10 Suplemen Anti-Penuaan Yang Membantu Melewatkan Proses Penuaan

Kongsi artikel ini

suplemen anti penuaan

Hari ini banyak produk makanan atau suplemen tambahan yang mengandungi kandungan enzim, hormon, vitamin dan mineral. Banyak juga suplemen anti-penuaan bagi tujuan kecantikan dan kesihatan yang berada di pasaran. Antara kebaikan produk suplemen kecantikan ialah untuk membantu melewatkan proses penuaan dan awet muda.

Walaupun memilih cara  semulajadi itu adalah lebih baik tetapi suplemen dapat membantu kita kelihatan awet muda dengan cepat di samping membantu mengekalkan kesihatan kita di tahap yang optimum. Antara suplemen kecantikan yang baik untuk anti-penuaan, awet muda dan kesihatan kita adalah seperti berikut:

Melatonin

gambar Melatonin
Melatonin

Melatonin ataupun lebih dikenali sebagai ‘hormon tidur’ adalah hormon yang dihasilkan oleh badan untuk mengatur kitaran tidur yang sihat. Kini, melatonin juga dikatakan dapat membantu membalikkan usia (age-reversing) kerana ia bertindak keatas tahap sel, memelihara DNA daripada penyakit yang disebabkan faktor umur.

Ia juga membantu memelihara organ badan seperti hati dan membantu mengurangkan risiko pelbagai penyakit termasuklah diabetes mellitus.

Komponen asas yang menyebabkan ia berkesan dalam membalikkan usia ialah ia menghalang radikal bebas daripada menyerang sel baik dalam tisu badan kita. Kerana badan kita mudah dijangkiti pelbagai jenis penyakit dan mutasi kerana faktor umur, risiko radikal bebas memberikan kesan buruk kepada badan kita adalah sangat tinggi.

Suplemen yang mengandungi kandungan melatonin boleh mengawal keadaan ini.

Testosterone

Testosteron lelaki
Testosteron

Testoteron ialah sejenis hormon yang dihasilkan oleh badan lelaki dan perempuan. Dalam badan perempuan ia dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit manakala lelaki pula menghasilkan kuantiti testeron yang banyak. Ini kerana lelaki memerlukan testeron untuk pengembangan ciri seksual sekunder mereka.

Untuk kaum lelaki suplemen testeron juga boleh membantu dalam proses anti-penuaan. Ia dapat memberikan kesan ke atas penjagaan kesihatan mereka dan meningkatkan tenaga dan stamina. Testoteran dikatakan dapat meningkatkan keinginan seks yang tinggi dan meningkat jisim otot.

Estrogen dan Progesteron

Estrogen wanita
Estrogen

Estrogen dan progesteron adalah steroid bagi kaum wanita. Ia juga dikeluarkan oleh kaum lelaki tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Kaum wanita mula merasa sering hilang mood dan rasa panas badan apabila hampir dengan menopaus.

Tanda-tanda awal ini juga boleh membuatkan kaum wanita berasa tidak selesa, mudah marah dan tertekan kerana ia juga merupakan tanda-tanda awal penuaan.

Kedua-dua estrogen dan progesteron boleh membantu dalam masalah penuaan. Hormon-hormon ini mampu mengawal keinginan seks, fizikal, kesihatan mental dan penampilan awet muda.

Banyak herba dan tumbuhan-tumbuhan semulajadi yang tinggi kandungan estrogen. Apabila disatukan dengan diet yang seimbang dan sihat ia mampu memberikan kesan anti-penuaan atau pembalikkan usia. Oleh yang demikian, suplemen estrogen agak senang didapati di mana-mana farmasi dan ia terbukti selamat jika diambil dalam dos yang sesuai.

Kapsul Minyak Ikan

gambar Kapsul Minyak Ikan
Kapsul Minyak Ikan

Minyak ikan merupakan antara sumber asid lemak omega-3 dan omega-6 yang terbaik. Ia mempunyai sifat anti-radang semula jadi yang memainkan peranan penting dalam setiap proses anti-penuaan.

Omega membantu tubuh dalam mengatur fungsinya, termasuk tekanan darah, menjaga suhu badan dan memastikan degupan jantung yang teratur.

BACA  Kelebihan Minyak Jojoba: Pelembap dan Rawatan Rambut Semula Jadi

Asid lemak omega pada dasarnya membantu menjaga jantung yang sihat dengan memastikan bahawa ia cukup kuat untuk berfungsi dengan baik dan mencegah pembekuan darah dalam keadaan normal. Malah, suplemen minyak ikan sangat disarankan oleh doktor kepada pesakit jantung, untuk mencegah masalah jantung yang lebih serius terjadi.

Tetapi manfaatnya tidak hanya baik untuk kesihatan jantung. Minyak ikan juga mempunyai kesan anti-penuaan yang penting bagi otak. Ia mencegah terjadinya penyakit pada otak dan ia juga membantu otak mengekalkan kemampuan berfikir, yang biasanya berkurang apabila umur meningkat. Minyak ikan juga terbukti boleh melindungi daripada demensia dan masalah gangguan ingatan yang lain.

Kapsul minyak ikan boleh memberikan kesan kepada kulit seseorang. Ia membantu sel-sel kulit yang sihat hidup lebih lama dan mengurang kan risiko kerosakan pada sel-sel kulit menjadikan kulit kita  sentiasa cergas dan awet muda.

Asid Alpha Lipoic

Gambar Asid lipoik alpha
Asid lipoik alpha

Makanan tambahan asid lipoic alpha sangat membantu bagi mereka yang sudah mempunyai tanda-tanda penuaan. Asid lipoic alpha juga mempunyai sifat antioksidan yang menemukan dan memusnahkan radikal bebas dalam badan. Sifat antioksidan asid alpha lipoic lebih kuat daripada suplemen lain kerana ia merosakkan radikal bebas dari tubuh badan kita.

Asid lipoik alpha dapat menembusi penghalang otak darah, memberikan kesannya pada otak dan melindungi daripada penyakit yang berkaitan dengan usia seperti demensia. Kesan lain yang menjadikannya ia sebagai salah satu suplemen yang ideal untuk anti-penuaan ialah ia dapat membantu meluaskan telemore.

Telomere adalah bahagian pada helai DNA yang bertanggung jawab secara langsung dalam penuaan selular. Ia berfungsi sebagai penutup pelindung di hujung setiap helai tanpa menyebabkan ia rosak yang boleh menyebabkan sel tidak berfungsi dengan baik.

Apabila usia seseorang itu meningkat, telomere juga akan menjadi pendek. Apabila ia pendek, ia tidak dapat melakukan tugasnya dengan baik dan menyebabkan sel-sel menua.  Jadi, pada dasarnya telomere lebih panjang merupakan penanda sel sihat sementara yang lebih pendek boleh menyebabkan terjadinya penuaan sel pra matang.

Dengan mengambil suplemen asid lipoik alpha, anda boleh memastikan telomere anda berada dalam keadaan sihat dan melewatkan proses penuaan pra matang.

Resveratrol

makanan Resveratrol
Resveratrol

Resveratrol adalah sebatian yang terdapat secara semulajadi dalam anggur dan kekacang. Sifat anti-penuaan tidak terhad hanya pada kulit sahaja tetapi ia juga dapat membantu dalam masalah lain apabila usia meningkat naik.

Mekanisme utama daripada resveratrol adalah ia bertindak pada sekumpulan enzim yang disebut sirtuins. Sirtuins adalah enzim yang mempengaruhi pelbagai jalur metabolik tubuh manusia yang terlibat dalam proses penuaan. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa resveratrol merangsang protein ini dengan, meningkatkan aktiviti mitokondria yang menghasilkan tenaga dalam sel.

Ini, seterusnya, boleh memberi kesan dengan memanjang kan jangka hayat sel tersebut.

Selain daripada antibiotik semulajadi, resveratrol dapat berfungsi membersihkan tubuh badan kita daripada bahan pencemar. Ia  juga bermanfaat dalam penjagaan kulit  agar kulit lebih sihat, segar, dan awet muda. Ia juga dapat menghalang kedutan yang boleh menjelaskan penampilan wajah.

Asid hyaluronik

gambar Asid hyaluronik
Asid hyaluronik

Asid hyaluronik merupakan bahan semula jadi yang terdapat di dalam kulit yang membolehkan kulit kelihatan muda, anjal dan kelihatan bersinar.  Fungsi utamanya ialah ia membantu kulit mengekalkan kelembapan dan kekal sihat terhidrat. Ia memastikan bahawa air yang anda minum untuk menjaga kesihatan kulit anda, kekal di dalam kulit.

BACA  Kelebihan Minyak Jojoba: Pelembap dan Rawatan Rambut Semula Jadi

Semakin bertambahnya usia, kulit secara automatik kehilangan keupayaanya untuk mengekalkan air, kehilangan hidrasi dan keanjalan nya. Ini menyebabkan kedutan dan garis halus di wajah kelihatan. Asid hyaluronik merupakan agen anti-penuaan yang baik, ia menjadikan kulit kekal tegang dan anjal.

Kolagen

makanan Kolagen
Kolagen

Terdapat pelbagai makanan tambahan dan suplemen yang mempunyai kandungan kolagen di pasaran. Namun demikian banyak persoalan adakah pengambilan kolagen penting bagi tujuan anti-penuaan. Banyak kajian telah dilakukan tentang keberkesanan kolagen di dalam penjagaan kecantikan dan bagaimana ia memainkan peranan penting dalam proses pembalikan usia.

Kolagen adalah protein kompleks yang dihasilkan secara semula jadi oleh badan dan terdiri daripada 19 asid amino. Kolagen mempunyai pelbagai jenis, tetapi yang terdapat di kulit adalah jenis 1. Kolagen menjadikan kulit lebih kuat dan lebih tebal, menjadikannya kurang terdedah kepada kerosakan dan penyakit.

Kolagen juga membantu kulit tetap terhidrat dan mengurang kan kedutan, jeragat dan parut.

Glukosamin

gambar Glukosamin
Glukosamin

Glukosamin ialah bahan yang menjaga tisu penghubung supaya badan kekal kuat dan sihat sentiasa. Selain untuk sihat, suplemen yang mengandungi glukosamin juga berkesan untuk mengawal penuaan. Glukosamin membantu dalam pertumbuhan semula sel-sel kulit dengan menyingkirkan sel-sel lama yang menyebabkan kulit kelihatan kusam.

Kemudian ia digantikan dengan sel-sel baru, supaya kulit kelihatan lebih sihat dan tampak lebih muda.

Proses pembaharuan sel ini membantu menggantikan kulit yang berkedut dan kusam dengan kulit yang sekata yang mempunyai kurang kerutan. Ia membantu dalam pengelupasan kulit dan menghalang pembentukan kedutan dan garis-garis halus pada kulit muka.

Carnosine

Gambar Carnosine
Carnosine

Suplemen Carnosine sangat berkesan dalam anti-penuaan. Carnosine merupakan sebatian yang menghalang pemecahan protein di dalam kulit. Ini termasuklah kolagen dan protein lain yang penting bagi kecergasan kulit. Ia mengurangkan risiko penuaan pra-matang.

Carnosine merupakan  sejenis antioksidan yang mampu melawan radikal bebas dan menghalangnya dari merosakkan kulit kita.

Kesimpulannya

Pemakanan dan gaya hidup yang sihat boleh mempengaruhi kesihatan kulit dan penampilan kita. Selain daripada mengelakkan berlakunya penuaan pra-matang, pemakanan dan diet seimbang juga menyumbang kepada tahap kesihatan yang optima.

Suplemen di atas memberikan huraian bagaimana ia dapat melambatkan proses penuaan dan di masa yang sama memberikan banyak manfaat kepada tubuh badan kita. Belum terlambat untuk kita mula mengambil berat tentang kesihatan dalaman kita supaya kita sentiasa kekal awet muda dan sihat sentiasa.

“Meningkat usia itu pasti tetapi untuk kelihatan selari dengan usia itu adalah pilihan sendiri”

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

1 × four =