Buah Pinggang Bocor – Ketahui Punca Dan Cara Menanganinya

Apakah yang dimaksudkan dengan buah pinggang bocor?

Gejala buah pinggang bocor atau dikenali juga sebagai Sindrom Nefrotik adalah kelompok gejala yang menunjukkan buah pinggang anda tidak berfungsi dengan baik dan sepatutnya.

Antara simptom-simptom nya ialah kandungan protein yang tinggi dalam air kencing, kencing berbuih, tidak cukup protein dalam darah, terlalu banyak lemak atau kolesterol dalam darah dan bengkak air. Ia manifestasi sebagai tetrad:

Proteinuria – Protein dalam air kencing yang melebihi 3.5 gram sehari

Hiperlipidemia – Peningkatan tahap lipid dalam darah

Hypoalbuminemia – Kekurangan albumin dalam darah, sering terjadi kepada mereka yang sudah lanjut usia

Edema periferal – Bengkak pada bahagian bawah kaki atau tangan

Sesiapa sahaja boleh mendapat buah pinggang bocor tetapi ia lebih cenderung terjadi kepada kaum lelaki berbanding dengan kaum wanita. Ia juga boleh terjadi kepada kanak-kanak yang berusia di antara 2 hingga 6 tahun tetapi ini jarang-jarang terjadi.

Terdapat faktor lain yang boleh meningkatkan risiko buah pinggang bocor terjadi, antaranya ialah:

  • Mempunyai penyakit yang menyerang buah pinggang seperti FSGS, lupus, atau diabetes
  • Mengambil ubat tertentu seperti ubat anti-radang non-steroid (NSAIDS) atau antibiotik
  • Mempunyai jangkitan seperti HIV, hepatitis B dan C, atau malaria

Apakah Yang Terjadi Apabila Anda Mengalami Masalah Buah Pinggang Bocor?

Apakah Yang Terjadi Apabila Anda Mengalami Masalah Buah Pinggang Bocor?
Masalah Buah Pinggang Bocor

Masalah buah pinggang bocor biasanya disebabkan oleh kerosakan pada kelompok saluran darah kecil (glomeruli) pada buah pinggang anda. Ini khususnya kepada sel yang dikenali sebagai podosit, yang biasanya membantu mencegah kehilangan protein.

Jadi apabila podosit, yang mengekalkan penghalang penapisan glomerular, rosak di dalam glomerulus, protein boleh menembusi tubulus nefron (unit fungsi buah pinggang) di mana fenomena ini tidak seharusnya berlaku.

Protein bergerak melalui tubulus nefron dan akan menjadi sebahagian daripada air kencing. Sekiranya terdapat kehilangan protein lebih daripada 3.5 gram dalam 24 jam, maka masalah buah pinggang bocor boleh terjadi.

Glomeruli menyaring darah semasa ia melalui buah pinggang anda, mengasingkan benda yang diperlukan oleh badan dan yang tidak diperlukan.

Glomeruli yang sihat menjaga protein darah (terutamanya albumin) — yang diperlukan untuk mengekalkan jumlah cecair yang tepat di dalam badan anda — dari meresap ke dalam air kencing. Apabila rosak, glomeruli membenarkan terlalu banyak protein darah keluar dari badan, yang berlakunya masalah buah pinggang bocor.

Masalah buah pinggang bocor juga boleh menyebabkan keradangan dan kerosakan pada glomerulus. Keradangan dan kerosakan ini boleh disebabkan oleh sel imun, antibodi, protein pelengkap, kompleks imun, hipertensi dan sklerosis.

Apa yang Menyebabkan Buah Pinggang Bocor?

Apa yang Menyebabkan Buah Pinggang Bocor
Penyebab Buah Pinggang Bocor

Terdapat banyak kemungkinan yang menyebabkan masalah buah pinggang bocor terjadi. Biasanya masalah ini terjadi apabila terdapat gangguan kesihatan yang berupaya merosakkan glomerulus dan mempengaruhi fungsi ginjal.

Beberapa penyakit yang boleh mengakibatkan kerosakan glomerular dan menyebabkan masalah buah pinggang bocor terjadi, antaranya ialah:

FSGS: Dalam FSGS, luka berlaku di bahagian glomeruli. FSGS berlaku lebih kerap pada lelaki berbanding wanita dan mempunyai kelaziman yang lebih tinggi di kalangan orang Afrika Amerika.

Nefropati membran: Gangguan ginjal ini terjadi apabila membran menebal di dalam glomeruli. Kejadian ini terjadi disebabkan oleh simpanan yang dibuat oleh sistem imun. Ia boleh juga disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan kerana penyakit lain seperti lupus, hepatitis B, malaria dan barah, dan juga boleh terjadi disebabkan faktor-faktor lain.

Penyakit perubahan minimum: Ini adalah penyebab sindrom buah pinggang bocor yang paling biasa terjadi kepada kanak-kanak. Penyakit perubahan minimum mengakibatkan fungsi ginjal yang tidak normal. Tetapi ketika tisu ginjal diperiksa di bawah mikroskop, ia kelihatan normal atau hampir normal. Punca fungsi tidak normal biasanya tidak dapat dipastikan.

BACA  Punca Dan Pelbagai Jenis Sakit Kepala: Ketahui Cara dan Rawatan Bagi Melegakan Sakit Kepala Anda

Membranoproliferatif glomerulonephritis (MPGN): Sistem kekebalan tubuh menyerang sel di buah pinggang, merosakkan glomeruli. Kadang-kadang, penyakit lain, seperti hepatitis C, juga boleh menyebabkan MPGN terjadi.

Lupus eritematosus sistemik: Penyakit keradangan kronik ini boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang yang serius

Lupus eritematosus sistemik adalah penyebab sekunder sindrom nefrotik atau buah pinggang bocor. Ini termasuklah diabetes, jangkitan seperti hepatitis B, hepatitis C, atau HIV,  Barah, dan penyakit seperti Hodgkin.

Komplikasi Daripada Sindrom Buah Pinggang Bocor / Nefrotik

Komplikasi Daripada Sindrom Buah Pinggang Bocor _ Nefrotik
Komplikasi Buah Pinggang Bocor

Komplikasi sindrom buah pinggang bocor atau nefrotik termasuklah:

Risiko jangkitan meningkat

Mereka yang mempunyai masalah buah pinggang bocor mempunyai risiko jangkitan tinggi. Kehilangan protein juga boleh menyebabkan kekurangan antibodi. Apabila antibodi berkurangan mereka tidak mempunyai mekanisme daya tahan yang mampu mengelak dari terkena jangkitan.

Kemungkinan jangkitan ialah radang paru-paru, jangkitan paru-paru; selulitis, masalah kulit; peritonitis, jangkitan pada perut; dan meningitis, jangkitan otak dan juga kepada tulang belakang.

Kolesterol dalam darah dan trigliserida darah juga meningkat

Apabila tahap protein protein dalam darah kita menurun, hati akan menghasilkan lebih banyak albumin. Dan pada masa yang sama, hati akan menghasilkan lebih banyak kolesterol dan trigliserida daripada biasa.

Kehilangan kandungan protein seperti albumin, dalam darah, boleh mengakibatkan masalah hipoproteinemia terjadi. Lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai tahap protein yang sangat rendah.

Oleh itu, kurang protein maka kurang lah albumin dalam darah yang boleh menyebabkan hati menghasilkan lebih banyak protein untuk distabilkan. Oleh itu, hati yang bekerja secara berlebihan bukan sahaja menghasilkan protein seperti albumin, tetapi juga menghasilkan kolesterol.

Walaupun penghasilan kolesterol tidak diperlukan, ia tetap akan terjadi, mengakibatkan kadar kolesterol dalam darah meningkat.

Masalah darah beku

Ketidakupayaan glomeruli untuk menyaring darah dengan betul boleh menyebabkan kehilangan protein darah yang membantu mencegah masalah darah beku. Ini boleh meningkatkan risiko anda mengalami pembekuan darah di urat di dalam badan.

Ini biasanya berlaku pada urat kaki dan kadang-kadang pada urat buah pinggang. Gumpalan darah juga boleh masuk ke bahagian paru-paru dan menyebabkan sakit dada, sesak nafas ataupun batuk berdarah.

Kegagalan buah pinggang

Tanpa rawatan, buah pinggang mungkin gagal berfungsi. Apabila masalah ini terjadi, akan berlaku kehilangan fungsi ginjal secara tiba-tiba atau sementara.

Sekiranya buah pinggang anda kehilangan keupayaan untuk menyaring darah kerana kerosakan pada glomeruli, sisa buangan dapat berkumpul dengan cepat dalam darah anda.

Sekiranya ini berlaku, anda mungkin memerlukan dialisis kecemasan – kaedah buatan untuk mengeluarkan cecair dan sisa buangan dari darah anda – biasanya dengan menggunakan mesin ginjal tiruan (dialyzer).

Tekanan darah tinggi

Kerosakan pada glomeruli anda dan pengumpulan cecair badan yang berlebihan boleh meningkatkan tekanan darah anda. Juga dikenali sebagai hipertensi – iaitu keadaan di mana darah mengalir melalui saluran darah dengan tekanan yang lebih tinggi daripada biasa.

Ginjal yang sihat menghasilkan hormon yang disebut aldosteron untuk membantu tubuh mengatur tekanan darah. Kerosakan buah pinggang dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal masing-masing menyumbang kepada keadaan kesihatan badan yang tidak baik.

Diet dan nutrisi yang lemah

Kehilangan protein darah yang terlalu banyak boleh mengakibatkan kekurangan zat dan nutrisi makanan. Ini boleh menyebabkan penurunan berat badan, yang mungkin dikesan sebagai edema. Anda juga mungkin akan mengalami masalah sedikit sel darah merah (anemia), tahap protein darah rendah dan juga kekurangan tahap vitamin D.

ANCA Vasculitis (Anti-Neutrophilic Cytoplasmic Autoantibodies)

Pembuluh darah kecil di buah pinggang dan organ lain diserang oleh antibodi badan yang sepatutnya berfungsi untuk melawan kuman, bakteria dan virus. Apabila ini terjadi, darah dan protein bercampur dengan air kencing dan menyebabkan terjadinya masalah kegagalan buah pinggang.

BACA  Cara Rawat Gout Secara Semulajadi

Antara ciri-ciri simptom Vaskulitis ANCA ialah demam panas, air kencing berwarna kuning pekat atau sedikit kecoklatan, sakit-sakit sendi dan lemah otot, keletihan dan kelesuan dan merasa sakit-sakit badan.

Rawatan Sindrom Buah Pinggang Bocor

Rawatan Sindrom Buah Pinggang Bocor
Rawatan Buah Pinggang Bocor

Rawatan khusus masalah buah pinggang bocor bergantung kepada puncanya. Tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan proteinuria dan mencegah kerosakan kekal kepada buah pinggang.

Adalah sangat penting untuk memastikan keadaan darah tinggi dan diabetes anda terkawal kerana jika dibiarkan akan menyebabkan penyakit buah pinggang terjadi.

Sekiranya anda menghidap penyakit diabetes, mengawalnya bererti memastikan gula dalam darah anda berada dalam kadar yang sihat, mengambil ubat seperti yang disarankan oleh doktor, mengamalkan pemakanan yang sihat dan rajin bersenam.

Jika anda mempunyai tekanan darah tinggi, doktor anda mungkin akan memberitahu anda untuk mengambil ubat untuk membantu menurunkan tekanan darah. Ini bertujuan untuk melindungi buah pinggang anda daripada kerosakan yang lebih kritikal.

Jenis ubat yang dapat membantu tekanan darah dan proteinuria disebut sebagai angiotensin-converting enzyme inhibitors (ACE inhibitors) dan angiotensin receptor blockers (ARBs).

Terdapat juga rawatan lain yang boleh dilakukan  untuk mengatasi gejala, komplikasi dan penyebab sindrom buah pinggang bocor. Ini termasuklah:

  • Diuretik (tablet air) untuk mengurangkan bengkak air
  • Ubat penurun kolesterol seperti statin
  • Antibiotik, untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit
  • Steroid, untuk membantu menyembuhkan kerosakan pada glomeruli
  • Imunosupresan
  • Mengehadkan garam dan mengelakkan pengambilan air yang berlebihan
  • Ubat yang dipanggil ACE Inhibitor dan ARB digunakan untuk mengurangkan tekanan pada glomeruli dan untuk mengurangkan kehilangan protein
  • Rawatan antikoagulan untuk mengurangkan risiko trombosis

Tindak balas dan penerimaan seseorang individu dengan individu yang lain terhadap rawatan adalah berbeza. Ia bergantung kepada penyebab utama sindrom buah pinggang bocor. Sesetengah orang memberi tindak balas yang positif terhadap rawatan yang menggunakan steroid hanya dengan satu kali rawatan. Dan ada yang mungkin memerlukan rawatan lebih dari sekali.

Kaedah Alternatif Untuk Mengurus Atau Mencegah Masalah Sindrom Buah Pinggang Bocor

Kaedah Alternatif Untuk Mengurus Atau Mencegah Masalah Sindrom Buah Pinggang Bocor
Kaedah Alternatif Untuk Mencegah Buah Pinggang Bocor

Tujuan utama merawat buah pinggang bocor melalui rawatan semulajadi adalah untuk mengurangkan risiko penyakit lain seperti penyakit kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Perubahan gaya hidup sihat juga memberi banyak manfaat kepada tubuh badan serta dapat menurunkan risiko penyakit ginjal kronik.

Apakah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan buah pinggang yang sihat?

  • Mengamalkan gaya hidup sihat
  • Diet yang seimbang
  • Kurangkan stress
  • Kurangkan makanan yang berlemak
  • Kurangkan pengambilan garam
  • Kekal aktif secara fizikal
  • Berhenti merokok
  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Mengekalkan tahap gula dalam darah yang sihat

Kesimpulannya

Apabila air kencing mempunyai kandungan protein yang tinggi ia boleh menyebabkan masalah buah pinggang bocor terjadi, atau ia mungkin tanda awal penyakit buah pinggang. Anda mungkin lebih berisiko memilikinya jika anda mempunyai satu atau lebih faktor risiko penyakit buah pinggang, seperti:

  • Diabetes
  • Tekanan darah tinggi
  • Sejarah keluarga penyakit buah pinggang

Ambil langkah pencegahan untuk mengelak masalah kegagalan buah pinggang terjadi. Perkara paling penting yang boleh anda lakukan adalah mengawal tahap diabetes dan tekanan darah tinggi anda.

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

4 × two =