10 Alternatif Pengganti Garam Dalam Masakan

Kongsi artikel ini

Tidak dapat dinafikan makanan yang masin seperti ikan bilis atau ikan masin sangat sedap dimakan dengan nasi panas. Ataupun, kentang goreng yang dibeli di pasar raya lebih sedap berbanding dengan yang dikupas dan dimasak sendiri di rumah.

Tetapi adalah sangat baik jika kita dapat mengurangkan pengambilan garam dalam masakan atau menggantikannya dengan alternatif pengganti garam yang lebih sihat dan kurang kandungan sodiumnya.

Pengambilan garam yang banyak dalam makanan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan yang serius seperti penyakit buah pinggang, sakit jantung, hipertensi, darah tinggi dan sindrom metabolik.

Sodium memainkan peranan dalam mengimbangkan kandungan cecair dalam badan, isyarat sistem saraf dan mengawal tekanan darah. Walaupun kita memerlukan sodium dalam badan, tetapi ramai rakyat Malaysia yang mengambilnya secara berlebihan bukan sahaja dalam masakan tetapi dalam bentuk makanan yang lain.

Ini termasuklah dalam makanan ringan seperti, kerepek-kerepek, makanan segera seperti mi dan burger serta makanan yang telah diproses. Ramai juga yang tidak tahu makanan dalam tin seperti sup segera dan sos pasta juga mempunyai kandungan natrium yang tinggi.

Oleh itu hendaklah kita beringat dengan pengambilan garam dalam makanan kita setiap hari. Anda juga boleh mengurangkan pengambilan atau beralih kepada pengganti garam yang juga mampu memberikan kelazatan dan rasa yang sama dalam masakan.

Senarai alternatif garam di bawah akan memberikan masakan dan makanan anda lebih oomph biarpun tanpa garam!

Lada Hitam

Lada hitam biasanya digunakan bersama dengan garam, tetapi menggunakan lada hitam sahaja dapat menambahkan rasa natrium dalam makanan. Kandungan sebatian aktifnya mampu menghalang masalah keradangan.

Gunakan lada hitam sebagai pengganti garam dalam resipi sup, ikan bakar, ayam bakar, pasta atau gorengan.

Bawang Putih

Bawang putih banyak digunakan dalam masakan orang Itali ini kerana ia memberi aroma kepada makanan. Walaupun rasa dan baunya agak menyengat seperti bawang, ia boleh digunakan dalam masakan sebagai pengganti garam. Ia juga lebih lazat dan sihat.

Rakyat Malaysia banyak menggunakan bawang putih untuk sebagai bahan tumisan, jadi apa kata selepas ini masukkan jumlah yang lebih dan rasa perubahan dalam masakan anda.

Bawang putih mempunyai banyak khasiat dalam kesihatan antaranya ialah membantu meningkatkan imuniti badan, membantu menurunkan tahap tekanan darah dan meningkatkan tahap kolesterol yang sihat.

Serbuk Cili

Jika anda sukakan makan pedas, serbuk cili boleh menjadi pengganti garam yang terbaik untuk anda.

Serbuk cili dapat menambahkan rasa yang menyerupai sos panas (hot sauce) tetapi tanpa kandungan natrium yang tinggi. Cayenne atau serbuk cili sangat bagus untuk masakan sambal, kari dan juga makanan bergoreng.

BACA  Resepi Nasi Ayam Thai Viral Yang Sedap Mesti Kena Cuba

Ia mempunyai banyak kebaikan kesihatan seperti membantu menurunkan tekanan darah, mengurangkan risiko kanser, mengurangkan masalah penghadaman dan ia juga dapat membantu meningkatkan metabolisme anda.

Herba Thyme

Herba thyme banyak digunakan dalam masakan barat contohnya dalam sos pasta, pizza, ayam atau ikan dan sayur panggang. Thyme boleh memberikan masakan anda lebih sedap dan beraroma dan yang penting sekali ia bebas sodium. Jadi selepas ini jika anda menyediakan ayam panggang buat keluarga tercinta jangan lupa tambah thyme ke dalam masakan anda.

Antara kebaikan kesihatan herba thyme ini ialah membantu mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan dan dapat memberikan kesan positif terhadap tekanan darah.

Jus lemon

Ingin memasak seperti seorang chef? Mulakan menggunakan jus lemon sebagai ganti garam. Sifat kimia buah lemon yang unik membolehkannya untuk mencerahkan warna sayur-sayuran ketika ditambahkan kemudian ke dalam masakan. Anda juga boleh tambah perahan jus lemon dalam sup, salad, perapan ayam dan makanan laut untuk memberikan rasa yang lebih segar dan lazat.

Jus lemon juga kaya dengan vitamin C, yang boleh membantu dalam memberikan manfaat kepada sistem imun, keanjalan kulit, penyerapan zat besi, dan pencegahan daripada penyakit jantung.

Kunyit

Kunyit banyak digunakan dalam perapan ayam dan ikan goreng. Tapi tahukah anda bahawa kunyit mempunyai banyak kebaikan dalam kesihatan kita? Selain daripada pilihan terbaik dalam pengganti garam, kunyit juga mempunyai kebaikan sebagai anti-radang.

Walaupun kunyit digunakan dalam banyak dalam masakan seperti kari, ia juga boleh dipelbagaikan dalam masakan lain seperti dalam makanan panggang, sup dan tagine. Masyarakat India sering menambahkan kunyit ke dalam minuman susu mereka. Ini kerana ia mempunyai komponen anti-alergi dan anti-radang.

Ada juga yang menambah sedikit serbuk kunyit dalam pembuatan roti untuk mendapatkan warna kuning terang di samping menambahkan rasa unik.

Cuka Epal

Ramai yang tidak tahan dengan bau dan rasa cuka epal. Walaupun baunya sangat kuat, ia mempunyai banyak manfaat dalam kesihatan kita. Ia boleh digunakan sebagai pengganti garam dalam pelbagai jenis masakan dan minuman. Sangat baik dalam membantu mengurangkan tahap gula dalam darah, cuka epal sering digunakan sebagai sos salad dan perapan ayam panggang.

Untuk lebih sedap campurkan cuka epal dan minyak zaitun ke dalam salad anda dan rasa sendiri betapa sedapnya salad anda tanpa secubit garam pun!

Bawang

Walaupun rasa dan baunya yang kuat sehingga boleh berair mata mengupas dan memotongnya, bawang merupakan alternatif garam yang sangat baik untuk diet rendah sodium.

BACA  Resepi Nasi Goreng Sihat Dan Sedap, Sesuai Untuk Yang Nak Diet Dan Jaga Badan

Bawang sangat berperisa dan sempurna untuk digunakan sebagai penambah perisa dalam masakan bergoreng, sup dan sebagai bahan perapan.

Parsley/ Daun sup

Seperti kebanyakan ramuan segar, parsley rendah dengan kandungan natrium. Ia mempunyai aroma yang tinggi dan menjadi pilihan perasa yang sempurna bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan garam.

Kerana rasanya yang segar, parsley ialah alternatif garam yang bagus untuk hidangan sup hidangan pasta, dan telur.

Perasa Cendawan / Mushroom Seasoning

Serbuk cendawan dihasilkan dari cendawan kering dan sedikit garam. Campuran sempurna ini memberikan rasa Umami iaitu rasa asas kelima, yang juga digambarkan sebagai sedap. Perasa cendawan ialah perasa yang serba boleh kerana anda boleh menggunakannya dalam hampir semua masakan seperti sup, perapan dan gorengan.

Adakan Himalayan Pink Salt atau Garam Pink Himalaya lebih baik berbanding dengan garam biasa?

Garam Pink Himalaya ialah sejenis garam yang berwarna merah jambu yang biasanya didapati banyak di Himalaya di negara Pakistan. Khewra di Pakistan merupakan salah satu lombong garam terbesar dan tertua di dunia.

Garam merah jambu Himalaya yang diambil daripada lombong ini dipercayai wujud berjuta-juta tahun yang dahulu melalui proses penyejatan zat-zat mineral yang bermula sejak berjuta-juta tahun dahulu.

Ramai orang mendakwa bahawa ia kaya dengan mineral dan mampu memberikan banyak faedah kesihatan.

Atas sebab-sebab ini, garam Himalaya merah jambu sering dianggap lebih sihat daripada garam putih biasa.

Garam pink Himalaya tidak diproses menggunakan mesin sebaliknya diproses secara minimum menggunakan tangan untuk memastikan ia tidak tercemar dengan bahan-bahan asing dan juga untuk mengekalkan tahap kualitinya. Kerana ia diproses secara semula jadi menggunakan tangan membolehkan kandungan mineral dan unsur surih lain tetap kekal walaupun setelah diproses.

Seperti garam putih, garam Himalaya merah jambu kebanyakannya terdiri daripada natrium klorida.

Kedua-dua garam putih dan garam merah jambu Himalaya mempunyai kandungan natrium klorida, tetapi garam Himalaya merah jambu mempunyai lebih 84 jenis mineral dan unsur zat lain.

Ini termasuklah kandungan mineral biasa seperti kalium dan kalsium, serta mineral lain seperti strontium dan molibdenum.

Jika anda ingin menggantikan garam dalam masakan anda, garam Himalaya merah jambu juga merupakan alternatif semula jadi yang bagus.

Garam Bukit Himalaya YUSUF TAIYOOB Himalaya Pink Rock Salt

Author

  • Farah Kasman

    Farah Kasman mempunyai sijil Makanan dan Kesihatan daripada Stanford University School of Medicine. Beliau mempunyai minat dalam membantu pembacanya memahami kepentingan menjaga kesihatan dan kebaikan makanan serta diet yang sihat.

Leave a Comment

eight + 20 =