Tanda Sakit Buah Pinggang – Kenali Simptom Sakit Buah Pinggang Yang Anda Mungkin Tidak Tahu

Kongsi artikel ini
Tanda Sakit Buah Pinggang
Tanda Sakit Buah Pinggang

Sakit buah pinggang terjadi kepada berpuluh ribu orang di Malaysia. Ia terjadi kerana disebabkan oleh beberapa faktor dan penyakit lain.

Setiap orang dilahirkan dengan dua buah pinggang yang berfungsi menapis sisa dari badan. Ia juga bertanggungjawab menghasilkan hormon khusus untuk pengaturan sistem tubuh dan mengatur kadar kimia dalam darah.

Apabila kegagalan buah pinggang mula mengalami masalah untuk berfungsi, bahagian yang akan teruk terjejas ialah sistem penapisan.

Ini bermaksud bahawa simptom sakit buah pinggang biasanya berkaitan dengan reaksi badan terhadap pengumpulan sisa buangan dalam badan kita.

Kerana badan kita mampu berfungsi menggunakan hanya satu buah pinggang, tanda sakit buah pinggang mungkin tidak dapat dikesan sehingga terjadinya kerosakan yang teruk pada organ lain. Oleh yang demikian, National Kidney Foundation Malaysia mengesyorkan supaya semua individu menjalani sekurang-kurangnya tiga ujian untuk memeriksa masalah buah pinggang.

Antara ujian yang dijalankan ialah memeriksa air kencing untuk menguji tahap kandungan protein dalam air kencing, memantau tekanan darah dan ujian darah untuk mengukur kadar penapisan glomerular (GFR).

Sekiranya pemeriksaan tidak dilakukan, kemungkinan kegagalan buah pinggang boleh terjadi. Ini lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai masalah penyakit lain seperti diabetes. Kenali tanda buah pinggang bermasalah supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang segera bagi mengurangkan risiko buah pinggang rosak.

Penyakit Buah Pinggang

Penyakit Buah Pinggang

Terdapat sekurang-kurangnya enam tanda-tanda sakit buah pinggang peringkat awal. Ini merupakan tanda dan gejala yang menunjukkan buah pinggang anda bermasalah dan mungkin merupakan tanda-tanda buah pinggang rosak.

Ini termasuklah:-

  • kerap kencing
  • sakit pinggang
  • terdapat darah dalam air kencing
  • tekanan darah tinggi
  • bengkak di sekitar mata, kaki dan tangan
  • sakit di bahagian punggung

Simptom-simptom ini mungkin juga berkaitan dengan proses penyakit lain. Sebagai contoh, poliuria, atau kekerapan membuang air kecil dengan kerap, juga merupakan gejala diabetes. Sakit ketika membuang air kecil juga boleh disebabkan oleh gejala jangkitan pundi kencing atau saluran kencing.

Tekanan darah tinggi boleh menjadi punca penyakit buah pinggang. Masalah tekanan darah tinggi boleh mempengaruhi keadaan kesihatan buah pinggang kita. Sebab itu adalah penting juga untuk kita memastikan supaya tekanan darah kita sentiasa dalam keadaan yang ideal.

Selain daripada itu, simptom-simptom diatas juga boleh terjadi sekiranya anda mempunyai penyakit vaskular periferal, penyakit arteri koronari atau anda mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat.

Antara tanda awal penyakit buah pinggang atau tanda buah pinggang rosak adalah ketika protein dikeluarkan bersama dengan air kencing kerana sistem penyaringan badan telah rosak.

Tanda ini dapat dikenal pasti oleh doktor jika anda melakukan pemeriksaan air kencing. Sebilangan pakar perubatan di Malaysia mendapati bahawa ujian saringan air kencing mampu memberikan keputusan yang baik dalam menentukan samada seseorang itu mempunyai masalah buah pinggang ataupun tidak.

BACA  30 Petua Dan Cara Hilangkan Batuk Secara Semulajadi Tanpa Ubat

Pemeriksaan darah juga boleh dilakukan bagi memastikan tahap buah pinggang dalam keadaan yang sihat.

Tanda lain penyakit buah pinggang termasuklah:

  • kerap keletihan
  • gatal-gatal pada kulit
  • badan mudah mendapat lebam-lebam
  • sakit kepala
  • kebas-kebas pada tangan atau kaki
  • restless leg syndrome
  • sakit dada atau sesak nafas
  • hilang selera makan
  • mual
  • muntah-muntah
  • bengkak darah

Hanya melalui penilaian fizikal menyeluruh terhadap tanda-tanda buah pinggang, pemeriksaan fizikal dan ujian dapat menentukan jenis masalah yang dihadapi. Penilaian dan ujian saringan juga dapat mengesan jika buah pinggang bengkak terjadi. Maka rawatan sakit buah pinggang boleh dilakukan.

Ini kerana tanda-tanda sakit buah pinggang sangat sukar dikesan di tahap awal. Individu yang mungkin berisiko haruslah selalu memantau kesihatan masing-masing. Anda juga boleh mendapatkan nasihat dan rujukan daripada pihak hospital dan pakar-pakar perubatan sekiranya anda mempunyai simptom-simptom yang diterangkan diatas.

Sebaik-baiknya, lakukan ujian kesihatan setiap 2 tahun bagi memastikan tahap kesihatan buah pinggang dan badan anda di dalam tahap yang optima.

Cara Merawat Buah Pinggang

Cara Merawat Buah Pinggang
Cara Merawat Buah Pinggang

Rawatan penyakit buah pinggang bergantung kepada bagaimana ia terjadi dan tahap penyakit itu. Dalam beberapa kes, jika keadaan dikesan lebih awal beberapa langkah boleh diambil untuk mengelakkan ia menjadi lebih teruk.

Antaranya ialah melakukan perubahan gaya hidup dan diet, pengambilan ubat-ubatan dan melakukan rawatan yang dapat mengurangkan masalah buah pinggang. Dalam kes yang lebih teruk dimana ia tidak dapat dikesan atau lambat mendapatkan rawatan,  pesakit mungkin memerlukan dialisis atau lebih kritikal dimana pesakit mungkin memerlukan pemindahan buah pinggang.

Rawatan selalu merangkumi diet yang sihat dan seimbang supaya ia dapat membantu memperlambatlan perkembangan dan mencegah lebih banyak kerosakan pada organ. Pesakit hendaklah menjaga makan serta mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Beberapa cara mencegah sakit buah pinggang dan cara menjaga buah pinggang termasuklah mengurangkan pengambilan protein kerana buah pinggang membantu menapis protein, mengurangkan pengambilan garam dalam makanan dan menjaga jumlah air yang diminum dalam sehari.

Kadang-kadang pesakit diminta untuk menimbang berat badan dua kali sehari untuk mengesan jumlah cecair yang mungkin ditahan dari ketidakupayaan buah pinggang untuk menyaring lebihan cecair. Apabila badan menyimpan cecair tambahan, ia akan mencairkan jumlah garam dan kalium yang diperlukan untuk sistem elektrik di jantung.

Penyakit seperti diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol tinggi juga akan mempengaruhi cara rawatan yang diterima.

Apabila seseorang individu itu mengetahui tanda-tanda sakit buah pinggang, mereka dapat menjaga kesihatan mereka sendiri dengan lebih baik dan mengambil berat dalam jenis rawatan yang diterima untuk membantu menstabilkan keadaan.

Rawatan Semulajadi Bagi Merawat Sakit Buah Pinggang

Rawatan Semulajadi Bagi Merawat Sakit Buah Pinggang
Rawatan Semulajadi Bagi Merawat Sakit Buah Pinggang

Sakit buah pinggang merupakan keadaan di mana buah pinggang tidak menjalankan fungsinya dengan baik sehingga ia akhirnya rosak. Ini biasanya akan mengambil masa yang lama, mungkin dalam beberapa tahun. Orang yang menghidap diabetes atau mempunyai sejarah tekanan darah tinggi mempunyai risiko paling tinggi untuk menghidap penyakit buah pinggang.

BACA  Ketahui Punca Air Kencing Berdarah Atau Hematuria Dan Cara Merawatnya

Rawatan untuk penyakit buah pinggang bergantung kepada faktor bagaimana pesakit tersebut mendapat penyakit buah pinggang mereka. Sebagai contoh, orang yang menderita diabetes, tekanan darah tinggi, atau penyakit polikistik berkemungkinan mengalami masalah dengan buah pinggang mereka selama mereka mengidap penyakit-penyakit ini.

Sekiranya anda melihat perubahan dalam air kencing anda atau pembengkakan yang tidak normal atau sesak nafas, anda mesti berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan rawatan dan menjalani ujian.

Sekiranya anda disahkan menghidap penyakit buah pinggang, maka ada beberapa perkara yang mesti anda lakukan untuk mengelakkannya menjadi lebih teruk.

Perubahan gaya hidup merupakan salah satu langkah terbaik yang boleh anda lakukan disamping pengambilan ubat buah pinggang yang telah disyorkan oleh doktor anda. Pelbagai lagi langkah dan proses rawatan yang boleh anda ambil bagi mengelakkan penyakit buah pinggang anda menjadi semakin teruk sehingga ia tidak dapat diselamatkan lagi.

Mengubah Gaya Hidup

Perkara pertama dan terbaik yang perlu anda lakukan untuk menyembuhkan penyakit buah pinggang secara semula jadi adalah dengan mengubah gaya hidup. Sekiranya anda merokok, adalah sangat penting untuk anda berhenti merokok untuk selama-lamanya. Merokok boleh merosakkan buah pinggang dan organ utama lain.

Oleh kerana badan memerlukan oksigen yang bersih untuk berfungsi dengan baik, bahan toksik seperti asap rokok adalah sangat bahaya untuk anda bagi mengawal masalah buah pinggang.

Perkara seterusnya yang perlu anda lakukan untuk menghalang perkembangan penyakit buah pinggang ini ialah menurunkan berat badan. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan tambahan pada buah pinggang. Mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan cenderung menghidap diabetes dan tekanan darah tinggi.

Kedua-dua keadaan ini diketahui sebagai faktor penting dalam perkembangan penyakit buah pinggang. Mengawal berat badan anda dapat membantu buah pinggang dan juga mengurangkan risiko penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi.

Kolesterol tinggi boleh merosakkan buah pinggang. Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai kolesterol tinggi atau pernah disahkan mempunyai kolesterol tinggi, adalah sangat penting untuk anda menurunkan kolesterol anda ke tahap normal. Ini boleh dilakukan melalui diet yang seimbang dan senaman.

Makan makanan yang sihat dan seimbang serta elakkan makanan yang diproses. Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran sangat bermanfaat untuk bukan sahaja buah pinggang anda, tetapi juga seluruh badan anda.

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

8 + 12 =