Resepi Nasi Briyani Ala Kenduri Yang Simple Dan Sangat Sedap

Kongsi artikel ini

Resepi nasi briyani yang kami kongsikan ini sangat mudah untuk disediakan. Ia mempunyai rasa yang sangat sedap hasil daripada gabungan rempah ratus yang digunakan. Sedap dinikmati bersama ayam masak merah, acar timun nenas atau kari kambing tanpa santan. 

resepi nasi briyani

Terdapat banyak variasi resepi nasi briyani seperti nasi beriani gam, nasi beriani ayam atau daging, nasi beriani pakistan dan sebagainya, tetapi kunci untuk membuat biryani yang lazat terletak pada pemilihan bahan dan teknik memasak yang digunakan.

Untuk menjadikan hidangan ini benar-benar lazat, anda mestilah menggunakan beras basmati atau beras putih yang berkualiti. Ia perlu dimasak dengan betul untuk memastikan keseimbangan rempah-ratus dan herba yang sempurna supaya ia mendapat rasa lazat yang maksimum.

Nasi biryani klasik biasanya dimasak menggunakan beras panjang yang berkualiti atau beras wangi seperti beras basmati atau Jasmine. 

Sedikit Latar Belakang Mengenai Nasi Briyani

resepi nasi briyani 2

Kalau kita pergi kenduri kahwin pasti akan ada hidangan nasi beriani. Selalunya dihidangkan bersama lauk-pauk seperti daging masak hitam, ayam tomato, acar timun nenas dan lain-lain lagi. Tetapi nasi briyani ni asal dari mana?

Nasi Biryani adalah hidangan lazat yang telah dinikmati sejak berabad lalu. Ia berasal dari India, tetapi banyak negara dengan budaya yang berbeza yang telah mengolah resepi nasi beriani mengikut bahan-bahan dan citarasa masing-masing.

Nasi biryani mempunyai sejarah yang panjang dan menarik yang boleh dikesan sejak zaman Mughal India pada abad ke-16 lagi.

Ia dipercayai telah dikenalkan oleh orang Mughals yang menggabungkan gaya masakan masyarakat Parsi dengan bahan-bahan dari negara India seperti jintan manis, kunyit, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis. Gabungan ini menghasilkan hidangan aromatik yang popular di kalangan diraja.

Kini terdapat pelbagai variasi dicipta di seluruh dunia menggunakan bahan-bahan seperti saffron atau yogurt bersama-sama dengan rempah seperti biji ketumbar dan garam masala.

Petua Menyediakan Nasi Briyani Yang Sedap 

Nak masak nasi briyani ni memang nampak seperti susah tapi sebenarnya senang je nak buat. Bila dah cuba masak sendiri sekali pasti dah tak pergi mamak kalau nak makan nasi briyani.

bahan-bahan nasi briyani
  • Pilih beras basmati atau beras panjang yang berkualiti untuk membuat biryani. Gunakan nisbah air dan beras yang betul semasa memasak nasi basmathi membantu mendapatkan nasi yang gebu dan tidak berkepul. Dan jangan masak nasi terlalu lama nanti nasi lembik.
  • Menambah bawang goreng ke dalam nasi sebelum mula memasak. Ini bukan sahaja memberikan aroma yang wangi tetapi juga memberi rasa yang lebih sedap.
  • Gunakan minyak sapi atau mentega, susu, susu cair , stok daging, air mawar untuk memberi kelembapan pada nasi tanpa rasa berminyak atau lembik.
  • Beri perhatian kepada masa memasak. Biryani yang dimasak terlalu lama tidak akan kelihatan cantik dan rasanya juga kurang sedap. Masak terlalu lama boleh membuatkan bahagian bawah nasi berkerak atau masak terlalu sekejap nasi akan mentah. 
  • Tambah saffron. Menambah saffron ke dalam briyani anda adalah salah satu cara untuk mendapatkan aroma dan rasa lazat yang sempurna. Saffron memberikan warna nasi yang cantik. Selain itu saffron mempunyai banyak khasiat antaranya ia kaya dengan antioksidan. 

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

1 thought on “Resepi Nasi Briyani Ala Kenduri Yang Simple Dan Sangat Sedap”

Leave a Reply to Fauziah Cancel reply

2 × 2 =