10 Bukti Kebaikan Cendawan Lingzhi

Kongsi artikel ini

Ganoderma lucidum atau Lingzhi merupakan cendawan ubat yang sangat terkenal di China, Japan, Korea dan di negara-negara Asia yang lain. Ia telah diuji dan dikaji di dalam dunia perubatan moden dan industri kajian farmakologi sejak 30 tahun yang lepas.

Di dunia moden sekarang ini, cendawan reishi atau Lingzhi lebih terkenal dan diketahui ramai kerana ia memiliki banyak khasiat kepada kesihatan manusia. Banyak kajian telah membuktikan kebaikan cendawan Lingzhi atau reishi ini dalam meningkatkan fungsi hati, fungsi otak, membantu dalam masalah kesukaran tidur dan juga di gunakan sebagai ubat tambahan dalam merawat barah.

Industri farmakological moden dan ujian klinikal telah membuktikan bahawa Lingzhi sangat berkesan dalam menghalang dan merawat pelbagai jenis penyakit. Dan cendawan Lingzhi juga mempunyai banyak kelebihan. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan sepuluh kebaikan Lingzhi yang telah terbukti dan disokong oleh kajian dari pakar perubatan.

Apa yang penting ialah maklumat yang kami cuba sampaikan ini adalah bertujuan sebagai rujukan sahaja, jika anda mempunyai penyakit yang serius adalah sangat penting untuk anda mendapatkan rawatan dan nasihat dari doktor terlebih dahulu sebelum mencuba mana-mana produk berasaskan Lingzhi.

Berikut merupakan sepuluh kebaikan Lingzhi kepada kesihatan yang berkesan – dan ini secara langsung membuktikan cendawan Lingzhi adalah cendawan terbaik untuk tujuan perubatan alternatif.

1. Lingzhi sebagai rawatan anti-depresan (anti-kemurungan)

murung
anti-kemurungan

Kebaikan pertama cendawan Lingzhi ialah sebagai antidepresan atau anti-keresahan. Terdapat kes di mana ekstrak Lingzhi digunakan bersama dengan rawatan barah. Ia telah dapat membantu pesakit barah yang menjalani rawatan mengatasi masalah kemurungan dan kegelisahan ketika dalam rawatan.

Bukan sahaja ekstrak Lingzhi tersebut melawan kanser tetapi juga membantu pesakit berasa kurang murung dan gelisah.

Ini berlaku kerana Lingzhi dapat membantu dalam meningkatkan gelombang alpha di dalam otak kita. Ini adalah sangat penting kerana ia dapat memberikan perasaan damai dan tenang tanpa rasa mengantuk, berbeza dengan ubat-ubatan.

Kajian bagaimana Lingzhi membantu dengan masalah kemurungan 
Serbuk Spore Ganoderma lucidum mengurangkan keletihan pesakit barah payudara yang menjalani Terapi Endokrin

2. Lingzhi sebagai imunomodulator

Lingzhi sebagai imunomodulator
imunomodulator

Manfaat kedua yang berkaitan dengan suplemen ekstrak cendawan Lingzhi ini adalah ia juga bertindak sebagai imunomodulator. Apakah yang dimaksudkan dengan imunomodulator?

Pada dasarnya, Lingzhi akan bertindak sebagai pelindung perangsang sistem imunasi kita – ia akan merangsang pengeluaran sel-sel imun baru, dan mengurangkan atau menghalang pengeluaran sel-sel imun tertentu bergantung kepada apa yang tubuh badan kita perlukan.

Bagi mereka yang menghidap penyakit autoimun, mereka lebih cenderung mengalami rangsangan dan pengeluaran berlebihan sel-sel imun baru dari beberapa jenis sel darah putih walaupun sel-sel tersebut sebenarnya menyerang tisu-tisu dalam badan mereka.

Dalam kes-kes seperti ini, mereka memerlukan pengaturan sel-sel yang lebih rendah, jadi Lingzhi dapat menghantar isyarat ke tubuh mereka untuk mengatur produksi sel-sel tersebut. Lingzhi juga sebenarnya boleh bertindak sebagai perangsang untuk merangsang pengeluaran lebih banyak sel imun, bagi mereka yang tidak mempunyai masalah sistem imun.

Penyelidikan Ganoderma lucidum mycelia dalam meningkatkan sistem imuniti

3. Lingzhi mempunyai antioksidan yang tinggi

Lingzhi mempunyai antioksidan yang tinggi
antioksidan

Manfaat ketiga cendawan Lingzhi adalah sifat antioksidan dan anti-radangnya. Pada dasarnya, Reishi adalah anti-radang dan antioksidan yang kuat dan baik. Antioksidan secara keseluruhannya menghalang pengoksidaan daripada berlaku.

Sekiranya anda tidak tahu, pengoksidaan boleh membuat anda nampak tua, dan ia boleh membuat kerosakan kepada DNA, serta boleh menyebabkan barah dan penyakit lain.

Jadi, dengan mengamalkan pengambilan suplemen Lingzhi, dapat membantu dalam proses anti penuaan dan bertindak sebagai antioksidan. Tambahan lagi, Lingzhi mempunyai kandungan anti-radang yang tinggi.

Jadi jika anda seorang yang mempunyai keradangan sistemik seperti masalah sendi, radang kulit atau apa-apa sahaja yang berkenaan dengan radang, Lingzhi dapat mengurang dan mengawal masalah radang yang anda hadapi.

Kajian mengenai kesan Hematologi dan antioksidan Lingzhi

4. Lingzhi mempunyai kandungan pencegahan kanser yang tinggi

lingzhi anti kanser
anti kanser

Lingzhi mempunyai banyak kebaikan dalam bidang perubatan. Salah satu kebaikannya yang kita ketahui ialah ia mampu membantu dalam meningkatkan sistem imunisasi badan. Oleh yang demikian, ia boleh menghalang dari pembentukan kanser di dalam badan kita.

BACA  8 Khasiat Kunyit Yang Wajib Anda Tahu Dan Bagaimana Ia Bermanfaat Dalam Melawan Penyakit Dan Memelihara Tubuh Badan

Kajian juga menunjukkan bahawa Lingzhi membantu menyokong pesakit barah ketika ia digunakan sebagai suplemen tambahan bersama dengan rawatan kanser yang lain. Lingzhi merangsang sel-sel dalam sistem imunisasi badan seperti limfosit T, limfosit B, sel dendritik, makrofag, dan sel pembunuh semula jadi.

Lingzhi dapat menghalang risiko pertumbuhan tumor dan mengurangkan keupayaan tumor daripada merebak. Ia bertindak dengan menghentikan pertumbuhan saluran darah baru kepada tumor lalu menghalang pembentukan tumor dan migrasi sel terjadi.

Selain itu, ujian makmal juga menunjukkan bahawa triterpen yang terkandung di dalam cendawan Lingzhi juga mungkin mempunyai sifat melawan kanser. Ini adalah salah satu sebab mengapa makanan kaya dengan kandungan antioksidan berwarna cerah atau pahit, mempunyai reputasi untuk meningkatkan kesihatan dan sistem imun badan kita.

Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi atau radioterapi memberi reaksi lebih positif dengan Lingzhi

5. Kesan Lingzhi terhadap kesihatan buah pinggang

Lingzhi terhadap kesihatan buah pinggang
kesihatan buah pinggang

Cendawan merupakan sumber Vitamin D yang sangat baik. Ia penting untuk mengatur fungsi buah pinggang dan membantu mencegah penyakit buah pinggang terjadi. Lingzhi, khususnya, berpotensi meningkatkan fungsi buah pinggang seperti apa yang telah dibuktikan melalui beberapa kajian saintifik dan perubatan yang telah dilakukan.

Menurut satu kajian perubatan yang telah dijalankan, ketika Reishi digunakan pada pesakit yang mempunyai kegagalan buah pinggang, telah menunjukkan kesan yang positif. Para saintis mengaitkannya dengan sebatian antioksidan aktif dalam cendawan Lingzhi yang dikenali sebagai Lingzhilactone B.

Lingzhi juga membantu dengan masalah proteinuria – yang juga merupakan salah satu daripada simptom-simpton penyakit buah pinggang. Dalam satu kajian, Lingzhi menyebabkan buah pinggang menjadi kurang telap. Ini terbukti dapat membantu mengurangkan kandungan protein dalam air kencing.

Ia juga menghentikan pengikisan membran luar podosit, yang merupakan sel penting glomerulus buah pinggang.

Lingzhi membantu mengurangkan ketidakseimbangan sistem imun badan dan mengurangkan masalah proteinuria

6. Lingzhi dapat melindungi kulit

Lingzhi Dapat Melindungi Kulit
melindungi kulit

Cendawan Lingzhi dapat membuang toksin di dalam badan di samping mengurangkan tanda-tanda awal penuaan seperti pigmentasi dan garis-garis halus. Cendawan Lingzhi tinggi dengan kandungan beta-glukan dan rantai molekul glukosa yang bertanggungjawab dalam memberikan kelembapan kepada kulit. Ini dapat membuatkan kulit kelihatan lembap dan sihat.

Komponen hidrator di dalam Lingzhi membantu membentuk lapisan pelindungan yang menghalang pelembap semula jadi di dalam kulit keluar. Apabila kita terdedah dengan sinaran UV dan cahaya matahari setiap hari, kulit kita mula kelihatan kusam, letih dan kering.

Dengan menjaga tahap ceramide di dalam kulit kita dengan pengambilan Lingzhi, kulit kita akan kurang terjejas dan terkesan dengan keadaan persekitaran.

Ganoderma lucidum menarik perhatian seluruh dunia kerana aktiviti biologi dan potensi besarnya sebagai ramuan dalam perawatan kulit

7. Lingzhi untuk penjagaan prostat

Lingzhi untuk penjagaan prostat
penjagaan prostat

Dalam perubatan tradisional Cina ada merujuk kepada cendawan reishi (Ganoderma lucidum) sebagai “fungi bertuah”. Ini kerana keupayaan dan kebaikannya dalam membantu mengurangkan masalah prostat di kalangan kaum lelaki. Kita sedia maklum bahawa masalah prostat merupakan salah satu masalah utama yang terjadi kepada kaum lelaki di Malaysia.

Statistik daripada ‘Malaysia National Cancer Registry Report’ pada 2012 hingga 2016 menunjukkan, kanser prostat adalah kanser ketiga tertinggi dihidapi lelaki iaitu 8,873 kes bagi setiap 100,000 populasi lelaki.

Para saintis, yang diketuai oleh Dr Ben-Zion Zaidman dari Institut Evolusi Universiti, mendapati bahawa molekul yang diekstrak dari Ganoderma lucidum menyekat tindakan androgen hormon seks lelaki ke atas sel barah.

Beberapa kajian juga telah dilakukan untuk meneliti bagaimana Lingzhi boleh bermanfaat untuk membantu mengurangkan risiko barah prostat kerana kesannya pada hormon testosteron.

Kesan anti-kanser triterpen dari Ganoderma lucidum pada sel barah prostat manusia

8. Lingzhi menyokong fungsi hati dan jantung yang sihat

Lingzhi menyokong fungsi hati dan jantung yang sihat
menyokong fungsi hati dan jantung yang sihat

Dalam perubatan tradisional Cina, Lingzhi digunakan untuk menstabilkan Qi, menenangkan fikiran dan melegakan batuk dan juga asma.

BACA  13 Khasiat Epal Hijau Yang Wajib Anda Tahu Kalau Nak Kurangkan Berat Badan Dan Kekal Sihat

Lingzhi mempunyai kebaikan yang meluas dalam perubatan tradisional. Ini kerana dalam konsep perubatan Cina, Lingzhi menembusi dan bekerja pada lima organ utama manusia, dan ia digunakan dalam membantu mengurangkan gangguan organ utama badan seperti – jantung, paru-paru, hati, pankreas, dan ginjal.

Lingzhi juga mampu melindungi hati dari kerosakan oleh pelbagai faktor fisiologi dan biologi. Ia mempercepat metabolisme ubat dan membuang bahan toksik di hati – membantu melegakan keradangan hati akibat toksik. Lingzhi juga sesuai digunakan sebagai rawatan tambahan untuk mengubati penyakit hati yang kronik.

Kajian dan eksperimen klinikal mengesahkan bahawa lingzhi membantu melancarkan arteri koronari, meningkatkan aliran darah saluran koronari, meningkatkan peredaran pada kapilari otot jantung, meningkatkan bekalan oksigen dan tenaga ke otot jantung.

Lingzhi sebagai cendawan ajaib
Kesan Pencegahan dan Terapi Ganoderma (Lingzhi) Terhadap Masalah Hati

9. Lingzhi membantu mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan masalah keradangan

Lingzhi membantu mengurangkan penyakit yang berkaitan dengan masalah keradangan
membantu masalah keradangan

Kerana Lingzhi mempunyai sifat yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan seseorang, ia dapat memberi manfaat kepada mereka yang mempunyai penyakit yang berkaitan dengan keradangan.

Satu kajian pada tahun 2014 menunjukkan bahawa Lingzhi dapat membantu mengatasi masalah sakit radang, keradangan kulit, alergi dan juga asma.

Pesakit yang bergantung pada NSAID mungkin tidak boleh terus berhenti daripada menggunakannya, tetapi Lingzhi boleh memberikan lebih banyak faedah semula jadi berbanding NSAID tanpa memberikan kesan sampingan yang boleh membahayakan kesihatan.

Institut Sains dan Teknologi Korea (KIST) melakukan penyelidikan yang meluas mengenai bagaimana khasiat Lingzhi memberikan kesan anti-radang, anti-diabetes, dan antioksidan.

Mereka mendapati bahawa mengeringkan cendawan pada pelbagai suhu boleh menghasilkan hasil yang berbeza. Mengeringkan Lingzhi dengan udara panas pada suhu 60 c menghasilkan hasil yang lebih baik untuk tujuan anti-radang. Setelah beberapa ujian yang dilakukan, menunjukkan bahawa Lingzhi mempunyai nilai yang baik sebagai agen anti-radang untuk kulit.

Tindak Balas Radang dan Alergi menggunakan Fungi Farmakologi Ganoderma Lucidum

10. Lingzhi memberi manfaat kepada sistem pencernaan

Lingzhi memberi manfaat kepada sistem pencernaan
manfaat kepada sistem pencernaan

Pengambilan ekstrak cendawan Lingzhi boleh membantu dalam menghalang perkembangan tisu lemak, radang usus dan pengumpulan bakteria berbahaya dalam aliran darah.

Menurut satu kajian, Lingzhi berfungsi seperti probiotik untuk usus, yang memberikan manfaat kepada sistem pencernaan dengan beberapa cara. Pertama, Lingzhi membantu meningkatkan kemampuan seseorang untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Kedua, ia dapat membantu menenangkan keradangan kronik dalam sistem pencernaan, lalu meningkatkan kesihatan usus secara keseluruhan.

Komponen yang disebut polisakarida, yang merupakan sebatian aktif yang terdapat pada herba Lingzhi, dapat mengubah nisbah bakteria supaya usus menjadi lebih sihat. Oleh yang demikian, Lingzhi juga dapat meningkatkan kesihatan perut untuk mereka yang mengalami masalah kegemukan.

Lingzhi boleh mengubah bakteria usus menjadi lebih baik

Kesimpulannya

Apa yang dapat kita fahami dari penerangan di atas ialah, selama berabad-abad penggunaan Lingzhi dalam perubatan tradisional, ia mempunyai kesan yang luar biasa dalam menyeimbangkan sistem pertahanan tubuh badan kita. Ini bermaksud bahawa Lingzhi membantu sistem dalam badan kita berfungsi dengan baik.

Ia membantu tanpa menganggu sistem pertahanan tubuh badan terutama apabila badan kita bertindak balas dengan elemen-elemen di persekitaran kita.

Penggunaan yang konsisten dalam perubatan tradisional menunjukkan bahawa Lingzhi dapat membantu mengimbangi lemak dalam darah, baik untuk sistem kardiovaskular kita, serta meningkatkan detoksifikasi hati, dan juga mengatur kortisol dalam badan untuk membantu fungsi adrenal kita.

Kerana Lingzhi mengandungi antioksidan yang luar biasa, dalam sesetengah budaya ia dikenali dapat membantu memanjangkan umur kerana ia dapat memberikan kesihatan yang baik. Kesimpulannya, Lingzhi adalah suplemen yang selamat dan berkesan untuk meningkatkan sistem imun dan sistem dalam badan kita secara menyeluruh.

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

eight − 5 =