10 Khasiat Bawang Putih Yang Dapat Memberi Manfaat Kepada Kesihatan Tubuh Badan Anda

Kongsi artikel ini

Kebaikan bawang putih telah diketahui sejak berabad-abad lamanya. Di zaman dinasti China, Ayurveda dan perubatan tradisional Yunani, bawang putih digunakan sebagai rempah masakan dan bahan rawatan penyakit.

Bawang putih telah digunakan dalam masakan dan perubatan sejak dari zaman dahulu lagi. Ia memberikan rasa yang enak pada masakan dan juga mengandungi pelbagai kebaikan kesihatan.

Pada zaman pertengahan pula, orang Eropah menggunakan bawang putih untuk merawat selsema, masalah pencernaan, serta rawatan wabak. 

Kini pada zaman moden, para saintis mendapati bahawa bawang putih mempunyai banyak khasiat perubatan yang dapat membantu mencegah penyakit kronik.

Bawang putih membantu mencegah masalah tekanan darah dan kolesterol, serta membantu merawat pelbagai penyakit lain termasuk asma, diabetes, dan juga barah.

Jom kita ketahui 10 khasiat bawang putih dan bagaimana ia dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara semulajadi.

Khasiat Bawang Putih Sebagai Anti-Radang Yang Kuat

khasiat bawang putih

Keradangan merupakan tindak balas semula jadi terhadap kecederaan atau kerengsaan. Tanpa radang, sel akan mati, dan bakteria akan mudah menyerang badan. Walau bagaimanapun, kadang-kadang keradangan bergerak di luar kawalan akibat jangkitan, gangguan autoimun, kecederaan, atau faktor lain.

Allicin dalam bawang putih yang membantu dengan masalah keradangan. Allicin dihasilkan apabila bawang putih dihancurkan atau dipotong.

Sebatian ini memberikan kesan antioksidan yang dapat melindungi sel daripada kerosakan dan menurunkan tanda-tanda keradangan di dalam badan.

Allicin dianggap dapat mengurangkan pembengkakan dengan menghalang protein yang menyebabkan keradangan yang berlaku di dalam badan.

Selain itu, ia merupakan sejenis bahan kimia yang mengandung sulfur yang terbukti bertindak sebagai antioksidan, sehingga meneutralkan kesan berbahaya dari radikal bebas dalam tubuh badan kita.

Selain itu, bawang putih mengandungi sebatian yang disebut S-allyl cysteine, yang telah dibuktikan dalam kajian dapat menghalang laluan keradangan pada mereka yang menghidap asma. Allicin juga didapati menghalang penghasilan sitokin inflamasi yang disebut sebagai interleukin-6 (IL-6).

Manfaat Bawang Putih Dalam Membantu Mencegah Pembentukan Kanser

khasiat bawang putih mencegah kanser

Banyak bukti yang telah menunjukkan bahawa bawang putih dan ekstraknya dapat memberikan manfaat yang besar dalam mencegah dan merawat barah. Kajian mendapati bahawa herba yang kuat ini dapat menurunkan risiko barah usus besar, melanoma, dan barah payudara.

Manfaat yang paling ketara bawang putih ialah kemampuannya dalam membantu menghentikan penyebaran sel barah prostat.

Para saintis mendapati bahawa kekuatan terapi bawang putih mungkin lebih daripada sekadar cerita rakyat.

Kajian yang dilakukan oleh National Cancer Institute mendapati bahawa bawang putih mampu membantu membunuh sel barah dan mencegah pembentukan sel baru.

Kajian lain pula menunjukkan bahawa tikus yang dirawat dengan bawang putih mempunyai kadar pertumbuhan tumor yang jauh lebih rendah.

Para penyelidik percaya ia disebabkan oleh kandungan allicin dan diallyl sulfide yang terdapat pada selaput luar pelindung luar bawang putih ini.

Bawang Putih Membantu Meningkatkan Sistem Imun Badan Anda

khasiat bawang putih untuk sistem imun

Penyelidikan telah membuktikan bahawa bawang putih dapat membantu memberi kesan positif terhadap fungsi imun sistem badan kita. Pengambilan bawang putih dapat mengurangkan jangkitan saluran pernafasan yang disebabkan oleh selsema.

Ia juga dapat mengurangkan risiko gejala pada mereka yang mempunyai masalah penyakit paru-paru obstruktif kronik, iaitu keadaan yang menyebabkan batuk berkahak yang berlarutan dan kesukaran bernafas.

Bawang putih membantu meningkatkan imuniti kerana ia juga mempunyai sifat antivirus. Cara bawang putih meningkatkan sistem kekebalan tubuh badan ialah dengan menjadikan tubuh badan kita kurang bertindak-balas terhadap patogen yang menyerang.

Dengan mendedahkan sistem imun kita kepada bawang putih dapat membantu mengurangkan risiko gejala selesema, dan jangkitan pernafasan yang lain.

Bawang Putih Membantu Melindungi Kulit Dan Mengurangkan Jerawat

khasiat bawang putih untuk kulit

Bawang putih telah lama terkenal dengan manfaat kesihatannya, kerana ia juga dapat membantu kulit anda kekal sihat dan mencegah jerawat. Bawang putih sarat dengan sifat antioksidan dan antibakteria yang boleh membantu melawan radikal bebas, bakteria dan keradangan yang boleh merosakkan kulit.

Bawang putih telah digunakan sejak zaman Rome kuno, bawang putih digunakan sebagai ubat untuk pelbagai penyakit, termasuklah penyakit kulit. Hari ini, bawang putih masih digunakan untuk sifat penyembuhan semula jadinya. 

Bawang putih padat dengan kandungan vitamin C, B6, dan A, serta banyak mineral dan sebatian seperti allicin dan selenium, yang bermanfaat untuk kulit.

Vitamin dan mineral yang terdapat dalam bawang putih boleh membantu melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan oleh radikal bebas, seperti sinaran UV dan pencemaran, serta mengurangkan keradangan. 

BACA  13 Manfaat Luar Biasa Tentang Khasiat Daun Ketumbar Yang Baik Untuk Kesihatan Badan Kita

Allicin, khususnya, diketahui mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-kulat, menjadikannya penawar semula jadi yang hebat untuk jerawat.

Selenium juga bermanfaat kepada kulit, kerana ia membantu melindungi daripada kerosakan oksidatif dan boleh mengurangkan pengeluaran sebum, yang merupakan penyumbang utama kepada jerawat.

Bawang Putih Mengimbangkan Tahap Kolesterol

khasiat bawang putih untuk kulit menyeimbangkan kadar kolesterol

Bawang putih dapat membantu menyeimbangkan kadar kolesterol dengan meningkatkan penyerapan kolesterol LDL dalam badan kita. 

Apabila bawang putih dimakan secara berkala, ia dapat membantu menjaga tahap kolesterol LDL tubuh badan tanpa perlu mengambil ubat seperti statin.

Bawang putih juga dapat menurunkan kolesterol LDL dengan membantu menurunkan jumlah trigliserida dalam aliran darah.

Penggunaan bawang putih, baik sebagai bahan atau suplemen, dapat membantu mengurangkan risiko mengidap penyakit kardiovaskular atau strok dengan menurunkan kadar kolesterol serum.

Ini dilakukan dengan mengubah pengeluaran apolipoprotein (Apo), yang merupakan protein yang memainkan peranan penting dalam mengatur metabolisme kolesterol.

Dikatakan dengan mengunyah seulas bawang putih setiap pagi dengan perut kosong dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kolesterol.

Bawang Putih Dapat Membantu Dalam Proses Penghadaman Dan Menurunkan Berat Badan

khasiat bawang putih untuk menurunkan berat badan

Ramai orang sering berfikir bahawa bawang putih hanya sesuai untuk dijadikan sebagai penambah rasa pada makanan oleh sebab itu ia sering digunakan dalam masakan. Tetapi tahukah anda bawang putih dapat menurunkan berat badan?

Apa yang kita tidak diketahui ialah ramuan sederhana ini membantu dalam proses pencernaan dan membantu menurunkan berat badan dengan mengurangkan bengkak air dan membantu tubuh badan membuang toksin melalui perut, hati dan buah pinggang.

Bawang putih juga membantu menyingkirkan gas pada usus yang tidak diingini dan meningkatkan penyerapan nutrien daripada makanan.

Selain itu, sebatian sulfur dalam bawang putih dianggap dapat melarutkan gumpalan protein di dalam badan kita, sekali gus membantu kita membuang air dengan lebih mudah.

Sekiranya anda ingin menurunkan berat badan, bawang putih merupakan penyelesaian masalah berat badan semula jadi kerana harganya yang murah, mudah didapati serta tinggi dengan khasiat.

Bawang Putih Boleh Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

khasiat bawang putih untuk darah tinggi

Bagi banyak orang, tekanan darah merupakan perkara yang merisaukan. Hipertensi boleh menyebabkan berlakunya tekanan darah tinggi dan penyakit jantung, antara penyebab utama kematian di kalangan rakyat Malaysia.

Mungkin anda tidak tahu bahawa bawang putih bukan sekadar digunakan dalam masakan sebagai bahan tumisan tetapi ia juga mempunyai keupayaan untuk membantu menurunkan tekanan darah.

Satu kajian mendapati bahawa individu yang mengambil satu ulas bawang putih setiap hari mengalami penurunan tekanan darah yang ketara dalam hanya satu bulan. Ini kerana bawang putih menghalang pengeluaran angiotensin II, yang boleh menyebabkan saluran darah mengendur dan melebar.

Namun demikian tidak semua kajian mendapati bawang putih berkesan, jadi adalah sangat penting untuk melakukan lebih banyak kajian dan penyelidikan tambahan sebelum memulakan rawatan.

Dengan memakan bawang putih mentah dua kali sehari, dapat membantu menurunkan tekanan darah dan meningkatkan peredaran darah yang sihat.

Walau bagaimanapun, bawang putih mungkin merupakan alternatif yang menjimatkan dan selamat dalam membantu menurunkan tekanan darah. Tetapi anda haruslah berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

Anda juga boleh amalkan minum teh bawang putih. Cincang bawang putih dalam beberapa ulas dan tambahkan ke dalam air panas. Dan biarkan selama 10 minit. Kemudian keluarkan bawang putih dan minum airnya. Boleh juga tambah sedikit perahan air lemon dan madu.

Bawang Putih Digunakan Untuk Rawatan Rambut Yang Lebih Sihat

khasiat bawang putih untuk rambut

Bawang putih mempunyai manfaat dalam kecantikan semulajadi termasuklah dalam penjagaan dan kesihatan rambut. Ia tinggi dengan kandungan vitamin dan mineral, seperti vitamin A, B, C, serta E, yang semuanya dapat memberikan manfaat kepada kesihatan rambut.

Selain itu, bawang putih juga kaya dengan sulfur dan sebatian lain yang boleh membantu menyuburkan kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

Bawang putih juga mempunyai ciri antibakteria, antikulat, dan anti-radang.

Antibakteria yang terdapat pada bawang putih dapat membantu melindungi kulit kepala dan folikel rambut daripada sebarang jangkitan dan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas atau penggunaan produk kecantikan yang mempunyai bahan-bahan kimia terlarang.

Ia boleh membantu mengekalkan rambut dan kulit kepala yang sihat dan menggalakkan pertumbuhan rambut secara semulajadi.

Untuk menggunakan bawang putih bagi penjagaan rambut anda boleh menambah beberapa ulas bawang putih yang telah ditumbuk sehingga menjadi pes dan campurkan ke dalam syampu anda.

BACA  10 Khasiat Avocado : Tingkatkan Kesihatan Anda Dengan Sebiji Buah Avokado Setiap Hari Untuk Jantung Dan Badan Yang Sihat

Ini akan membantu memberikan rambut anda rangsangan vitamin dan mineral yang terdapat dalam bawang putih.

Anda juga boleh campurkan bawang putih dengan minyak zaitun. Sapukan bawang putih dan minyak zaitun terus ke kulit kepala dan rambut anda. Ini akan membantu menyuburkan kulit kepala serta merangsang folikel rambut.

Bawang putih boleh membersihkan kulit kepala jadi ia boleh membantu mengurangkan kelemumur.

Bawang Putih Melindungi Dari Kerosakan Penuaan Dan Sel

khasiat bawang putih sebagai antioksidan

Bawang putih didapati kaya dengan sumber antioksidan. Ini menjadikannya ia sangat bermanfaat bagi tubuh kita kerana antioksidan ini bertanggung jawab untuk membersihkan ‘radikal bebas’ yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit.

Antioksidan ialah bahan yang dapat melindungi sel dari kerosakan oleh molekul reaktif yang dikenali sebagai radikal bebas. Tubuh badan kita dapat menghasilkan radikal bebas, tetapi ia mungkin juga didapati daripada udara yang kita sedut setiap hari atau dari makanan yang kita ambil.

Oleh itu sebatian allicin yang dihasilkan dengan memakan bawang putih dapat membantu mengurangkan radikal bebas – melindungi sel dan melambatkan proses penuaan.

Bawang Putih Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

khasiat bawang putih untuk jantung sihat

Bawang putih merupakan salah satu jenis antibiotik semula jadi yang paling kuat dan telah digunakan lebih beratus tahun dahulu. 

Ia juga sangat berkesan dalam menjaga kesihatan jantung kerana ia sarat dengan kandungan allicin, sebatian anti pembekuan yang mencegah pengumpulan plak.

Bawang putih dapat membantu jantung mendapatkan lebih banyak darah melalui badan dengan cekap.

Sebuah artikel dalam Jurnal Kimia Pertanian dan Makanan menyatakan bahawa ekstrak bawang putih dapat melambatkan atau mencegah pertumbuhan plak aterosklerotik dengan membantu menurunkan tekanan darah dan tahap lipid. 

Ini merupakan antara cara bawang putih melindungi hati kita.

Perlukah Saya Mengambil Suplemen Bawang Putih?

Suplemen Bawang Putih

Bawang putih merupakan tumbuhan botani yang digunakan oleh semua orang di seluruh dunia untuk meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan serta dalam pengurusan masalah penyakit kronik. 

Bawang putih mempunyai sifat anti keradangan yang dapat membantu dalam menguruskan tekanan darah tinggi serta mengurangkan risiko kanser.

Selain boleh dimakan mentah, bawang putih juga sering hadir dalam bentuk suplemen. Ini kerana bawang putih berpotensi merawat pelbagai penyakit termasuk penyakit kardiovaskular dan darah tinggi. 

Walaupun keberkesanan suplemen bawang putih masih diteliti dan dikaji, tetapi manfaat kesihatannya yang baik cukup untuk membuatkan ramai orang ingin mencuba suplemen bawang putih.

Suplemen bawang putih terdapat dalam banyak bentuk yang berbeza, termasuklah kapsul, tablet, serbuk, dan dalam bentuk cecair. Tetapi tidak semua suplemen bawang putih dihasilkan sama dan mempunyai kebaikan yang sama.

Sebagai contoh, terdapat suplemen bawang putih yang sintetik menyebabkan potensi bawang putih berkurangan. Ada juga yang menggunakan ekstrak bawang putih dan ada yang tidak menggunakan ekstrak penuh.

Sebaik-baiknya, anda haruslah memilih suplemen bawang putih yang mengandungi sebatian sebenar yang dapat memberikan manfaat terapi bawang putih.

Dengan cara ini, anda tahu bahawa anda mendapat faedah bawang putih sepenuhnya. Sekiranya anda mahukan manfaat kesihatan bawang putih tanpa rasa dan bau putih yang kuat, bawang putih dalam bentuk suplemen merupakan pilihan yang terbaik.

Kesimpulannya

Manfaat kesihatan yang anda dapat dengan menambahkan bawang putih ke dalam makanan anda sangat mengagumkan. Ini kerana bawang putih memiliki banyak manfaat kesihatan.

Manfaat dan khasiat bawang putih terlalu banyak untuk diendahkan. Fakta ini menjadikan bawang putih antara makanan berkhasiat yang baik.

Bawang putih boleh dimasukkan ke dalam pelbagai resipi, dan masakan serta sesuai digabungkan dengan pelbagai jenis sayur-sayuran, daging, ayam atau ikan. Rasanya juga cukup sedap apabila digabungkan dengan makanan lain.

Memasukkan bawang putih dalam masakan tumisan seperti sayur goreng atau ayam panggang menjadikan makanan lebih sedap dan berkhasiat. Kongsi dengan kami bagaimanakah anda menggunakan bawang putih dalam masakan anda!

Jika anda mengambil sebarang ubat bagi merawat penyakit yang anda hadapi, minta nasihat dari doktor sebelum mengambil sebarang suplemen bawang putih. Dan jangan ambil suplemen atau bawang mentah lebih dari yang disyorkan. 

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

five × 1 =