan pek ais di dalam peti ais sehingga ia betul-betul sejuk, kemudian keluarkannya dan biar dahulu untuk beberapa minit sebelum meletakkannya terus pada kulit anda. Ulangi jika perlu sehingga kesakitan berkurangan.

Apabila anda menggunakan pek ais sebagai rawatan migrain, anda akan rasa sejuk, nyaman dan selesa. Mula-mula anda akan rasa sejuk tetapi selepas beberapa lama, anda akan rasa lega.

Suhu sejuk juga mengurangkan aliran darah berhampiran tisu otak yang membantu mengurangkan rasa sakit.

Apabila menggunakan pek ais, pastikan ia tidak terlalu sejuk, kerana ini boleh memburukkan lagi kesakitan. Adalah sangat penting untuk membungkus pek ais dengan tuala atau kain bagi mengelakkannya daripada terkena secara langsung dengan kulit.

Minum Cuka Epal

cuka epal

Kita sering mendengar cuka epal boleh digunakan untuk merawat migrain. Tetapi adakah ia benar-benar berkesan?

Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa cuka epal mungkin membantu mengawal paras gula dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.

Oleh itu, ada kemungkinan ia boleh membantu mencegah sakit kepala atau migrain yang disebabkan oleh gula dalam darah atau masalah penghadaman.

Mari kita bincang dengan lebih lanjut bagaimana cuka epal membantu mencegah sakit kepala dan migrain yang disebabkan oleh gula dalam darah.

Pertama, adalah penting untuk memahami bagaimana gula dalam darah boleh menyumbang kepada sakit kepala dan migrain. Gula dalam darah adalah sumber tenaga utama untuk badan.

Tetapi apabila paras gula dalam darah menjadi terlalu tinggi, ia boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai hiperglisemia.

Hiperglisemia boleh menyebabkan beberapa gejala, termasuk sakit kepala dan migrain.

Jadi, bagaimana cuka epal boleh membantu?

Cuka epal dipercayai membantu mengawal paras gula dalam darah. Dalam satu kajian, penghidap diabetes yang mengambil cuka epal mendapati bahawa tahap gula darah menjadi lebih rendah selepas makan makanan yang berkarbohidrat tinggi.

Ia juga dianggap dapat membantu meningkatkan sensitiviti insulin. Insulin adalah hormon yang membantu badan menggunakan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Kerana salah satu simptom hiperglikemia ialah sakit kepala jadi dengan meminum cuka epal setiap hari boleh membantu mengurangkan sakit kepala yang diakibatkan oleh peningkatan gula dalam darah.

Terapi Bekam

bekam

Terapi bekam ialah teknik rawatan perubatan masyarakat Cina dari zaman dahulu. Teknik ini dilakukan dengan meletakkan cawan pada kulit untuk membuat sedutan. Penyedutan membantu meningkatkan aliran darah dan melegakan kesakitan.

Terdapat pelbagai jenis terapi bekam, tetapi jenis yang paling biasa digunakan untuk sakit kepala dan migrain dikenali sebagai fire cupping. Ini melibatkan medium api sebagai bahan pemanas cawan sebelum meletakkannya pada kulit.

Bekam api atau fire cupping dikatakan lebih berkesan untuk merawat sakit kepala dan migrain kerana ia membantu mengendurkan otot dan mengeluarkan toksin. Ia juga boleh membantu meningkatkan peredaran darah dan mengurangkan keradangan.

Terapi bekam biasanya dilakukan dalam beberapa sesi, dan kebanyakan orang memberitahu bahawa mereka rasa lebih lega selepas beberapa sesi sahaja.

Jika anda berminat untuk mencuba terapi bekam, anda boleh mencari pakar bekam yang bertauliah dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam dunia rawatan bekam. 

Terapi bekam umumnya dianggap selamat, tetapi terdapat beberapa risiko yang perlu anda tahu. Risiko yang paling biasa ialah lebam-lebam, yang biasanya bersifat sementara.

Mengambil Suplemen CoQ10 Untuk Mengurangkan Gejala Migrain

Q10

Terdapat banyak rawatan untuk migrain, tetapi salah satu cara yang sering jarang kita dengar ialah koenzim Q10 (CoQ10). CoQ10 ialah bahan seperti vitamin yang terdapat dalam setiap sel badan. Ia terlibat dalam penghasilan tenaga dan bertindak sebagai antioksidan.

Terdapat beberapa kajian tentang mengapa CoQ10 boleh membantu dalam merawat migrain. Satu teori menerangkan bahawa CoQ10 membantu dalam mengurangkan tahap bahan kimia yang dikenali sebagai CGRP.

Tahap CGRP cenderung lebih tinggi semasa serangan migrain, dan dianggap terlibat dalam kesakitan dan pembengkakan akibat migrain. Suplemen CoQ10 dapat mengurangkan tahap CGRP, dan ini mungkin salah satu sebab mengapa ia boleh membantu mencegah atau mengurangkan keterukan serangan migrain.

CoQ10 juga telah terbukti membantu melindungi mitokondria daripada kerosakan. Apabila mitokondria rosak, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan lain, termasuk migrain.

Ini kerana mitokondria yang rosak boleh meningkatkan kerosakan sel daripada radikal bebas yang berlebihan, dan CoQ10 bertindak sebagai antioksidan kuat yang membantu melindungi sel daripada kerosakan tersebut.

BACA  Anatomi, Fungsi Dan Struktur Buah Pinggang Manusia

Satu kajian yang dijalankan ke atas beberapa wanita dewasa dengan migrain episodik mendapati dos 400 mg sehari selama 3 bulan membantu mengurangkan keterukan, kekerapan dan tempoh serangan migrain.

CoQ10 boleh didapati dalam bentuk suplemen dan boleh didapati di kebanyakan farmasi. Ia nya selamat digunakan, tetapi seperti apa jua suplemen, anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor sebelum membuat keputusan untuk mengambilnya.

Mengambil Chamomile

Chamomile

Chamomile adalah herba semulajadi yang mempunyai sifat terapeutik dalam merawat. Salah satu sifat chamomile ialah keupayaannya untuk membantu melegakan migrain. Chamomile berfungsi dengan melegakan otot dan mengurangkan keradangan.

Terdapat beberapa cara yang berbeza untuk menggunakan chamomile untuk merawat migrain. Salah satu kaedah yang paling popular ialah dengan meminum teh chamomile. Teh chamomile mempunyai efek menenangkan dan boleh membantu mengurangkan keterukan migrain.

Anda boleh membuat teh chamomile dengan merendam teh chamomile dalam air panas dan minum ketika serangan migrain. Minum teh chamomile beberapa kali seminggu juga boleh membantu mencegah migrain daripada berlaku.

Satu lagi kaedah popular menggunakan chamomile untuk merawat migrain adalah dengan menyapunya ke dahi dalam bentuk kompres. Chamomile mempunyai sifat anti-radang yang boleh membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan yang diakibatkan oleh migrain.

Jika anda merasakan migrain anda disebabkan oleh tekanan, cubalah chamomile kerana ia sangat baik dalam membantu menenangkan sistem saraf. Ia juga boleh membantu meredakan sakit kepala dan gejala lain yang dialami bersama dengan migrain.

Ambil Vitamin B

vitamin B

Vitamin B sangat penting  untuk badan kita. Ini kerana antara fungsinya ialah menukar makanan kepada tenaga dan mensintesis neurotransmitter. Neurotransmitter terlibat dalam menghantar isyarat sakit, dan ketidakseimbangan dalam badan yang dikaitkan dengan serangan migrain.

Apabila badan mempunyai cukup nutrien penting ini, secara tidak langsung ia dapat membantu mengurangkan kekerapan serangan migrain.

Di samping itu, vitamin B juga dikenali dalam membantu melindungi badan daripada tekanan oksidatif. Tekanan oksidatif dianggap memainkan peranan penting dalam migrain, dan dengan pengambilan, vitamin B boleh membantu mengurangkan kekerapan serangan migrain terjadi.

Jadi bagaimana anda boleh mendapatkan vitamin B? Vitamin B ialah vitamin larut air yang terdapat dalam banyak makanan, termasuk daging, ayam, ikan, telur, produk tenusu, dan sayur-sayuran hijau berdaun. Ia juga boleh didapati dalam bentuk suplemen.

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pesakit migrain yang mengambil suplemen harian yang mengandungi gabungan vitamin B (termasuk asid folik, vitamin B6, dan vitamin B12) mempunyai kekerapan serangan migrain yang berkurangan.

Suplemen Vitamin B juga dikatakan berkesan dalam mengurangkan keterukan serangan migrain.

Terdapat beberapa penjelasan mengapa vitamin B berkesan dalam mengurangkan serangan migrain. Satu teori ialah vitamin B membantu mengurangkan tahap homocysteine ​​dalam darah.

Tahap homocysteine ​​yang tinggi telah dikaitkan dengan peningkatan risiko migrain, dan dianggap bahawa vitamin B boleh membantu memecahkan homocysteine ​​dan mengurangkan kandungannya dalam darah.

Vitamin B juga dikatakan dapat membantu meningkatkan fungsi saraf. Penghidap migrain selalunya mempunyai aktiviti otak yang kurang normal, maka vitamin B mampu membantu menormalkan aktiviti ini.

Walau apa pun mekanismenya, kajian telah menunjukkan bahawa vitamin B mampu merawat dan mengurangkan kekerapan dan keterukan serangan migrain.

Akupunktur 

akupuntur

Akupunktur dan urutan tekanan mungkin nampak sama tetapi ia berbeza dalam banyak cara.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, urutan tekanan menggunakan tekanan jari dan bukannya jarum untuk merangsang titik tertentu pada badan. Teknik ini menenangkan dan mampu membantu meningkatkan peredaran darah.

Akupunktur pula, dijalankan dengan memasukkan jarum nipis ke dalam kulit. Ini dipercayai dapat merangsang proses penyembuhan semula jadi badan dan melegakan kesakitan dengan cepat.

Satu kajian penyelidikan di Cochrane Library mendapati bahawa akupunktur berkesan dalam mengurangkan kesakitan dan kekerapan migrain bagi mereka yang menjalani rawatan akupunktur.

Peserta kajian yang telah menerima rawatan akupunktur mempunyai purata 2.2 kurang migrain sebulan berbanding mereka yang tidak menerima rawatan akupunktur.

Akupunktur dianggap membantu dalam merangsang pembebasan endorfin, yang merupakan bahan kimia semulajadi yang mampu melegakan kesakitan. Ia juga boleh membantu mengawal aktiviti sistem saraf.

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa akupunktur berkesan dalam mengurangkan penggunaan ubat tahan sakit untuk migrain.

Dalam satu kajian, pesakit yang menerima rawatan akupunktur mempunyai kurang keperluan untuk ubat tahan sakit dengan ketara berbanding mereka yang tidak menerima rawatan akupunktur.

Satu rawatan penuh akupunktur biasanya terdiri daripada enam hingga dua belas sesi. Rawatan biasanya diberikan sekali seminggu untuk beberapa minggu.

Jika anda ingin mencuba rawatan akupunktur sebagai rawatan migrain, anda dinasihatkan untuk mencari pakar akupunktur yang berdaftar dan berpengalaman.

Akupunktur merupakan rawatan yang selamat dan berkesan untuk migrain, tetapi sebelum anda ingin mencuba rawatan jenis ini, bincang dahulu dengan doktor dan kenali risiko serta kesesuaian rawatan dengan kesihatan badan anda.

Menggunakan Teknik Pernafasan Untuk Rasa Tenang

Teknik Pernafasan

Apabila anda mengalami serangan migrain, perkara terakhir yang anda mahu lakukan ialah berfikir tentang bagaimana anda bernafas setiap hari. Tetapi percaya atau tidak, cara anda bernafas sebenarnya boleh memberikan perbezaan dalam betapa teruknya migrain anda dan berapa lama ia boleh bertahan.

Teknik pernafasan boleh menjadi teknik yang berguna dalam membantu menguruskan migrain bagi sesetengah individu.

Ini kerana apabila kita mengambil nafas yang dalam dan perlahan, ia boleh membantu menurunkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah kita, dan secara tidak langsung membantu dalam mengawal migrain. 

Selain itu,mengambil nafas yang dalam boleh membantu melegakan otot badan dan mengurangkan sakit kepala jenis tekanan. Bagi sesetengah orang, tumpuan pada nafas mereka juga boleh membantu mengalihkan perhatian daripada kesakitan migrain.

Walaupun teknik pernafasan mungkin tidak terlalu berkesan untuk semua orang, ia boleh dicuba sebagai sebahagian daripada pelan pengurusan migrain.

Jadi, apabila anda merasakan migrain bakal menyerang, cuba salah satu daripada latihan pernafasan ini. Mungkin ia dapat membantu mengurangkan risiko serangan migrain anda.

Terdapat beberapa teknik pernafasan yang berbeza yang boleh anda cuba. Antaranya ialah:

1. Mengira Nafas Anda

Salah satu cara paling mudah untuk melakukan pernafasan berirama ialah dengan mengira nafas anda. Untuk melakukan teknik ini, anda hanya perlu fokus pada nafas anda dan kira setiap tarikan dan hembus. Anda boleh melakukan ini selama beberapa minit atau selama yang anda mahu.

2. Memberi tumpuan kepada mantra

Satu lagi cara untuk melakukan pernafasan berirama adalah dengan memberi tumpuan kepada mantra. Mantra ialah perkataan atau frasa yang anda ulangi kepada diri sendiri. Semasa anda bernafas, fokus pada mantra dan ulanginya kepada diri anda sendiri.

3. Menggambarkan suasana yang tenang dan damai

Satu lagi cara untuk meredakan kesakitan migrain adalah dengan bervisualisasi. Bayangkan pemandangan yang damai dan tenang, seperti pantai atau hutan. Semasa anda bernafas, fokus pada imej tersebut dan biarkan kedamaian pemandangan itu menyelubungi anda. Selesa bukan?

4. Kelonggaran otot progresif

Kelonggaran otot progresif adalah satu lagi cara yang berkesan untuk meredakan kesakitan migrain. Untuk melakukan teknik pernafasan ini, fokus pada satu kumpulan otot pada satu masa dan tegangkan kumpulan otot tersebut untuk beberapa saat, kemudian berehat. 

Ini hanyalah beberapa daripada pelbagai cara teknik pernafasan yang boleh anda cuba untuk mengurangkan kesakitan migrain. Anda boleh cuba antara teknik pernafasan di atas dan kenali yang mana satu sesuai dengan anda dalam membantu mengurangkan kesakitan dan gejala migrain anda. 

Cara Lain Yang Boleh Membantu Mencegah Punca Migrain?

Mencegah Punca Migrain

Apabila serangan migrain terjadi ia boleh melemahkan dan menjejaskan kualiti hidup seseorang dengan teruk. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, migrain adalah keadaan kesihatan ke-6 paling menyusahkan di seluruh dunia.

Migrain boleh menjadi sangat menyakitkan dan sering disertai dengan gejala lain seperti rasa loya, muntah, dan sensitif terhadap cahaya dan bunyi. Ia merupakan jenis sakit kepala yang mengganggu prestasi hidup serta aktiviti harian seseorang yang mengalaminya.

Terdapat perkara yang boleh dilakukan bagi membantu mencegah serangan migrain terjadi. Berikut adalah beberapa petua bagi mengelak daripada serangan migrain berulang:

1. Kenal pasti apa yang menyebabkan migrain anda terjadi

Salah satu perkara pertama yang boleh anda lakukan untuk membantu mencegah serangan migrain ialah mengenal pasti apa yang boleh menyebabkan anda mengalami migrain. Pencetus biasa termasuklah jenis makanan, tekanan, perubahan dalam corak tidur serta perubahan cuaca.

Menyimpan catatan mengenai serangan migrain boleh membantu anda mengenal pasti penyebabnya supaya anda boleh mengelakkannya daripada terjadi.

2. Menguruskan tekanan

Tekanan adalah penyebab biasa serangan migrain. Belajar menguruskan tekanan boleh membantu anda mengurangkan bilangan serangan migrain yang anda alami. Terdapat pelbagai teknik pengurusan tekanan yang boleh anda cuba, seperti meditasi, senaman relaksasi dan yoga.

3. Dapatkan tidur yang mencukupi

Perubahan dalam corak tidur juga boleh menyebabkan migrain. Pastikan anda cukup tidur dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Jika anda mengalami masalah tidur, cuba teknik relaksasi seperti relaksasi otot progresif atau teknik pernafasan.

4. Mengamalkan pemakanan dan diet yang sihat dan seimbang

Makan makanan yang sihat adalah penting untuk kesihatan keseluruhan dan juga membantu mencegah serangan migrain.

Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan migrain dan minum air yang mencukupi boleh membantu mencegah migrain. Kerap juga sakit kepala yang menyerang disebabkan oleh pemakanan yang kurang seimbang.

5. Bersenam

Bersenam boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan. Senaman dengan kerap juga boleh membantu mencegah serangan migrain.

6. Urus migrain anda

Jika anda mengalami migrain, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk menguruskan keadaan kesihatan dan migrain anda.

Ini termasuklah menyimpan catatan migrain dengan mengenali simptom dan penyebab, mempelajari teknik pengurusan tekanan yang betul, dan mencuba rawatan terapi yang telah disenaraikan dalam artikel ini. 

7. Mendapatkan bantuan perubatan

Jika semua rawatan kurang berkesan dan migrain dan sakit kepala yang anda hadapi sangat kerap atau teruk, terus lah berjumpa dengan doktor.

Doktor boleh membantu mengenal pasti punca migrain dan mengesyorkan cara merawat yang sesuai untuk menghalang dan mengurangkan kekerapan penyakit migrain terjadi.

Kesimpulannya

Secara kesimpulan, rawatan semulajadi untuk merawat migrain adalah cara yang terbaik kerana anda tidak perlu bergantung dengan ubat. Jika anda terpaksa dan ada mengambil ubat anda juga boleh mengambil bersama dengan rawatan semulajadi yang telah kami kongsikan di atas.

Segala rawatan dan teknik alternatif yang telah kami kongsi di atas bertujuan untuk membantu pesakit migrain membuat pilihan selain daripada ubat-ubatan yang boleh memudaratkan atau memberi kesan terhadap kesihatan jika ianya diambil tanpa kawalan dan berlebihan.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin mencuba salah satu rawatan semulajadi yang telah kami kongsi, dan anda juga sedang mengambil ubat, anda boleh berbincang dengan doktor terlebih dahulu. 

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

nineteen − eight =